“Seksa juga COVID-19 ni,” demikian luah Wawa Zainal yang baru tiga hari lepas disahkan positif COVID-19.
Menurut selebriti yang juga usahawan jelita ini seperti dikongsi kepada Astro Awani, dia sendiri tidak pasti dari mana punca mendapat jangkitan.
Wawa memberitahu dia disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.
“Sebenarnya tiga hari lepas saya ada penggambaran dan balik rumah saya demam. Buat ujian kendiri keputusan negatif dan saya ingat saya hanya penat sebab tak cukup tidur.
“Bila masih demam saya buat lagi ujian COVID-19 sekali lagi semalam dah ia menunjukkan positif.
“Tak pasti saya dapat dari mana kerana setahu saya tiada kontak rapat,” katanya kepada Astro Gempak.
Wawa memaklumkan perkara itu selepas dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan posting di Insta Story miliknya.
Selebriti & juga usahawan jelita ini turut berkongsi di laman Instagramnya bahawa gejala yang dialami iaitu sakit tekak dan sendi sakit tekak sangat menyeksakan. Justeru ibu kepada empat orang anak ini memohon followers Instagramnya berkongsi tips untuk hilangkan sakit tekak yang dialami ketika COVID-19.
covid yg wawa rasa skg ni dia serang tekak n sendi ya. ya tuhan sakit xleh bawak bincang
korang ada tips tak nak hilang kan sakit tekak yg macam di siat2 pisau ni😌
Antara beberapa tips mengurangkan sakit tekak ketika dijangkiti COVID-19 yang dikongsi oleh followers Wawa.
Keluarga mendoakan supaya Wawa Zainal segera dikurniakan kesembuhan dan dapat kembali memeluk anak-anak dan suami tercinta.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)