Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis atau jangkitan sinus adalah keradangan pada sinus. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.
Resdung (“Sinusitis”) boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Malah pembedahan akan dilakukan apabila seseorang itu mengalami penyakit resdung kronik.
Sebagaimana perkongsian wanita Nur Amalina Abd Rahim ini yang mengalami masalah resdung yang kronik sehingga perlu menjalani pembedahan.
Ads
Thanks for the doa everyone. Sorry x dpt nk reply semua
Untuk yang bertanya, sis selamat menjalani minor operation (Functional endoscopic sinus surgery);ataupun bahasa yang senang nak faham is pembedahan resdung. Masalah sis ni dah lama,bertahun-tahun,bukan tak p berubat tapi dh xlarat nk p brubat merata dah.So 3months back,jadi makin teruk,bila sis hilang deria BAU & RASA.
Lepas buat ct scan memang belah kiri muka sis dah blocked habis.
Pada sapa2 yang duk selalu bersin pagi2,pening2 kpala,duk slalu berhingus tu bawak2 la p check na sbb kuman sinusitis ni boleh merebak ke mata dan otak.
Ads
Ok dah habis beletiaq. Doakan sis cepat sembuh na
Thanks untuk suami,mak,abang dan adik yang tak jemu melawat dan tolong urus anak-anak
Ads
SELEPAS PEMBEDAHAN RONGGA HIDUNG
4/7/2019 Ni gambaq lepas operate,bru sedaq dr bius. Doc kata mmg akn bleeding sbb kt dalam rongga2 hidung n muka byk urat darah.Seram gak la sebab sis is penakut. Tapi jangan risau depa akn bg ubat stop darah n lain-lain. So lepas Operate doc akan masuk kan kapas dlm rongga hidung so nk bernafas kena guna mulut.
5/7/2019
Ni gambaq lepas doc cuci.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran agar mementingkan kesihatan diri supaya mengelak daripada berlaku masalah yang lebih kronik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Memasuki hari ke 10 jumlah kutipan telah mencapai RM39.2 juta!
Namun keterujaan menonton filem ini, ada yang tidak sedap didengar apabila ada segelintir penonton filem ini tidak menjaga tertib semasa di dalam pawagam.
Menerusi perkongsian Syukrie Sufian meluahkan rasa kekesalannya terhadap sikap penonton berkenaan menerusi grup Movie Addict MY .
Namun tidak mahu mengeruhkan keadaan bimbang akan menganggu orang lain, dia mengambil keputusan untuk mengalah.
Dia berharap para penonton menjaga adab ketika menonton filem. Moga kisah ini menjadi iktibar untuk kita semua.
Selesai menonton Mat Kilau. Saya bukan nak review filem ini, tapi nak review adab segelintir (skala kecil) perangai orang kita (rakyat Malaysia).
Saya beli tiket ini sehari sebelum waktu tayangan iaitu 30 Jun 2022 dan saya telah memilih seat saya G08 dan G09 yang berada di row tengah.
Memandangkan waktu tayangan pukul 7:40, jadi saya dan pasangan tunaikan kewajipan Maghrib terlebih dahulu dan kami masuk hall agak lewat sedikit (dalam 7:50 dan beranggapan 10 minit pertama selalunya iklan sebelum tayangan bermula).
Bila sampai, kami lihat hall dah penuh dan tayangan telah bermula (sebelum scene orang melayu ditemb*k). Jadi kami pergi ke row kami untuk mengambil tempat duduk, malangnya row tersebut PENUH dan dipenuhi dengan “satu keluarga”.
Kami jadi pelik, salah masuk hall ke? Bila nak ketempat duduk tu, tiba-tiba ada suara berkata, “dah penuh la, pergi duduk kat atas”. Saya baru nak cakap ni tempat saya ni, tetapi pasangan tarik saya ke tempat duduk atas (yang bukan seat kami).
Agak tak selesa, sebab kami risau ambil hak orang lain, disebabkan ada penonton yang masuk selepas kami. Kami memang dah nekad, kalau ada orang claim tempat duduk dia, memang kami decide nak keluar je.
Nak buat kecoh dalam wayang pun tak best juga, sebab benda dah start nanti menggangu penonton lain pulak.
Cumanya nak pesan kepada kawan² dalam group, sekiranya kalian membeli tiket wayang TOLONGLAH DUDUK DITEMPAT YANG KALIAN PILIH. Ya, mungkin silap kami sebab masuk lewat tetapi saya rasa untuk 10-15 minit lewat tu perkara biasa sebab tak semua masuk panggung on time, ada yang skip iklan.
Jadi kami pun menonton dengan pengalaman yang tak seronok dan gelisah sebab takut ada penonton yang datang lebih lewat. Maaf posting agak panjang, sebab saya nak mengingatkan kalian supaya tidak mengambil hak orang lain, seperti mana British mengambil hak orang Melayu dalam Mat Kilau.
Mungkin ada yang akan kata, kenapa tak duduk je seat yang kosong atau marah je la keluarga tersebut. Macam saya cakap, saya cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan sebab ceritanya tayangan sudah bermula.
Edit: Bukan taknak panggil staff atau halau keluarga tersebut. Saya kena rational, sebab kalau panggil staff, satu row kena bangun. Dah mengganggu pandangan penonton lain. Atau lebih teruk, mungkin akan buat mereka tak puas hati. Dah jadi isu bergaduh pulak kat situ. Dan pandangan penonton lain pulak, “laa isu seat je kot, duduk je la mana²”. Sumber : FB Syukrie Sufian
Tidak lama lagi kita akan meraikan hari raya Aidilfitri di kampung bersama ahli keluarga yang lain.
Sudah tentu ada yang tak sabar ingin meraikan hari raya bersama sanak saudara dan ahli keluarga lain.
Antara perkara yang paling awal kena buat untuk pulang ke kampung adalah persiapan mengemas beg pakaian dan beg keperluan lain.
Biarpun nampak remeh temeh, tetapi jangan ingat kerja kemas bag ini mudah. Ini yang ditegaskan oleh seorang wanita, puan Izyan Izdihar Shaarani menerusi perkongsiannya di facebook.
Jangan kau pertikai apa bini kau buat. Jangan ingat kemas beg tu senang. Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.
Baju ni ada banyak jenis baju.
Baju balik kampung. Baju untuk masak di malam raya. Baju pagi raya. Baju ke dapur pada hari raya. Baju berjalan ke rumah saudara. Baju casual di malam hari pada hari raya.
Tu baru kategori baju isteri tu sendiri. Belum masuk tudung. Tudung jangan kau ingat satu jenis je. Ada tudung sarung untuk ke dapur. Ada shawl nak pakai pagi raya. Ada tudung bawal nak match dengan baju casual. Inner tudung. Anak tudung. Pin tudung.
Pin ni pun ada banyak kelas. Pin kat telinga kena tajam. Pin kat dagu kene kecik. Pin kat bahu kena besar sikit. Pin kat baju kebaya kena besar gedabak. Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar
JENIS-JENIS BAJU
Belum baju anak. Uiii..tu lagi banyak jenis.
Baju raya. Baju bila dah tengah hari. Baju tidur. Baju ganti kalau baju raya dah comot. Baju kalau tido dalam aircond. Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond. Baju berlubang, baju takde lubang.
Tu kalau seorang anak. Kalau ada 5?6?
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak. Bukan takat baju melayu je. Butangnya, sampin nya, songkoknya.
Itu baru baju. Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh!
Kasut? Ha..ada kasut raya. Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti. Ada kasut kalau nak jalan jauh. Hmmmmmm
Ha…mandi cemane mandi… Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya
Ha..ok…cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh…ada lagi! Barang mekaaappppp…
Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah… Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu
Charger handphone..charger charger.. Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
Dan…dan… Dia siap ada plan kontigensi. Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada..benang..gunting…kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..
Haaaaa……Ok. Ada dah semua. Fuhh…legaa…. Ok zip beg!
Suami kerjanya apa? Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta. Jangan cakap pape. Angkat.susun.senyum.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Untuk mendidik anak rasa cinta dan hormat pada ibu bapa perlu dibina di atas dasar kasih sayang dan rasa terima kasih, bukannya hanya kepada status atau kuasa mutlak di atas gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Ikuti panduan ini dalam menjana pembangunan insaniah kanak-kanak.
1.Rujukan Al-Quran
Katakan sikap yang baik adalah tuntutan agama Islam. Luangkan masa untuk bercerita tentang perintah Allah supaya menghormati ibu bapa di dalam al-Quran. Terdapat juga kisah-kisah pengajaran di dalam sirah sebagai panduan anak-anak
2.Teladan
Kanak-kanak bejar mellaalui peniruan. Sebagai ibu bapa anda harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah.
3.Membantu ibu bapa
Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak supaya menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.
4.Tunjukkan kasih sayang
Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak ialah suka dirinya dihargai dan dibelai. Cara menunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif anak anda. Kesannya kanak-kanak yang tahu mereka disayangi mempunyai keyakin diri yang tinggi dalam dirinya.
5.Ajari anak sikap pemaaf
Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak anda. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap mereka, kerana anda sedang mengajar mereka untuk suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.