Memikul amanah sebagai seorang lelaki pastinya tanggungjawab yang digalas bukanlah mudah untuk dilunaskan.
Ini dijelaskan lagi melalui perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Selagi namanya lelaki, selagi itulah takkan boleh lari daripada kena bertanggungjawab…
Ketika menjadi anak, tanggungjawab terhadap ibubapa…
Ketika menjadi suami, tanggungjawab terhadap isteri…
Ketika menjadi ayah, tanggungjawab terhadap anak2…
Kalau tak boleh bertanggungjawab ke atas mereka yang menjadi kewajipan kita, yang berada dibawah tanggungan kita, maka apa yang kita perlu jadi?
Jangan hidup sekadar untuk hidup kerana monyet di hutan juga hidup…
Fitrah kejadian lelaki itu adalah untuk menjadi ketua, menjadi pemimpin dan pembimbing kerana Allah s.w.t menciptakan kaum adam dengan kelebihan yang tidak ada pada kaum hawa…
Ibubapa, isteri dan anak2 ini amanah Allah s.w.t…
Bagi mereka yang beriman, mereka akan sedar akan apa yg Allah s.w.t amanahkan kepadanya…dia akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaiknya kerana dia takut dengan balasan dari Allah s.w.t jika dia gagal menyempurnakan amanah yang diberikan…
Tidak akan sempurna iman kita selagi mana kita tidak menyempurnakan hak2 ke atas mereka yang menjadi tanggungjawab kita…
sumber : Firdaus Shakirin