Selain Guna Air Beras, MSG Pun Boleh! Senyum Lebarlah Ibu, Petua Lebatkan Bunga Rupanya Guna Bahan Dapur.

Share

Meliha tanaman yang lebat bunganya tentu mendatangkan kepuasan hati untuk kita orang perempuan yang suka bunga-bungaan. Apatah lagi sering dikaitkan dengan memandang bunga juga sebagai suatu kaedah terapi untuk jiwa dan perasaan jadi lebih tenang. Oleh itu alangkah beruntungnya bila laman rumah kita dipenuhi tanaman yang ‘meriah’ bunganya.

Namun sering juga terjadi, pokok bunga yang ditanam ‘liat’ pula mengeluarkan bunga. Jika ada hanya sekuntum dua sahaja bunganya. Jadi apa perlu buat?

Ya, kita ‘bantu’ pokok bunga kita itu dengan lakukan petua untuk melebatkan bunga yang diamalkan orang-orang terdahulu. Banyak cara rupanya, dan jangan pelik jika salah satunya adalah dengan menggunakan MSG.

Jom semak satu persatu.

Air Beras
Air basuhan beras memang banyak kegunaannya dalam petua harian. Selain petua-petua lain, air basuhan beras juga dikatakan sangat berfungsi untuk menyuburkan bunga dan tanaman anda. Selepas membasuh beras, simpan airnya dan siramlah pokok bunga anda setiap hari.

Guna Kopi
Lebihan kopi yang diminum janganlah terus dibuang sebaliknya taburkan serbuk kopi yang telah digunakan ini di sekeliling pokok bunga anda. Hasilnya pokok bunga lebih subur dan cantik. Cuba jangan tak cuba.

Uncang Teh
Lebihan uncang teh yang telah digunakan jangan pula terus dibuang, sebaliknya campakkan sahaja ke tanaman anda di rumah. Biarkan lebihan airnya menjadi
baja orgnanik buat tanaman anda. Air dan dedaun herba teh ini dikatakan baik untuk merawat dan menyuburkan tanaman.

Serbuk Kayu
Kayu-kayuan lama akan meninggalkan serpihannya apabila semakin lama. Ambil serbuk kayu ini dan masukkanlah sekali ketika anda menanam pokok bunga. Jika perlu, dapatkan serbuk kayu ini dikedai dan campurkan bersama tanah ketika menanam bunga. Ia sangat berhasil untuk tanaman serta bunga anda.

Selain itu, menurut netizen semburan MSG pada pokok yang ‘liat’ nak berbunga jika disemburkan dengan bancuhan MSG bersama air dengan sukatan tertentu  boleh  memberi kesan yang positif.

Ini sebagaimana perkongsian di Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri menurutnya dengan penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus. Ayat mudahnya, MSG (Monosodium glutamate) bertindak sebagai agen ‘booster’ pada tanaman.

Bagaimana cara menghasilkan booster MSG?

CARA PERTAMA:

Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

KAEDAH KEDUA

Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)

Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

Waktu siraman :

Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.

Kekerapan :

Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.

Selamat mencuba!