Selain Doa Ibu Ayah, Nak Pastikan Anak Makin Bijak, Kena Selalu Berikan 6 Jenis Makanan Ini!

Share

Terkadang bila anak sudah semakin besar, mereka bijak memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Ada anak kita yang suka makan coklat tetapi ada pula yang kurang gemar makanan yang satu ini.

Malah ada anak-anak yang cukup suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak mahu menyentuhnya. Menolak beberapa jenis makanan buat anak pastinya terasa rugi setiap makanan terkandung khasiatnya yang tersendiri.

Apa jenis makanan yang mak dan ayah patut ajar anak makan daripada awal lagi? Semak senarai ini.

Telur Baik Untuk Anak
Telur memang cukup digemari kanak-kanak. Ia bukan sahaja berkhasiat tinggi bahkan rasanya mampu menarik perhatian mereka untuk makan lebih. Samada direbus, digoreng dan dijadikan sup, telur masih mengandungi protein yang tinggi.

Kajian yang dijalankan di Wayne State University di Michigan mendapati, telur merupakan sajian terbaik selain rendah kalori berbanding yogurt, keju dan juga pisang.

Pilih Anggur 
Anak anda penggemar anggur? Anggur yang kaya dengan antioksidan cukup baik untuk si kecil anda. Menjadikannya sebagai makanan sampingan selepas sarapan paling disarankan untuk si kecil anda. Malah antioksidan yang ada di dalamnya boleh mengatasi risiko berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia membentuk jantung yang sihat sejak kecil.

Serat No 1
Sembelit sering terjadi kepada anak-anak kecil kerana proses pemakanan yang kurang sesuai untuk mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh kejutan makanan yang baru diterima bayi yang baru memulakan makanan berat.

Bagaimanakah caranya untuk mengatur menu anak ini? Serat merupakan pilihan terbaik untuk mereka. Sayur antara pilihan terbaik dan tepat selain bijirin
dan makanan seumpamanya. Sayur berdaun hijau antara yang disyorkan untuk semua. Variasikanlah bayam, sawi, aneka kacang dan pelbagai jenis sayuran lain untuk mereka.

Bayam Untuk Mata
Mata sememangnya anugerah terbesar untuk semua. Bukan bermula dari dewasa, tetapi sejak mula diperkenalkan dengan makanan lagi, anda seharusnya mencari makanan yang baik untuknya. Bayam dan lobak merupakan pilihan terbaik untuk si anak anda.

Bayam bukan hanya tinggi serat tetapi mengandungi vitamin A yang cukup tinggi dan baik untuk mata. Samada di rebus, goreng mahupun dikisar terus bersama bubur nasi, merupakan pilihan terbaik untuk sikecil anda.

Elak Kafein?
Tahukah anda bahawa di dalam coklat yang anak anda makan mengandungi sejumlah kafein? Pun begitu kuantitinya hanya sedikit berbanding kopi dan teh, ia hanya sekadar 20 peratus sahaja. Jika anak anda penggemar coklat, sebaiknya hadkanlah pengambilannya. Kafein yang tinggi boleh memberi impak besar pada kesihatan kanak-kanak yang mudah bertindak balas.

Multivitamin Sihat
Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan sebarang makanan tambahan untuk membesar? Kanak-kanak sekitar usia 2 hingga 8 tahun paling susah untuk makan kerana pemfokusan mereka tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata.

Di sinilah vitamin berperanan untuk mereka. Multivitamin paling disyorkan untuk mereka bergerak cergas setiap hari. Ia membentuk sel baru dan membantu prose pembesaran. Jadikan amalan pengambilan vitamin ini setiap hari untuk anak anda.