“Seksa juga COVID-19 ni,” demikian luah Wawa Zainal yang baru tiga hari lepas disahkan positif COVID-19.
Menurut selebriti yang juga usahawan jelita ini seperti dikongsi kepada Astro Awani, dia sendiri tidak pasti dari mana punca mendapat jangkitan.
Wawa memberitahu dia disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.
“Sebenarnya tiga hari lepas saya ada penggambaran dan balik rumah saya demam. Buat ujian kendiri keputusan negatif dan saya ingat saya hanya penat sebab tak cukup tidur.
“Bila masih demam saya buat lagi ujian COVID-19 sekali lagi semalam dah ia menunjukkan positif.
“Tak pasti saya dapat dari mana kerana setahu saya tiada kontak rapat,” katanya kepada Astro Gempak.
Wawa memaklumkan perkara itu selepas dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan posting di Insta Story miliknya.
Mengulas lanjut mengenai simptom yang dialami, Wawa memberitahu dia mengalami demam panas dan sakit kepala yang agak teruk.
“Selalunya saya jadi kontak rapat sahaja dan belum pernah dijangkiti sehingga ada orang kata saya ni kalis COVID-19.
“Tapi kali ini, kalau Tuhan kata dia nak bagi penyakit tu kenalah, kan? Sekarang ni baru merasa, seksa juga COVID-19 ni.
“Selain demam saya tidak tahan kerana mengalami sakit kepala yang amat kuat. Saya sejenis jarang sakit.
“Bila sakit ni saya tak gemar kalau boleh nak cepat-cepat sembuh,”ceritanya.
Pun begitu Wawa bersyukur kerana suaminya, Aeril Zafrel dan juga anak-anak selamat dan negatif COVID-19.
“Saya bersyukur setakat ni semua masih terima keputusan negatif bila buat ujian kendiri.
“Saya sahaja kuarantin di dalam bilik rumah ini. Aeril yang akan menjaga anak-anak,” ujarnya.
Wawa juga terpaksa membatalkan banyak urusan pekerjaan yang melibatkan perniagaannya selepas disahkan positif COVID-19.
Sebelum ini Aeril telah dua kali dijangkiti COVID-19 dan melakukan kuarantin kendiri di rumah.
Seksa juga COVID-19: Followers kongsi tips
Ads
Selebriti & juga usahawan jelita ini turut berkongsi di laman Instagramnya bahawa gejala yang dialami iaitu sakit tekak dan sendi sakit tekak sangat menyeksakan. Justeru ibu kepada empat orang anak ini memohon followers Instagramnya berkongsi tips untuk hilangkan sakit tekak yang dialami ketika COVID-19.
covid yg wawa rasa skg ni dia serang tekak n sendi ya. ya tuhan sakit xleh bawak bincang
korang ada tips tak nak hilang kan sakit tekak yg macam di siat2 pisau ni😌
Antara beberapa tips mengurangkan sakit tekak ketika dijangkiti COVID-19 yang dikongsi oleh followers Wawa.
Ads
Ads
Keluarga mendoakan supaya Wawa Zainal segera dikurniakan kesembuhan dan dapat kembali memeluk anak-anak dan suami tercinta.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak dahulu lagi, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sering berkongsi tip kekeluargaan selain memuat naik aktiviti anak-anak nya.
Meninjau ke akaun Instagram Dr Sheikh, kelihatan satu gambar anak perempuannya, Emelia memakai tudung telah dimuatnaik pada pagi jumaat untuk tatapan peminat.
Perkongsian ini telah meraih perhatian ramai kerana Emelia kelihatan comel menggayakan hijab rona pink polos.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal ini juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Seperti yang diketahui, Dr Sheikh suka berkongsi kisah anak-anaknya dan rajin menjawab pelbagai soalan dari peminat berkenaan ilmu kekeluargaan selain kesihatan anak di media sosialnya itu.
wanny_azizan Doc, betul ke org cakap kalau nak anak cantik2 or handsome kene tengok selalu pic org yg cantik,handsome masa tg pregnant?? Org kata ni terkenan gitu
sharifahipahDr, agak awal bg duduk, x effect posture badan ke…..just curious
Cili kisar yang dibuat sendiri memang lagi sedap dan tahan lama. Namun, bab nak membuang bijinya cukup leceh dan merumitkan kerja-kerja ibu di dapur. Jika tidak dibuang ia boleh tidak baik untuk kesihatan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Tiada siapa menyangka, itulah hari terakhir dua orang anggota polis ini menjalankan tugas, sebelum kedua-duanya terlibat dalam kemalangan maut. Kira-kira pukul 5,30 pagi semalam, dua orang anggota polis L/Kpl Saifullah Bin Mohamad dan L.Kpl Mohamad Johari Bin Rosli maut dirempuh sebuah lori membawa roti ketika sedang mengemas sebaik selesai melakukan sekatan jalan raya di laluan berkenaan.
Berkongsi momen terakhir sebelum suaminya maut, Norhafiza Binti Fazil, 28, balu isteri kepada Lans Korperal Mohamad Johari Rosli, teringat arwah suaminya sebelum itu memujuk anak sulung lelakinya yang berusia 4 tahun sebelum keluar bekerja malam sebelum hari kejadian.
“Hari ini ayah ‘last’ kerja”. Itu kata-kata terakhir yang diucapkan Lans Korperal Mohamad Johari Rosli, 32, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih di sini awal pagi tadi.
“Suami saya mula bertugas pada jam 12 tengah malam hingga enam pagi, jadi memang kebiasaannya bila dia kerja malam anak-anak tidur lambat untuk bermain dengannya.
“Jadi sebelum keluar dari rumah, anak saya ada merajuk suami mahu keluar bekerja, jadi itu yang dia kata malam ini sahaja dia ‘last’ bekerja dan berjanji untuk bawa anak saya keluar gunting rambut esoknya,” katanya.
Norhafiza berkata, dirinya mula khuatir dengan keadaan suaminya apabila anak sulungnya tiba-tiba terjaga pada jam 2 pagi kerana ketakutan tanpa memberitahu sebarang sebab.
“Anak saya tiba-tiba datang kata dirinya takut, saya tenangkan dia dan kami kembali tidur sebelum saya bangun semula pada jam 6 pagi untuk kerjakan solat Subuh.
“Masa selesai solat, tiba-tiba saya menerima pesanan ringkas dari rakan-rakan yang juga isteri kepada anggota. Mereka tidak maklumkan suami sudah tiada tetapi cara mereka bertanya khabar seperti itu membuatkan saya betul-betul tidak sedap hati,” katanya.
Katanya, sejam selepas itu dia dan keluarga kemudiannya didatangi dua anggota yang memaklumkan suaminya telah terlibat dalam kemalangan dan perlu pergi ke Pusat Perubatan Forensik di HSI.
“Masa ini pun saya tidak dimaklumkan apa-apa, cuma mereka (anggota polis) mahu saya ikut ke HSI. Dalam perjalanan ke sana pun saya terima panggilan daripada bapa mertua yang menyuruh saya bersabar.
“Dari itu fikiran saya memang sudah tidak menentu, memang dah fikir bukan-bukan sehinggalah dimaklumkan suami saya sudah tiada,” katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak Muhammad Haziq Hakimi, 4; Nur Hassya Adrina, 3 dan Nur Hanna Aleesya, 11 bulan.
Terdahulu jenazah Allahyarham bersama rakannya itu turut disembahyangkan di Surau IPD Seri Alam sebelum dihantar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Minyak, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.