Keibubapaan

“Selalu Belai Rambut, Peluk Cium Mommy” Anzalna Nasir Syukur Dapat Anak Lelaki Penyayang!

Share

Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur bila mana anak sulungnya dilihat cukup penyayang malah sangat pandai mengambil hatinya.

Hal itu dikongsikan Anzalna menerusi satu hantaran di Instagram Story. Kata Anzalna, anak sulungnya, Mohamad Eidrees, 5, sangat pandai mengambil hatinya.

“Alhamdulillah Allah kurniakan anak sulung lelaki yang sangat penyayang. Selalu belai rambut saya, peluk dan cium mommy dia selalu.

“Setiap malam sebelum tidur akan cium peluk dan suruh mimpi dia. Sangat romantik.

“Selalu bagi saya bunga hiasan dalam rumah. Yang paling penting tak kedekut!,” tulisnya berkongsi.

Bahkan kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, Eidress tidak lokek berkongsi wang sakunya untuk ibu kesayangannya.

“Sentiasa belanja mommy dia. Kalau buka wallet Versace dia selalu bagi saya duit suruh saya shopping.

“Walaupun duit dalam wallet dia tak seberapa tetapi niat dia yang baik tu buat saya terharu.

“Tapi kadang dia buang duit dia dalam tong sampah! Dia fikir kertas kosong ke apa anak oh anak… Sumpah tak sabar nak tunggu dia besar.

“Walaupun baru berusia lima tahun tapi dia boleh terfikir apa yang boleh membahagiakan mommy dia. I love you so much Eidrees! Terima kasih selalu manjakan mommy,” luahnya terharu.

Terdahulu, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 . Pasanagn ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 5, dan Mohamad Emirhan, 2.

Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my