Selalu Bersin Pagi Dan Pening Kepala. Wanita Ini Jalani Pembedahan Resdung. Hati-Hati Ye!

Share

Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis  atau  jangkitan sinus adalah keradangan pada sinus.  Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.

Resdung (“Sinusitis”) boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Malah pembedahan akan dilakukan apabila seseorang itu  mengalami penyakit resdung kronik. 

Sebagaimana perkongsian wanita Nur Amalina Abd Rahim ini yang mengalami masalah resdung yang kronik sehingga perlu menjalani pembedahan.

Thanks for the doa everyone. Sorry x dpt nk reply semua

Untuk yang bertanya, sis selamat menjalani minor operation (Functional endoscopic sinus surgery);ataupun bahasa yang senang nak faham is pembedahan resdung.
Masalah sis ni dah lama,bertahun-tahun,bukan tak p berubat tapi dh xlarat nk p brubat merata dah.So 3months back,jadi makin teruk,bila sis hilang deria BAU & RASA.
Lepas buat ct scan memang belah kiri muka sis dah blocked habis.
Pada sapa2 yang duk selalu bersin pagi2,pening2 kpala,duk slalu berhingus tu bawak2 la p check na sbb kuman sinusitis ni boleh merebak ke mata dan otak.

Ok dah habis beletiaq. Doakan sis cepat sembuh na

Thanks untuk suami,mak,abang dan adik yang tak jemu melawat  dan tolong urus anak-anak

SELEPAS PEMBEDAHAN RONGGA HIDUNG

 

4/7/2019
Ni gambaq lepas operate,bru sedaq dr bius.
Doc kata mmg akn bleeding sbb kt dalam rongga2 hidung n muka byk urat darah.Seram gak la sebab sis is penakut.

Tapi jangan risau depa akn bg ubat stop darah n lain-lain.
So lepas Operate doc akan masuk kan kapas dlm rongga hidung so nk bernafas kena guna mulut.
5/7/2019
Ni gambaq lepas doc cuci.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran agar mementingkan kesihatan diri supaya mengelak daripada berlaku masalah yang lebih kronik.