Selalu Beli Lemau, Kedekut Coklat. Buat Sendiri Je Choco In Jar, Lagi Puas Hati!

Share

Pantang buka sosial media, baik Facebook, Instagram mahupun Twitter, pasti akan naik macam-macam makanan tak kira la memang orang tu sendiri buat untuk makan atau untuk berniaga.

Kalau dah tengok gambar makanan tu, dari kenyang boleh lapar balik. Dari tak teringin, terus rasa nak beli! Itulah yang bahayanya. Nak-nak lagi kalau benda tu berkaitan dengan makanan yang manis, lagi lah rasa membuak-buak nak beli tu datang!

Macam choco in jar lah! Benda biasa je, tapi disebabkan angle yang cantik, marketing yang menarik dari peniaga, terus rasa nak order! Dah beli, rasa tak cukup pula. Kalau yang jenis malang, akan dapat la makanan yang lemau lah, serba serbi tak cukup. Mula la rasa nak buat sendiri je! Haa yang dah pasang niat nak buat sendiri tu, cer try resipi dari Ain Kamis ni. Mudah je, sekali buat dapat portion banyak. Pergghhh berbaloi-baloilah!

Bubble Rice Choco In Jar

Skrg tgh top makanan ni kan.. Tpi harga boleh tahan mahal kan.. Biasela,, Beryl tu mhl hemak2 sekalian, jgn salahkan seller jual mhl ye. Haha.

Meh arini sy share resepi mcm mne nk kasi coklat tu sentiasa cair walaupon sudah semalaman.

Mak2 yg ada anak yg suka mkn,, nk beli selalu pon mcm xberbaloi kan,, apekata keluar modal sikit, pastu hadap la mkn berkali2 smpi jemu noh.

Bahan-bahannya :

200gram coklat Beryl (paling sedap la ni)

90gram minyak masa

Bubble rice / cococrunch

Cara-caranya : 

1) Sangai / bakar dulu bubble rice sekejap untuk tahan rangup.

2) Cairkan coklat guna kaedah double boiler. Awas jangan tersampai masuk air dalam mangkuk coklat ye.. Nanti coklat rosak

3) Cairkan coklat dulu, pastu baru masukkan minyak. Gaul mereka smpai sebati. Sejukkan sebentar dan baru curah dalam bubble rice.

Guna la balang yg sesuai ye. Susun mcm ni. Ikut la creativity masing2

Pastu curah la coklat yg dh cair td.. Ikutla nk byk mne.. Ikut kesesuaian.

Hias dgn ape2 yg menarik.