Dalam masakan, ada sesetengah orang gemar untuk memasukkan bahan tambahan seperti sos untuk menyedapkan lagi rasa masakan tersebut. Tidak terkecuali sos tiram yang seringkali diletakkan dalam pelbagai jenis makanan salah satunya sayuran tumis.
Tapi tahu tak, sebenarnya sos yang dijual di pasaran tu ada perbezaannya! Bukan sahaja dari segi harga, tapi rasa, kuantiti tiram di dalamnya dan tujuan untuk masakan. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian dari chef amer di bawah. Semoga bermanfaat!
Masa saya beli Sos Tiram kat NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.
Saya pun tunjukkan lah yang mana satu.
Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu.
Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya.
Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best.
Aikkk… sah ! Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.
Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.
1. Sos Tiram
– Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram
– Rasa tiram yang sebenar
– Jenama Panda Lee Kum Kee
Ads
2. Sos Perisa Tiram
– Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
– Rasa tiram yang ‘mild’
– Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
3. Sos Tiram Premium
– Kandungan ekstrak tiram 40%
– Rasa tiram yang sangat padu
– Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)
Ads
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
– Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
– Sebab tu sesuai untuk Vegetarian
– Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
– Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
– Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
– Jenama Puteri, Emos, HTH
Haaa….dah tahu sekarang nak beli Sos Tiram yang mana ? Dah kandungannya berbeza, tentu lah harga juga berbeza. Ikut lah citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.
Ads
Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan. Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal dia ya. Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil jer.
Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi.
Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.
Ada orang kalau sudah namanya penggemar ulam-ulaman seperti petai umpamanya, memang tidak dinafikan akan makan lebih berselera bila ada petai pelengkap hidangan.
Jadi elok sangatlah jika petai ini dijerukkan untuk pastikan ianya lebih tahan lama dan mudahlah untuk yang siapa ‘hantu petai’ ini buat stok. Bila tiba-tiba mengidam nak makan petai, ada sahaja di dapur untuk dimakan.
Bahkan jika anda terbeli banyak petai, boleh juga buat begini. Tidaklah membazir jika tidak habis dimakan.
Menariknya menjeruk petai ini, keranggupan isi petai dapat dikekalkan dan rasanya juga sangat sedap. Jadi buat anda yang pertama kali baru ingin mencuba menghasilkan jeruk petai, bolehlah ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh chef ini di mana dia menjeruk petai dengan kulit-kulitnya sekali.
Semoga bermanfaat.
Langkah pertama
Siang Petai…Saya lebih gemar kalau dijerukkan bersama kulit…tapi….kene buang tulang Kiri dan Kanan dia….Mata petai pulak…Potong la 1….2….dan 3 untuk setiap keping…
Langkah kedua
Bilas petai… Kemudian lakukan proses celuhan….celuh dan rebus dua proses berbeza…
Langkah Ketiga
Guna senduk yang berlubang…pindahkan petai ke dalam bekas yang bersih….
Saya percaya….semua Rumah Ada mesin penapis air…Masukkan air sejuk ke dalam bekas petai yang telah diceluh tadi…sebab Nak reduce Kan suhu dia…
Langkah Keempat
Cari bekas untuk anda jerukkan petai Anda tadi…
Bancuh Gula dan garam serta air dari filter water..Rasa air tu….kalau ngam….Kita terus ke langkah yang kelima…
Langkah Kelima
Guna senduk berlubang tadi….dan Bila yakin petai tak panas….pindahkan petai tadi ke dalam bekas bancuhan gula dan garam tadi….
Kalau Nak masukkan ciliapi…pastikan ciliapi juga dicuci menggunakan air filter water…it’s all about quality gais…. Pastikan petai Anda ditenggelami oleh air….
Simpan dalam Peti Ais selama Dua belas Hari.. ya….12 Hari, jangan diusik atau dibuka.
Tahan nafsu…lepas 12 Hari….Baru try satu….Letak luar (suhu bilik) pun ok.
Kuih apam mempunyai rasa yang sedikit manis, lembut, gebu dan pasti akan memuaskan selera pencinta makanan manis. Enak dinikmati pada bila-bila masa, kuih apam menjadi pilihan ramai tanpa mengira peringkat usia.
Kuih apam juga antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi menu jualan di gerai-gerai dan juga restoran. Pendek kata kalau singgah hendak beli kuih di gerai tepi jalan yang menjual kuih muih, kuih apam ini mesti ada.
Hendak buat kuih apam ini tidak sesusah mana. Resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ini antara yang mudah nak dicuba. Sesuai sangat untuk minum petang atau sarapan.
Resipi Kuih Apam, Lembut Dan Gebu
RESIPI KUIH APAM
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya
Elok Cantik Kembang Macam Bunga
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.
2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.
3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan.
4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.
5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas.
6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag).
7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam. Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)
Lepas guna bekas pengisar atau blender, perasan tak ia akan meninggalkan bau cili atau bawang selepas digunakan, betul tak? Selain dua bahan itu, kesan kunyit juga turut melekat pada bekas pengisar kat dapur tu kan. Jadi, bagaimana cara nak hilangkannya? Senang je jom cuba tip yang dikongsikan ini.
.
Tip blender..
Saya ada 1 je jag blender. inilah jag untuk blend bawang / cili / blend air buah / blend adunan kek jugak.
Dan setiap kali lepas guna, saya akan cuci dengan soda bikarbonat + garam + sabun pencuci pinggan. blendkan semua bahan ni. cuci bersih.
Segala bau semua hilang ye. Dan garam tu jugak befungsi untuk menajamkan lagi pisau blender tu.
Ada yang buat macam saya jugak tak ?
.
Edited :
Garam tu garam kasar ye.
Soda bikarbonat, soda yang kita guna buat masak tu.
Sukatan : 2 sudu soda bikarbonat + 2 sudu garam kasar + pencuci pinggan ( ni agak2 je ) + air 2 cawan
Air blend tu nanti saya akan guna untuk cuci pinggan mangkuk. dan hasilnye pinggan mangkuk akan lebih bersih.
Kredit: Dapur Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.