Kat dapur, kalau satu tu je span yang ada kat sinki, sampai lunyai lah dikerjakan basuh itu ini. Bila dah rosak, baru tukar. Betul tak?
Itu baru sentuh pasal tukar, belum lagi tahap kena bersihkan. Ramai yang terlepas pandang span yang kita buat basuh pinggan mangkuk tu kena basuh juga tau sebenarnya! Kalau tak, bukan takat kita je, satu keluarga berkemungkinan diserang sakit!
Nak tahu bakteria apa yang selalu ada kat span kita yang tak basuh-basuh sampai ke sudah tu? Macam mana cara nak bersihkan? Meh baca perkongsian dari Public Health Malaysia di laman facebook ini.
Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.
Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?
Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:
Rebus 5 minit atau,
Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,
Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.
Semoga bermanfaat!
Tak Payah Guna Baja/Tut, Nak Semai Pokok Limau Kasturi Guna Keratan Batang Je! Hasil Banyak Boleh Jual
Limau kasturi ni banyak kegunaan, kalau tidak digunakan dalam masakan, boleh juga dijadikan air minuman yang pasti buatkan anda rasa segar dan hilang dahaga!
Nak tanam pokok limau kasturi ni bukannya susah tau. Selain dari tanam guna biji benih dan tut, nak semai limau kasturi ni boleh terus guna keratan batang je tau! Semai banyak-banyak, dapat hasil terus kutip buat jual buahnya. Kan untung gitu? Hehe. Jom tengok cara nak menanamnya!
POKOK LIMAU KASTURI – Teknik semai keratan batang
Hangpa tau dak selain guna biji benih & tut, kita boleh juga semai pokok limau kasturi guna keratan ?? mesti ramai yg xtau kan ?? 😊
daripada buang mcm tu ja dahan2 pokok yg dipangkas, baik hangpa ‘cucuk’ kat tanah..nanti boleh dpt anak pokok limau yg baru..
ok ni dia cth pokok induk yg sihat & tengah rancak berbuah
cara saya semai keratan limau kasturi :
1. pilih ranting yg sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda & tidak terlalu tua
2. potong & buang pucuk/daun/duri & sisakan 2-3 daun sahaja..potong separuh daun2 tu
cucuk ke media yg lembap..
3. saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam..padatkan media di sekeliling keratan xnak bg bergoyang..boleh guna penggalak akar jika ada..lg cpt dia berakar nanti
4. sungkup menggunakan plastik atau apa2..sy guna cup atas bawah..
5. letak kat tempat teduh sampai keluar tunas baru & akar..siram sikit2 jika media nampak dh kering..kena buka sungkup pastu tutup balik
6. boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil
boleh guna teknik ni utk jenis2 limau yg lain..selain tu semua jenis pokok jambu air pon boleh guna kaedah ni jg..
ni dia cth anak pokok yg berumur 3 bulan lebih hasil semai keratan…nampak dak ada 2 daun yg dipotong separuh masa semai sblm ni ?? masih wujud & sihat daun2 tu
lepas ni boleh potong pucuk bagi dia bercabang banyak lg..ajaq dari kecik baru la nanti pokok jadi rendang mcm mak dia bila dh besaq
silakan share jika bermanfaat & selamat mencuba 🙂
Sumber : Pyan Sempoy
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Kurang Guna Gajet, Rahsia Kejayaan Anjanaa Cipta Rekod Dunia Namakan 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit!
Hebatnya si kecil ini! Baru berusia lapan tahun tetapi Anjanaa Rhea Ganeson berjaya menembusi Rekod Dunia Kanak-kanak (KWR) Kanada dan Buku Rekod Dunia Jackhi (JBWR) India apabila membuat catatan masa terpantas bagi mengenal pasti 230 bendera negara dalam tempoh empat minit dan 38 saat.
Murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Seri Selangor, Subang Jaya, Selangor ini benar-benar berbakat dan pintar.
Menurut laporan mStar, Anjanaa memperoleh KWR, portal dalam talian berpangkalan di Kanada yang menonjolkan bakat kanak-kanak berumur empat hingga 16 tahun, di bawah kategori perempuan (tujuh hingga sembilan tahun).
Pencapaian Anjanaa juga membanggakan menerusi JBWR, yang berpangkalan di Tamil Nadu, India yang mempamerkan bakat terpendam orang di seluruh dunia.
Anjana berjaya menyelesaikan tugas tersebut secara dalam talian dan memperoleh pengiktirafan KWR dan JBWR, masing-masing pada Januari dan Mac lalu.
“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk memperoleh pengiktirafan berganda ini. Ia pastinya menaikkan semangat saya untuk melakkukan yang lebih baik pada masa depan,” menurut Anjanaa dalam satu temubual menerusi e-mel bersama mStar.
Tip Kejayaan Anjana
Selain kerap mengembara bersama ibu bapanya ke pelbagai negara sebelum pandemik Covid-19, Anjanaa sendiri mempunyai minat yang mendalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bendera negera yang berbeza-beza sejak bertahun-tahun.
“Saya sangat menyukai warna dan simbol yang menarik bagi setiap bendera. Ia memberi inspirasi kepada saya untuk belajar dan mengetahui tentang bendera semua negara di dunia,” ujar Anjanaa yang bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan.
Anjanaa berjaya menghafal 195 bendera negara dan ibu negara sejak berusia enam tahun bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sepanjang tempoh duduk di rumah, ibu bapanya mencipta aktiviti yang menyeronokkan untuknya dan salah satunya ialah menghafal bendera. Aktiviti tersebut memerlukan disiplin dan banyak latihan untuk mencatat rekod masa.
Ibunya, Shiyamala Amos, 45, membeli buku dan bendera mini dari platform beli-belah dalam talian untuk mengasah bakat Anjanaa dalam kemahiran menghafal.
Menurut Shiyamala, dia akan bersama anaknya bermain permainan menghafal bendera semasa PKP dan akan memintanya mengenal pasti bendera dari negara berbeza di seluruh dunia.
Suri rumah ini mengakui terkejut apabila Anjanaa berjaya mengekalkan maklumat berdasarkan setiap warna, logo dan keunikan bendera.
Menurutnya lagi rahsia kejayaan Anjanaa ialah mengurangkan masa menggunakan gajet kerana dia dan suami mahu memastikan Anjanaa mempunyai lebih banyak masa untuk permainan pendidikan dan aktiviti lain.
“Kami jarang membenarkan Anjanaa meluangkan banyak masa pada gajet atua media sosial. Sebalinya daripada peranti teknologi saya menggalakkan dia membaca dan melibatkan diri dalam board games (permainan papan) termasuk aktiviti seni dan kraf.
Sebagai ibu, dia dan suami berbangga kerana anak mereka berjaya mencipta rekod antarabangsa dan berharap kedua-dua anugerah itu adalah dorongan dan pencapaian dalam satu pakej.
Katanya lagi, ibu bapa mesti menyokong minat pendidikan anak masing-masing bagi membantu mereka membina keyakinan, kebolehan dan perkembangan peribadi.
Anjanaa kini sedang berusaha gigih untuk memperbaiki rekod masanya bagi memecahkan lebih banyak rekod dunia dan si pintar ini akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Muzik dan Bakat Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik 2022 pada bulan depan.
Syabas Anjanaa!
Ibu Bapa Pakai Baju Sekolah Rendah Hantar Anak Masuk Darjah Satu
Ibu bapa mana tak teruja untuk menghantar anak masuk ke sekolah. Pelbagai persediaan dilakukan untuk memberikan yang terbaik demi pembelajaran anak.
Namun ada juga anak-anak yang takut untuk memasuki fasa ini. Al-maklumlah, terpaksa duduk belajar dengan insan yang baru dikenali. Selain itu, suasana pembelajaran berlainan sedikit sewaktu di tadika.
Bagi pasangan ini, Mohd Fadzil Abu Naim dan isterinya Nurul Aini Mohd Alwa, mereka turut sama mengenakan pakaian sekolah rendah sewaktu menghantar anak mereka Muhammad Ishraq Aydan sebagai tanda sokongan bagi anaknya itu yang baru menjejaki alam persekolahan.
Lensa kamera akhbar Kosmo sempat merakamkan telatah keluarga ini sewaktu Fadzil dan Aini sedang membetulkan beg anak mereka.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Dari komen-komen yang ditinggalkan, ramai yang memuji pasangan ini yang tidak segan memakai pakaian seragam sekolah. Ini ada contoh terbaik didikan ibu bapa terhadap anak-anak.
Ramai yang terhibur melihat keluarga ini namun disebaliknya ada juga yang mengatakan hanya ibu bapa sahaja yang memahami perasaan menghantar anak sekolah darjah satu.
‘Sebak, teruja, gembira ..Semuanya bercampur baur. Tak sangka sekejap je anak dah besar.’ – Netizen
‘Maknya nampak kuat tapi dalam hati, sedih nak tinggalkan anak ke sekolah.’
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club