Selalu Amal Minum Air Lemon, Elok Ketahui Cara Semai Pokoknya!

Share

Jika kita selalu menyediakan air lemon untuk keluarga bagi tujuan penjagaan kesihatan. Apa kata, ada baiknya kita dapat menanam sendiri pokok lemon untuk lebih memudahkan diri daripada perlu membeli lemon setiap hari.

Jika belum tahu teknik menyemai biji lemon, di sini dikongsikan untuk info bersama.

Assalamualaikum
Saya nampak post tanya tentang tanam pokok lemon. Jadi saja nak share jugak. Hihi…
ni second time saya tanam jadi pokok lemon saya ni.

Buah yang saya beli, biji cuci dan jemur kering.


Kemudian saya simpan dalam bekas tertutup lapik tisu lembab. Tapi, lama jugak tau dia nak pecah benih tu. Alhamdulillah lepas 2 minggu, dah naik pucuk daunnya.

Saya pakai teknik macam dalam gambar. Apa ke nama tak tahu  lupa dah. Tengah-tengah tu kain mop tarik sampai atas. Air bawah tu air baja AB. Sbb kadang lupa nak jirus. 

Alhamdulillah, sesiapa yang nak cuba boleh la try. Best of luck!!!

Sumber : Fazliana Musa via Kelab Kaki Kebun