
Jika kita selalu menyediakan air lemon untuk keluarga bagi tujuan penjagaan kesihatan. Apa kata, ada baiknya kita dapat menanam sendiri pokok lemon untuk lebih memudahkan diri daripada perlu membeli lemon setiap hari.
Jika belum tahu teknik menyemai biji lemon, di sini dikongsikan untuk info bersama.
Assalamualaikum
Saya nampak post tanya tentang tanam pokok lemon. Jadi saja nak share jugak. Hihi…
ni second time saya tanam jadi pokok lemon saya ni.
Buah yang saya beli, biji cuci dan jemur kering.
Kemudian saya simpan dalam bekas tertutup lapik tisu lembab. Tapi, lama jugak tau dia nak pecah benih tu. Alhamdulillah lepas 2 minggu, dah naik pucuk daunnya.
Saya pakai teknik macam dalam gambar. Apa ke nama tak tahu lupa dah. Tengah-tengah tu kain mop tarik sampai atas. Air bawah tu air baja AB. Sbb kadang lupa nak jirus.
Alhamdulillah, sesiapa yang nak cuba boleh la try. Best of luck!!!
Sumber : Fazliana Musa via Kelab Kaki Kebun
Rasai Kesan Luar Biasa Untuk Awet Muda & Booster Tenaga. Pakar Jamu Ni Kongsi Cara Untuk Buatnya!

Bila disebut amalkan jamu tentu sudah ada yang membayangkan rempah-rempah yang berwarna kuning yang bukan sahaja mempunyai bau yang beraroma namun rasanya kurang enak dimakan.
Namun berbeza dengan air jamu yang dikongsikan oleh pakar jamu ini. Bukan sahaja rasanya lebih menyegarkan dan menyelerakan malah khasiatnya juga luar biasa. Andai diamalkan badan lebih bertenaga dan paling istimewa nampak awet muda.
Jadi usah tunggu lagi jom ketahui cara membuatnya dan bersama kita amalkan untuk cantik dalaman dan luaran.
Alhamdulillah, sebelum ni cikgu dah pernah share cara nak buat jamu ni. Sampai terviral. Ramai juga yang pm bagitau kehebatan jamu ni. Dan biasalah bila dah terviral ramai pula yang adjust resipi asal cikgu. Ada yang adjust untuk kepentingan mereka sendiri. Bab itu cikgu malas nak komen kerana ramai suka jadi pelsu bin pelstik.
Rahsia penyediaan jamu
Bila masak jamu atau bahan alami, ada tindakan kimia semulajadi yang berlaku. Sebab itulah perlu tahu sukatan betul, bahan betul, kerana apabila di minum atau di pakai berlaku lagi proses tindak balas dengan sistem tubuh.
Sebab itulah dalam apa jua yang kita buat apa kita kita makan jangan berlebihan. Perlu berpada pada.
Jadi harini cikgu kongsi balik cara buat jamu tenaga yang tulen. Kerana gabungan bahan dan caranya sudah di kaji.
Specialnya jamu ni
Jamu ni bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah sakit badan, badan berangin, lemau, tak bermaya. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan dan remaja. Lepas minum raserr ringan badan. Sakit kepala juga berkurang.
Sesuai juga bagi mereka yang dalam berpantang. Boleh minum 3 hari sekali bagi ibu menyusu.
Untuk mereka yang badan lemau boleh diminum 1 cawan setiap hari sebelum makan.
Bagus untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt taww. Pasti pelanggan pown teruja nak datang selalu minum.
Jamu ini membantu menambah tenaga dan membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Sangat bagus dalam menghambat angin juga.
Perghh arrooma dia. Memang superb! Lepas minum paling best burrrpp…burrppp angin keluar. Lega aihhh…
Jamu ni multipurpose tau. Banyakla kegunaan dia
1. Boleh untuk redakan masalah sinus atau dalam bahasa glamer nya resdung. Untuk sinus perlu di steam muka tu sambil menyedutt aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
2. Rendam kaki singkirkan toksin . Perlu di tambah garam dan tidak di letakkan madu. Kaki yang berat menjadi ringan .
3. Mandian herba. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Tambah la 2-3 cawan garam dan boleh di buat bilasan terakhir. Tidak perlu letak madu
4. Boleh bakar kalori awak dengan mandi wap. Rebus dan masukkan dalam baldi dan kangkang sambil selubung badan dengan kain. 2 dalam 1 dimana bertangas pun boleh.
Wow! Siapa sangka ramuan ni boleh buat macam macam kan. Jadi mereka dalam berpantang boleh buat air mandian dan bertangas.
Okay okay cikgu bagi tahu resipi power jamu ni.
Ini jamu original. Yang telah dikaji khasiatnya .
JAMU AWET MUDA & TAMBAH TENAGA
BAHAN BAHAN
Halia sebesar 1/4 tapak tangan di ketuk
2 batang serai di ketuk
1 sudu kecil halba campur
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
1-2 batang kayu manis ceylon
1 sudu kecil bunga lawang
3 helai daun pudina
1-2 sudu madu asli
CARA CARA
1. Rebus semua bahan kecuali madu dengan 6-7 cawan air sehingga mendidih.
2 .Tutup api biarkan suam.
3. Tapis ke dalam cawan.
4. Masukkan madu dan sedikit perahan lemon.
sumber : Sarifa Redzuan II
Tumit Terasa Menyucuk-nyucuk Memang Tak Selesa. Amal Petua Lama, Redakannya!

Tumit kaki yang terasa sakit biasanya akan terasa reda bila kita beristirehat. Namun andai tidak kurang juga, elok kiranya berjumpa doktor dan amalkan petua ini untuk atasinya.
PETUA HILANGKAN SAKIT TUMIT KAKI
Masalah sakit tumit kaki ni bukan pada orang yang berusia saja tau tapi sesetengah orang muda pun ada. Sakit sebelum waktu ni la yang boleh menambah stress ni!
Punca utama mungkin lah dari masalah berat badan jugak. Tapi tak kurang jugak disebabkan gangguan tulang dan sebagainya. Kalau tak nak jumpa dengan tuan doktor kena lah rajin mencuba petua-petua lama ni.
Sebab ada jugak kajian yang mengatakan salah satu penyebab sakit tumit ni berpunca dari masalah angin dalam badan. Kalau dari angin ni,senang saja nak pulihkan.Cuma kena rajin.
Kena amalkan setiap hari.
Cara 1
Betik Muda.
Caranya :
Panaskan betik muda di atas api kecil.
Angkat dan kemudian letakkan kaki di ataskan hingga betik sejuk. Amalkan setiap hari.
Cara 2
Lemon Panas
Caranya :
Minum segelas lemon panas pada setiap pagi.
Selain itu boleh juga buatkan air detoks lemon dan minum setiap kali bangun tidur. Amalan ini untuk buang toksin dan sekali gus meredakan masalah pada kaki.
Cara 3
Bawang Putih Bakar
Caranya :
Amalkan makan bawang putih yang dibakar.
Lakukan amalan ini setiap pagi. Bawang putih baik untuk pulihkan masalah angin dan boleh redakan sakit.
Sumber : No Or
Jangan Lalai! Ini Yang Perlu Anda Buat Elak Risiko Dijangkiti Gelombang Baru Covid-19

Sejak-sejak kedatangan gelombang jangkitan baru Omicron menyebabkan kes harian di seluruh dunia melonjak naik termasuklah di negara kita sendiri. Hal ini merisaukan apabila kes kembali menjadi 5 angka.
Jangan lalai! Jaga diri jaga keluarga denga menerapkan protokol kedihatan yang ketat dan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dalam menghindarkan diri turut terjebak dalam virus ini.
6 Perkara Bagi Mengurangkan Risiko Gelombang Baru
1. Vaksinasi lengkap dan booster
Setiap orang disarankan untuk segera mendapatkan vaksinasi dos lengkap dan booster. Kajian menunjukkan vaksinasi Covid-19 dapat mencegah penularan dan mengurangkan keparahan gejala wabak itu sekiranya dijangkiti.
2. Gunakan pelitup muka
Individu yang pernah dijangkiti Covid-19 perlu terus memakai pelitup muka untuk mencegah jangkitan semula. Gunakan pelitup muka jenis N95 dan KN95 yang lebih berkesan berbanding mask jenis lain.
3. Jaga jarak
Sudah pernah dijangkiti Covid-19 bukan bererti seseorang boleh mengabaikan SOP menjaga jarak malah sebaik-baiknya tetap menjaga jarak dengan orang lain sekurang-kurangnya satu meter.
Berada terlalu dekat dengan orang lain yang tidak diketahui status mereka dapat meningkatkan risiko jangkitan berulang.
4. Hindari aktiviti berkumpul
Jika tiada hal yang penting, adalah lebih baik duduk di rumah. Sekiranya perlu keluar, jauhi berada dalam kelompok orang ramai yang berkumpul.
5. Mencuci tangan
Semakin ramai mula mengabaikan rutin mencuci tangan menggunakan sabun. Ini kerana virus itu dapat melekat di tangan dan masuk ke dalam tubuh tanpa disedari.
Penggunaan pencuci tangan juga sangat membantu bagi memastikan tangan sentiasa bersih dan paling penting dapat mengurangkan risiko jangkitan semula.
6. Menjaga daya ketahanan tubuh
Tahap daya ketahanan tubuh yang lemah dapat meningkatkan risiko jangkitan berulang. Oleh sebab itu pastikan menjaga ketahanan tubuh anda dengan pemakanan seimbang, tidur yang cukup, mengawal tekanan dan bersenam.
Sumber : MStar
Elak dari hidap penyakit jantung, jom dengar perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Adik beradik ibarat air dicincang takkan putus. Setuju?