
Selepas lama tidak mendengar berita mengenai penyanyi nasyid Suhaimi Saad, terbaru menerusi laporan Kosmo, bekas kumpulan InTeam ini dikatakan mempunyai masalah kesihatan. Suami kepada Ina Naim ini dikhabarkan menghidap sakit mata yang kronik sejak setahun lalu.
Suhaimi saad kini dikatakan banyak bergantung dengan isterinya, Ina Naim bagi membantu dalam menguruskan urusan harian kerana matanya mengalami rabun dan masih dalam rawatan.
“Saya mengalami masalah mata ini sejak tinggal di ibu negara lagi. Selain isteri, saya juga menggunakan tongkat untuk berjalan…”
“Saya masih mendapatkan rawatan susulan di hospital selain meneruskan rawatan secara tradisional untuk mengubati mata ini…”
Tampil single terbaru
Meskipun keadaan kesihatan terjejas, namun Suhaimi berkata dia masih aktif dalam bidang seni dan sedia membuat persembahan jika mendapat jemputan.
Malah, penyanyi itu bakal tampil dengan single terbaharu ciptaannya sendiri yang berunsurkan ketuhanan berjudul Zapin Selawat penghujung tahun ini.
Bisnes dalam talian
Sementara itu, bagi menambah pendapatan keluarga, isterinya menjalankan perniagaan barangan kosmetik dan pakaian secara dalam talian serta mengambil tempahan makanan.
Pasangan itu memiliki empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Sallman El-Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8, dan Nurlayla Elghufrony,6, yang bersekolah di rumah (home schooling) dengan ibu mereka sebagai guru.
Difahamkan, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penggiat Seni Kelantan, Mohamad Afandi Mohamad akan membantu penyanyi itu untuk kembali aktif dalam bidang seni.
Sumber: Kosmo Online
Bila Anak Sukar Nak Belajar, Ini Tip Nak Buat Anak Rajin Belajar Di Rumah

Bagaimana cara agar anak minat belajar meningkat? Tentu ibu bapa mencari tipnya. Ikuti cara seperti berikut. Boleh cuba!
Tip Ibu Bapa
1 – Ruang Belajar
Menghias ruang belajar anak sangat penting untuk menarik perhatian anak. Menghias/menyusun ruang belajar yang baik dan tepat, akan mendorong minat belajar anak menjadi lebih baik.
Rasa nyaman itu penting, disaat anak sedang cenderung malas belajar, disinilah peranan ibubapa untuk membangkitkan mood belajar seorang anak.
Salah satunya adalah dengan cara menghias dan menyusun ruang belajar anak supaya lebih nyaman dan menyeronokkan.
2 – Pemilihan Warna
Pemilihan warna yang sesuai amatlah membantu membangkitkan mood belajar anak-anak. Warna ruang belajar yang suram hanya menghilangkan Mood belajar anak seterusnya anak akan mula bosan dan hilang fokus belajar.
Warna dinding dan perabot boleh dipilih menggunakan warna-warna ceria. Lihat sahaja di google banyak contoh-contoh warna ceria mahupun ruang belajar yang menarik.
3 – Wangian membangkitkan ‘mood’ belajar
Siapa yang tidak suka wangi-wangian?? Semua orang pun sukakan. Begitu juga anak-anak. Manusia dikurniakan 5 deria iaitu melihat, mendengar, gerak, bau dan rasa.
Pilih wangian yang menyegarkan dan menenangkan akan mambangkitkan mood belajar anak-anak dirumah. Ini namanya kita merangsang deria bau secara terancang.
4 – Luangkan masa bersama
Usaha luangkan masa bersama anak ketika dia belajar. “Macammana nak teman, saya sibuk kerja” , “Saya nak teman tapi saya tak pandai nak ajar dia”
Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada sepanjang masa anak belajar. Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada ilmu setinggi Diploma, Ijazah, Master dan Phd. Cukuplah Ada bersama mereka sesekali sewaktu mereka belajar sudah memadai buat anak.
Apa faedahnya teman anak :
Dapat bantu anak dalam pelajaran (bila tahu).Dapat beri semangat dan sokongan pada anak.Anak akan rasa dia diberi perhatian oleh ibubapa.Dapat tunjukkan betapa kita juga minat belajar dan anak akan belajar nilai tersebut.Anak akan belajar dalam keadaan emosi yang baik.
Sumber: mohdrizalrais.com
Cuba Petua Mudah Ini Untuk Yang Bermasalah Gout, Hanya Guna Tiga Bahan Dari Dapur Sahaja.

Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.
Kehilangan Datuk, Remaja Usia 13 Tahun Hidup Terabai, Rupanya Warisi Rumah Pusaka

Berat mata memandang berat lagi memikul. Begitulah yang dilalui oleh remaja perempuan ini yang terabai hidupnya selama setahun.
Kisah duka dalam hidunya bermula apabila kehilangan datuknya pada usia 12 tahun. Lanjutnya selama setahun hingga 13 tahun, remaja itu hidup bersendirian.
Waris yang sepatutnya yang menjaganya tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sehingga dirinya di bawa ke sebuah tempat. Nasib baik cepat bertindak, remaja ini pergi membuat laporan di Balai Polis berdekatan.
Malah, paling mengejutkan rumah pusaka datuknya telah meletakkan namanya sebagai pewaris.
Ikuti perkongsian oleh puan Natipah Abu yang merupakan aktivis yang membantu anak remaja ini untuk menjalani kehidupan yang selesa.
Ikuti perkongsian beliau
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Semalam …
Kak Pah dihubungi oleh IPD Kuala Muda. Sarjan Puan Nora dan team hendak turun bertemu Kak Pah utk menyelesaikan masalah seorang remaja yatim piatu yang berusia 13 tahun.
Sejak kecil dia dijaga oleh datuk dan nenek. Nenek pergi terlebih dahulu dan sejak itu , dia dijaga datuk. Setelah kematian datuk .. dia tinggal sendirian di rumah pusaka itu.
Selain arwah bapanya, datuk dan nenek mempunyai seorang lagi anak kandung lelaki dan seorang lagi anak angkat perempuan.
Tapi … bapa saudara kandung tidak dpt menjaga dia . Jadi … setelah datuk pergi, dia tinggal sendirian.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Setahun lamanya dia hidup sendiri. Bayangkan … dlm usia 12 tahun .. dia hidup sendiri sehinggalah ke usia 13 thn. Sebulan yg lalu .. dia dibawa keluar oleh ibu saudara angkatnya dari Melaka dan dibawa ke sana.
Pada awalnya .. dia sangka ibu saudara angkat hendak menjaga dia tapi rupanya di dihantar ke satu tempat dan dia tidak disekolahkan spt yg dijanjikan.
Sebulan di tempat tersebut .. dia keluar dan pergi ke balai polis.Polislah yang membeli tiket bas yg membawa dia pulang ke Sg Petani. Sebaik sampai di Sg Petani .. tentulah dia menuju ke rumah pusaka tinggalan datuknya.
Malangnya rumah tersebut telah disewakan kepada warga Indonesia.
Dia memaklumkan tentang keadaan dia kepada bapa saudara kandungnya.
Bapa saudara kandungnya mengurus dan menyewa sebuah homestay utk dia tinggal selama seminggu.
Bapa saudaranya tidak dpt datang bertemu dia kerana berada di Brunai.
Seminggu di homestay … dia dihalau keluar kerana tempoh sewaan telah berkahir.
Sekali lagi dia datang ke balai polis kerana tiada hala tuju dan tempat tinggal.
Begitulah cerita yg dimaklumkan kepada Kak Pah …
“ Hairan .. mcm mana budak semuda dia boleh survive sendiri selama setahun. Boleh terfikir hendak ke balai utk meminta bantuan … “
Itu menjadi tanda tanya Kak Pah dan PDRM sendiri …
“ Tok wan saya dulu pencen polis … “
Tercengang kami semua …
“ Ooo patutlah … “
Setelah berkahir sessi soal jawab … dia membawa PDRM dan Kak Pah ke rumah pusakanya. Sangka kami … rumah kos rendah atau rumah kampung saja.
Namun demi sampai saja ke rumah itu .. kami terkejut melihat rumah yg cantik itu dibiarkan terbuka pintunya manakala pagar pula berkunci.
Barangkali .. penyewa telah berpindah sebaik dia menghubungi bapa saudaranya seminggu yg lalu.
Melihat ada polis di depan rumah .. jiran sebelah, seorang lelaki cina lanjut usia keluar dan mendatangi kami ..
“ Uncle .. kenal dak dia ? “
“ Kenal laaa .. Dia duduk sini dulu sama dia punya datuk ! “
Setelah identiti pertamanya disahkan, seorang anggota memanjat pagar dan mengumpil mangga.
Kami pun masuk ke dalam rumah yang dulunya cantik tapi kini terbiar usang.
Rumah itu kosong tanpa sebarang perabot lagi. Hanya sampah-sampah tinggalan penyewa indonesia.
Kami menemui beberapa maklumat penting di sana …
“ Ni gambar arwah tok wan saya ! “
Dia menghulurkan sebuah frem gambar. Dan saja menatap gambar tersebut .. maka terbongkarlah satu lagi pengesahan identitinya …
“ Datuk dia bukan polis biasa ni …. “
Yaa .. menatap gambar itu, datuknya mmg bukan polis biasa. Lalu ..kami menemui satu lagi kunci tentang ttg identitinya…
Dia juga menguasai lima bahasa. Cina, pakistan, india, melayu dan inggeris. Sayangnya .. hidupnya berubah setelah kematian datuk dan neneknya.
Berdarah kacukan .. mungkin itu salah satu punca mengapa tiada yg menjaga dia.
Kami temui juga paspot antarabangsanya yg mana dia pernah terbang ke India.
Kesimpulannya .. anak ini asalnya dulu hidup senang. Datang dari keluarga yg berada. Tapi kematian datuk dan nenek menyebabkan dia sebatang kara.
Buat sementara .. dia ditempatkan di bawah jagaan Kak Pah sementara menunggu kedatangan bapa saudaranya utk menjawab segala persoalan yg timbul ttg dia
UPDATE TERKINI: Kini ditempatkan di Tahfiz
“Hasil rundingan antara waris, PDRM dan Kak Pah sendiri … semua sepakat menempatkan dia di sebuah tahfiz.”
Kisah dia yang tular itu akhirnya membawa kepada satu penyelesaian yg baik kepada semua pihak. Hasil rundingan antara waris, PDRM dan Kak Pah sendiri … semua sepakat menempatkan dia di sebuah tahfiz.
Semua ini demi keselamatan dan masa depannya yg sudah ”biasa” menjalani hidup sbg org dewasa sendirian. Hakikatnya .. tiada siapa pun yg bersalah dalam hakiyat hidupnya terutamanya bapa saudara melainkan semuanya menjadi mangsa keadaan.
Kasih sayang yg berlebihan ketika kecil dan kehilangan kasih sayang dalam usia yg masih mentah meruapakan salah satu faktor utama mengapa ini semua terjadi.
Alhamdulillah .. dia kini selamat di Tahfiz dan mula bergaul dgn rakan sebaya.
Kata Ustaz.
“Allah telah susun dgn cantik. Allah hantar dia kepada kita sbg satu amanah utk memberi hidup baru buat dia. Dia masih mentah .. kalau sudah berumur, tambah susah utk dididik. Allah sayang dia … Allah uji kita .. “
Sama-samalah kita doakan agar dia menjadi insan yg cemerlang di dunia dan akhirat kelak .
Sumber: Natipah Abu
Sumber: Natipah Abu
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club