Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain.
Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman.
Selalunya, untuk tujuan menambah rasa terhadap ulam yang dimakan, ia dimakan bersama dengan sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencicah-pencicah lain.
Orang dulu-dulu sebenarnya telah mengamalkan pemakanan seimbang dan menjadikan ulaman ini sebagai pelengkap hidangan.
Kehidupan sekarang yang terlampau sibuk sehingga tidak sempat untuk masak sayur contohnya anda boleh amalkan makan ulam ini.
Ok, ini dia senarai 8 jenis ulam-ulaman yang popular beserta khasiatnya!
1. Ulam raja
Ulam raja, atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus didapati mempunyai kesan antioksidan, antidiabetes, antihipertensi, antikeradangan, antimikrob dan antikulat.
Menariknya dibandingkan dengan buah-buahan seperti strawberi, plum, oren, epal dan tomato, ulam raja mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi. Maka layaklah tumbuhan ini dikenali dengan nama ulam raja.
Ulam raja juga mempunyai kesan melindungi tulang yang dapat mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya bagi wanita menopaus.
2. Sambung Nyawa
Sambung nyawa atau dalam bahasa saintifiknya Gynura Procumbens didapati berpotensi mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah, menggalakkan kesuburan, selain mempunyai kesan antikanser, antimikrob, antioksidan dan antikeradangan.
Menariknya, kajian dalam haiwan menunjukkan tumbuhan ini hanya mempunyai kesan menurunkan gula dalam darah pada haiwan yang diabetes, dan tidak pada haiwan yang normal.
Bagi masyarakat Cina, ulam yang dikenali sebagai Bai Bing Cao ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk rawatan kanser rahim, cervical spondylosis dan ulser kulit yang kronik.
Ekstrak tumbuhan ini juga didapati pada beberapa produk makanan (teh, kopi, kimchi, gula-gula, coklat, gam getah) dan kecantikan (krim muka, topeng muka) di China dan Korea.
Ads
3. Daun Selom
Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica mempunyai kesan antidiabetik, antioksidan, antiradang, selain kesan melindungi hati dan memori.
Sayuran ini dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, lauk ikan sungai dan ikan kering.
Selom juga sesuai dibuat ‘urap’ iaitu campuran kelapa parut, cili api, gara, belacan yang ditumbuk halus dan digaul dengan daun selom.
4. Cekur
Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia Galanga Linn mempunyai kesan antiradang, tahan sakit, anticacing, antioksidan, antimikrob dan antihipertensi.
Selain dimakan sebagai ulam, daun cekur turut digunakan untuk merawat bengkak, pening kepala, sakit perut, sakit gigi dan reumatisme (radang dan sakit pada otot dan sendi).
5. Pegaga
Ads
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella Asiatica merupakan tumbuhan yang sering dikaitkan dengan rahsia keremajaan dan awet muda.
Bukti saintifik juga telah menunjukkan bahawa pegaga mengandungi sebatian tumbuhan yang memudahkan pertumbuhan tisu penghubung seperti elastin dan kolagen, yang penting untuk
penyembuhan luka.
Maka tidak hairanlah kini ekstrak pegaga digunakan dalam produk krim muka, dikenali sebagai cica cream yang boleh didapati daripada jenama-jenama produk terkenal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengakui pegaga sebagai ramuan untuk menghasilkan kecerdasan untuk berfikir, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Nilai nutrisi pegaga yang sebenar telah lama diiktiraf di seluruh Asia.
Dianggap sebagai ‘makanan otak yang menghasilkan kecerdasan’, ulam ini sangat berkesan untuk meningkatkan fungsi mental seperti meningkatkan ingatan dan penumpuan minda.
Amalan meminum jus pegaga sangat berkesan untuk membantu tidur bermasalah, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi.
6. Daun Kaduk
Daun kaduk atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum, agak menyerupai daun sireh tetapi tumbuhan ini tidak tumbuh memanjat sebaliknya tumbuh di atas tanah.
Ads
Daun yang mempunyai rasa agak payau dan sedikit pahit ini dikatakan mempunyai manfaat untuk masalah sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit-sakit dalam tulang.
7. Petai
Petai merupakan ulam yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Petai didapati mempunyai kesan antidiabetes, antimikrob, antioksidan, antihipertensi dan berpotensi menurunkan kandungan gula dalam darah.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam petai didapati pada bahagian biji dan pod tumbuhan ini.
8. Jering
Selain petai, ulam lain dengan bau yang kuat ialah jering.
Jering mempunyai kandungan asid amino yang unik, asid djenkolic yang mempunyai kesan antidiabetes.
Kajian dalam haiwan mendapati kesan positif pada kandungan gula dalam darah, selera makan dan berat badan haiwan yang diabetes dan normal.
Tetapi, dalam masa yang sama, pengambilan jering boleh menyebabkan masalah jantung, buah pinggang, hati, paru-paru dan pankreas pada haiwan normal.
Oleh itu, pengambilan jering hendaklah secara terkawal.
Jadi, mulakan inisiatif pemakanan ulam-ulaman ini untuk kesihatan badan.
Walaupun anda tidak biasa dan berasa janggal menjamahnya, cubalah dahulu. Kerana dari mulut, pasti turun ke hati!
Daun pandan adalah antara pokok yang mudah ditanam halaman rumah. Sering menjadi bahan untuk masakan.
Dalam pada itu, ia juga dijadikan untuk kecantikkan diri dan kesihatan.
Sebagaimana perkongsian ini, memperjelaskan penggunaan daun pandan yang membantu mengurangkan masalah darah tinggi dan kencing manis.
Menurut Pakar Kimia ini, Fatima Salim pengambilan jus pandan membantu mengurangkan masalah dua kesihatan terbabit namun elak pengambilan berlebiha serta perlu mendapat nasihat doktor.
Merujuk kepada ss ahli MaMa di bawah yang bertanya berkenaan dakwaan pandan yang boleh menurunkan darah tinggi dan kencing manis.
Jawapan saya, ADA benarnya. Terdapat kajian kepada tikus yang menunjukkan ada kesan penurunan terhadap diabetis dan darah tinggi apabila diberikan 10% air pandan selepas diberi makan gula. Kesan ini mungkin disebabkan oleh kandungan bahan kimia bersifat antioksida dari kumpulan flavonoid, asid phenolik dan carotenoid dalamnya, berserta vitamin (contoh vitamin A dan C) dan mineral, SAMA seperti sayuran lain. Cuma bau pandan yang wangi dan rasanya yang enak sesuai dijadikan teh untuk diminum.
Penyakit metabolik seperti darah tinggi dan kencing manis boleh berlaku disebabkan terganggungnya keseimbangan kimia badan. Makanan yang kaya dengan antioksida seperti sayuran hijau boleh membantu dalam merawat proses badan secara semulajadi. Mereka juga boleh membantu dalam menguatkan sistem pertahanan semulajadi badan melawan penyakit.
Bagi individu yang dalam rawatan, usahlah tinggalkan ubat yang diberikan. Jus pandan BUKANNYA ubat. Jadikan makanan yang mempunyai fungsi merawat (functional food) seperti daun pandan ini sebagai pelengkap. Berhati-hati juga dengan kesan interaksi ubat dan makanan. Berbincanglah dengan dietitian dan doktor yang merawat. Begitu juga dengan terus amalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat.
Kesimpulannya, boleh saja air pandan diminum sebagai teh selepas makan untuk kesihatan umum badan namun usah berlebihan. Ingat, segala yang berlebihan boleh membawa mudarat.
Kebaikkan lain pandan:
• Pati minyak pandan boleh membantu melegakan sakit-sakit sendi.
• Pes pandan boleh melegakan kesan terbakar (baca: sedikit) pada kulit.
• Bahan kimia meruap dalam pandan boleh membangkitkan selera makan. Sebab itu sesuai dicampurkan dalam masakan.
• Bahan kimia meruap daripada pandan juga boleh menghalau serangga.
Sumber: Fatima Salim via Makmal Makanan (MaMa)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi wanita yang bergelar isteri, ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan sumber makanan yang mampu memberi tenaga dan memelihara kesihatan luaran dan dalaman.
Justeru, petua orang dulu-dulu ada menyarankan untuk mengamalkan minuman herba.
Ini sebagaimana perkongsian puan Rossa Dyla Mahmud menerusi laman facebooknya untuk memastikan kesihatannya terpelihara.
Petua ini berupa minuman kesihatan yang perlu diamalkan oleh kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.
Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Air (3 cawan)
TAMBAH JIKA PERLU
Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Antara Kelebihannya:
1.Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2.Mengeluarkan angin dalam badan.
3.Anti kanser
4.Memecahkan lemak-lemak.
5.Mengurangkan masalah bau badan
6.Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
2.Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3.Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4.Bagi ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5.Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, pelakon Scha Alyahya memuat naik dua keping gambar berada di hospital. Turut bersamanya Awal Ashaari dan juga Lara.
Rupa-rupnya, Scha ketika itu bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim ataupun dikenali sebagai Endometriosis.
Terbaru, dalam laporan oleh Harian Metro memberitahu pelakon ini selamat menjalani pembedahan tersebut. Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, berkata, masalah ketumbuhan itu sebenarnya mula dikesan pada Disember tahun lalu.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan. “Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro. Menurut Scha lagi, masalah ketumbuhan dalam rahim yang dihadapinya itu juga menjadi salah satu penyebab dia sukar untuk hamil lagi.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.
Sebelum ini, Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.