“Selagi I Bernyawa, I Boleh Jaga U Selamanya.” Sweetnya Ucapan Jinggo Buat Shiela Rusly!

Share

Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.

Tidak terkecuali, pengarah, Jinggo hari ini ada memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya di mana dia menitipkan ucapan istimewa sempena ulangtahun perkahwinannya bersama pelakon dan penerbit, Shiela Rusly yang ke-27.

“I tahu i tak akan dapat penuhi semua impian u… I tahu i tak akan boleh bagi semua kemahuan u… I tahu i tak akan boleh buat u ketawa sentiasa… I tahu i tak akan boleh buat u tersenyum selalu… Tapi I tahu…selagi i bernyawa.. I boleh jaga u selamanya…” bait-bait yang dikongsikan oleh Jinggo di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya diikuti anak menantunya turut beri ucapan dan mendoakan supaya hubungan pasangan Jinggo dan Shiela berpanjangan.

Sekadar info, jinggo dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Kehadiran cucu pertama hasil perkahwinan anak sulungnya bersama pelakon, Elisya Sandha turut menambahkan lagi seri di dalam kelaurga mereka.

Sumber : Instagram @jinggo_jspictures