Ekoran pandemik covid-19, ramai antara kita terkesan akibat wabak ini. Ada yang kehilangan pekerjaan, gaji yang dipotong, perniagaan terjejas dan ada juga terpaksa menutup perniagaan.
Nyata, impaknya begitu ketara apabila pendapatan untuk menyara keluarga terjejas. Namun, tidak boleh berpeluk tubuh dengan mengharapkan bantuan kerajaan semata, kehidupan harus diteruskan.
Begitulah situasi yang dihadapi kini ramai dikalangan kita yang terpaksa mengubah haluan hidup. Antaranya perkongsian seorang wanita ini di facebook miliknya, puan Cik Puan Ammy mengenai perjuangan abang kandungnya meneruskan kehidupan setelah pengusahaan bas sekolah dan perniagaan van pelancong terkesan akibat pandemik ini.
Menurut beliau sebelum ini abangnya mengusahakan perkhidmatan bas sekolah di kawasan Subang bestari Shah Alam, Selangor kini terjejas ekoran menutupan sekolah bagi mengelak penularan wabak ini.
Kini bagi menyara kehidupan keluarga, sebagai sumber pendapatan meneruskan kehidupan bagi menyara anak-anak dan keluarga, abangnya telah membuka gerai menjual makanan seperti burger dan roti John di kawasan Subang Galaxy,Shah Alam Selangor.
Jelas, situasi sekarang ini, biarpun sukar, jika kita berusaha, pasti ada rezeki buat keluarga. Percaya kepada rezeki tidak salah alamat, pasti ia datang mencurah tanpa kita duga.
Moga kisah ini menjadi inspirasi buat yang mengalami kesukaran kini, Usah berduka, pasti ada jalan bahagia buat keluarga.
Ikuti perkongsianya.