“Selain Isteri Bantu, Saya Guna Tongkat Untuk Berjalan.” Suhaimi Saad Dedah Hidap Sakit Mata Kronik!

Share

Selepas lama tidak mendengar berita mengenai penyanyi nasyid Suhaimi Saad, terbaru menerusi laporan Kosmo, bekas kumpulan InTeam ini dikatakan mempunyai masalah kesihatan. Suami kepada Ina Naim ini dikhabarkan menghidap sakit mata yang kronik sejak setahun lalu.


Suhaimi saad kini dikatakan banyak bergantung dengan isterinya, Ina Naim bagi membantu dalam menguruskan urusan harian kerana matanya mengalami rabun dan masih dalam rawatan.

“Saya mengalami masalah mata ini sejak tinggal di ibu negara lagi. Selain isteri, saya juga menggunakan tongkat untuk berjalan…”

“Saya masih mendapatkan rawatan susulan di hospital selain meneruskan rawatan secara tradisional untuk mengubati mata ini…”

 

Tampil single terbaru
Meskipun keadaan kesihatan terjejas, namun Suhaimi berkata dia masih aktif dalam bidang seni dan sedia membuat persembahan jika mendapat jemputan.

Malah, penyanyi itu bakal tampil dengan single terbaharu ciptaannya sendiri yang berunsurkan ketuhanan berjudul Zapin Selawat penghujung tahun ini.

Bisnes dalam talian
Sementara itu, bagi menambah pendapatan keluarga, isterinya menjalankan perniagaan barangan kosmetik dan pakaian secara dalam talian serta mengambil tempahan makanan.

Pasangan itu memiliki empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Sallman El-Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8, dan Nurlayla Elghufrony,6, yang bersekolah di rumah (home schooling) dengan ibu mereka sebagai guru.

Difahamkan, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penggiat Seni Kelantan, Mohamad Afandi Mohamad akan membantu penyanyi itu untuk kembali aktif dalam bidang seni.

Sumber: Kosmo Online