Ekoran pandemik covid-19, ramai antara kita terkesan akibat wabak ini. Ada yang kehilangan pekerjaan, gaji yang dipotong, perniagaan terjejas dan ada juga terpaksa menutup perniagaan.
Nyata, impaknya begitu ketara apabila pendapatan untuk menyara keluarga terjejas. Namun, tidak boleh berpeluk tubuh dengan mengharapkan bantuan kerajaan semata, kehidupan harus diteruskan.
Begitulah situasi yang dihadapi kini ramai dikalangan kita yang terpaksa mengubah haluan hidup. Antaranya perkongsian seorang wanita ini di facebook miliknya, puan Cik Puan Ammy mengenai perjuangan abang kandungnya meneruskan kehidupan setelah pengusahaan bas sekolah dan perniagaan van pelancong terkesan akibat pandemik ini.
Menurut beliau sebelum ini abangnya mengusahakan perkhidmatan bas sekolah di kawasan Subang bestari Shah Alam, Selangor kini terjejas ekoran menutupan sekolah bagi mengelak penularan wabak ini.
Ads
Kini bagi menyara kehidupan keluarga, sebagai sumber pendapatan meneruskan kehidupan bagi menyara anak-anak dan keluarga, abangnya telah membuka gerai menjual makanan seperti burger dan roti John di kawasan Subang Galaxy,Shah Alam Selangor.
Jelas, situasi sekarang ini, biarpun sukar, jika kita berusaha, pasti ada rezeki buat keluarga. Percaya kepada rezeki tidak salah alamat, pasti ia datang mencurah tanpa kita duga.
Ads
Moga kisah ini menjadi inspirasi buat yang mengalami kesukaran kini, Usah berduka, pasti ada jalan bahagia buat keluarga.
Ikuti perkongsianya.
Ads
Ini adalah abang kandung saya. Beliau pengusaha bas sekolah area Subang Bestari Shah Alam, Selangor dan van pelancongan… Akibat PKPB perniagaan van sekolah dan van pelancongan beliau telah terjejas… Menggunakan tulang empat kerat yang dikurniakan oleh Allah SWT, beliau suami isteri membuka gerai burger dan roti john sebagai sumber kedua mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan keluarga, tidak seperti segelintir manusia yang tahu mengeluh… Mengeluh… Mengeluh… Tidak bersyukur dengan nikmat pancar indera dan anggota badan yang sempurna kurniaan Allah Swt…
Isteri yang sentiasa memberi semangat.
Alhamdulillah beliau dianugerahkan seorang isteri yg sentiasa berada di samping memberi semangat untuk terus berusaha selagi bernafas… Doakan perniagaan abang CPA maju dan rezeki mereka sekeluarga bertambah… Jika sesiapa yg duduk erea berdekatan boleh lah cuba jualan beliau kerana rasanya tidak pernah mengecewakan… Semoga berjaya abang Lie Liekuantan dan kak Qaseh Aafiyah… Lokasi, Pangsapuri Seri Pelangi. Jalan Bumi U5/137, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor. Jom singgah warong kami di Subang Galaxy. Kami ada burger goreng special menanti anda.
Pemergian buat selamanya, tak dinafikan sepotong ayat ini cukup digeruni ramai sama ada melibatkan hayat sendiri mahupun insan tersayang. Hakikatnya ia adalah rahsia Allah yang boleh terjadi tanpa kira masa, di mana dan tanpa mengenal siapa sahaja.
Namun setiap umat Islam pasti mengimpikan pengakhiran yang baik, dalam erti kata lain husnul khatimah.
Menerusi perkongsian terbaru PU Amin di Instagramnya, terdapat seorang jemaah umrah wanita yang tiba-tiba rebah dan telah dijemput Ilahi di KLIA sebentar tadi. Difahamkan dia baru saja mendarat ke tanah air setelah selesai melaksanakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Selagi belum sampai ke rumah…Almarhumah masih berstatus ‘tetamu Allah’ Pemergian ini sangat dicemburui kerana menurut PU Amin selagi belum tiba ke rumah kediamannya, Almarhumah Norasiah bt Alwi masih berstatus ‘tetamu Allah’.
Selain itu, dia turut mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga jemaah umrah berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut sama bersedih dan ‘iri hati’ dengan pemergian Almarhumah yang sangat mulia tersebut. Tidak ketinggalan, mereka malah berkongsi cerita masing-masing yang pernah didatangi berita pemergian usai pulang dari Tanah Suci juga.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ibu ayah pergi menghadap sang pencipta pada usia yang masih kecil.
Begitulah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang kehilangan ibu ayah akibat Covid-19. Lebih menyedihkan lagi, tidak dapat menguruskan diri sehingga menjadi gelandangan.
Menerusi perkongsian penceramah popular Ebit Lew, beliau mendapat pesanan mesej erus bergegas ke kawasan tersebut sebelum menemui kanak-kanak itu tidur di jalanan di Bukit Raja, Klang.
Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid.
Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.
Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. Allahuakbar.
Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada hp. Tak kenal saya. Wajah bersih jer jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye.
Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya.
SEKOLAH MADRASAH
Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih,saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.
Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri yer. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidangan berkuah seperti kari tidak lengkap rasanya tanpa memasukkan aroma daripada daun kari yang cukup hebat rasanya.
Pun begitu membeli daun kari di kedai dan tersimpan kemas di dalam peti ais adakalanya buat ia mudah layu dan sudahnya daun herba yang satu ini jadi kering. Sudahnya pasti ramai yang membuangnya begitu sahaja.
Jangan dibuang terlebih dahulu. Aroma dan rasa daun kari ini tidak hanya datangnya daripada rasa segar daun ini, tetapi juga turut mengeluarkan aroma dan bau yang sama hebatnya walaupun selepas dikeringkan.
Jadi jangan buang dahulu, cuba ikuti langkah yang diberikan ini. Cara ini bukan hanya masih sama aromanya, bahkan daun kari kekal tersimpan elok selama 3 bulan lamanya. Hebat kan? Jom cuba.
Caranya:
Basuh daun kari bersih dan kemudian jemur di bawah matahari hingga kering.
2. Kalau nak cepat, masukkan dalam oven yang di lapik di atas kotak. Gunakan suhu 75 C tetapi perlu awas, jangan sampai daun jadi garing. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
5. Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun kari anda ini boleh tahan 2 hingga 3 bulan. Selamat mencuba ya!
Sumber : Mamak Haji
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.