Sentiasa kasihkan ibu ayah dan sebagai anak, kita mahu dan ingin membahagiakan orang tua kita yang telah banyak berkorban sepanjang hayatnya untuk membesarkan kita. Tidak terbalas jasa mereka terhadap kita.
Mengambil satu kisah inspirasi seorang anak menerusi perkongsian Juzailah Shariff, menghadiahkan ibu tercinta yang berpuluh-puluh tahun tinggal di flat dengan sebuah rumah banglo, nyata memberi reaksi positif dan ada yang mengalirkan air mata tanda hiba.
Menurut Juzailah, kejutan yang diberikan adalah sebagai salah satu bentuk penghargaan buat ibunya. Pun begitu, saat ibu menerima pemberian hadiah yang cukup istimewa ini, tiba-tiba ibu hampir rebah.
Nak tahu lanjut kisahnya, ikuti perkongsian penuhnya di sini.
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat belikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah sekarang..
Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.
Kami ambil ummi di rumahnya di Bandar Baru Sentul flat Sri Perak di mana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yang sangat cekal.
Ads
Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini.
Terima kasih ummi.
Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!
Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah..
Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan macam mana berderau dada saya!
Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik tu!
Ads
Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi sampai nak rebah lemah tadi?
Ummi jawab “Bersyukur sangat pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dekat anak-anak ummi, dapat menumpang hidup duduk rumah selesa”
Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dekat flat sebab ramai kawan-kawan, senang nak gi terawih dan mengaji.
Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah tu terlalu banyak memori dan kenangan.
Cuma sekarang ummi dah berusia dan kesihatan tak seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dengan kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama selepas ini..
Ads
Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula. Walaupun apa yang kami buat ini sebenarnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ummi
Ju harap ummi bangga dengan pencapaian anak-anak ummi sekarang dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu orang susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu…
Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami.
Ju harap ummi suka rumah baru kita ni..iya hadiah buat ummi
Kami anak4 ummi sayang ummi dunia akhirat
Semoga yang lihat video dan baca akan dapat manfaat dan akan buat yang sama untuk ubah kehidupan mereka dan ibubapa serta family mereka.
Pertama kali beraya di rumah mentua, rasa teruja dan gementar silih berganti kan. Nak nak lagi kalau keluarga pasangan ramai. Macam mana situasi nak bermesra nanti kan.
Nah, untuk menantu-menantu perempuan, ini tips yang anda perlu ‘alert’ dan ambil tahu. Mana tahu boleh jadi menantu kesayangan keluarga suami pula selepas ini.
1. JANGAN LUPA BUAH TANGAN
Bila balik ke rumah mertua, jangan lupa untuk membeli buah tangan buat mereka. Antara buah tangan yang anda boleh bawa adalah tudung, pakaian atau makanan. Kalau beli untuk ibu sendiri tu, jangan lupa untuk beli kepada ibu mertua juga ya.
2. HANYA MEMBANTU DI DAPUR
Pilih satu tempat di dapur, misalnya tugas memotong dan menyiang bahan masakan. Tidak kiralah sehandal mana pun anda memasak, elakkan memasak menu utama hari raya. Ingatlah, itu rumah mertua anda. Sudah puluhan tahun dia memasak untuk hari raya., lebih baik jika air tangannya tidak diganggu.
3. SABAR DALAM APA JUA SITUASI TERUTAMANYA PANAS
Terutamanya bagi yang bertudung, pulang ke kampung mungkin mencabar dengan cuaca panas, kipas usang, dan tidur di ruang tamu yang menyebabkan rambut berbau. Jangan terlampau merungut dan membiarkan keluarga mertua dengar rungutan anda. Bawa bersabar ya wahai wanita sekalian.
4. ILMU FESYEN KENA ADA
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan busana. Hal ini berguna apabila anda berbual dengan ipar duai dan anak saudara remaja. Waktu inilah untuk anda mengambil hati keluarga ipar untuk berbincang mengenai fesyen baju raya.
5. CARI TUGAS MUDAH
Pasti ada tugas mudah yang sentiasa diperlukan semasa hari raya. Misalnya membancuh air dan mengisi semula bekas kuih. Anda akan dilihat konsisten membantu sepanjang hari raya walaupun tugas mudah. Barulah ibu mertua sayang kerana menantu rajin dalam hal kerja.
6. BANGUN AWAL
Bangun awal dan jengahlah dapur untuk bersama ibu mertua. Anda tidak perlu bergegas menyediakan sarapan. Cukup dengan menyediakan minuman panas dan panggil suami ke dapur untuk bersarapan. Ingat, anda bukan bujang lagi untuk bangun lewat pada pagi hari.
7. MENANGKAN IBU MERTUA
Anda dan ibu mertua mahu ke rumah berlainan pada hari raya? Apa yang anda perlu lakukan? Beralah sahaja. Hari raya mungkin satu-satu masa yang ibu mertua anda ada dengan anak lelakinya. Janganlah bermasam muka kerana ini akan menjadikan suami anda serba salah dan mewujudkan suasana keruh dengan mertua.
8. ELAKKAN MERUNGUT
Andai ada menantu lain yang malas atau bersikap buruk, tidak perlulah anda merungut. Biarlah biras lain mahu merungut namun anda tidak perlu berpihak kepada sesiapa. Yang penting anda jaga tepi kain sendiri sahaja.
9. BERBUAL DAN BERI PERHATIAN
Jika anda lihat ibu mertua keseorangan mengerjakan sesuatu, temanlah dia. Kadangkala dia tidak perlukan pertolongan pun, hanya mahu teman berbual yang memberikan perhatian. Sekali-sekala, anda perlu juga untuk ambil hati beliau kan?
Sumber: Siraplimau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teka-teki peminat sebelum ini berkenaan baby bump Wawa Zainal kini terjawab.
Ini berikutan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak keempat mereka.
Berita gembira tersebut dimuat naik Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.
“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.
Selalu kalau beli barang kat pasar raya, mereka akan ikat barang kita tu guna cable tie untuk tujuan keselamatan dan elak dari perkara yang tak diingini.
Bila balik rumah, nak buka cable tie benda first yang kita cari semestinya gunting atau pisau. Betul tak? Mana tidaknya, nak buka benda tu bukannya senang! Kena ada alat bantuan juga baru senang. Kalau tak ada, pishang dibuatnya!
Tapi… Rupanya selama ni kita tertipu! Sebenarnya ada cara mudah nak buka cable tie tu tau tanpa guna sebarang objek tajam pun.
Melalui perkongsian di aplikasi Tiktok, pemilik akaun @Sallywong menunjukkan cara mudah untuk membuka ikatan cable tie tersebut tanpa menggunakan sebarang alat!
Menerusi video yang berdurasi 34 saat itu, ada satu bahagian timbul dan cara untuk buka ikatan hanya perlu menekan yang menonjol itu menggunakan kuku dan menolak keluar tali cable tie sampailah ikatan itu terlerai. Mudah kan?
Video yang dikongsi itu mendapat perhatian warga maya sehingga mencecah 2.4 juta penonton, malah rata-rata mengakui itu pertama kali mereka tahu cara mudah untuk membuka cable tie.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...