Mak-mak ni, pantang nampak resepi yang mudah dan ringkas penyediaanya mula lah save! Tapi, nak buat tu bila la pula kan. hehe
Yang mana selalu didatangi tetamu, atau orang dalam rumah sering mengadu lapar, sesekali boleh jamu dengan Mee Bandung resipi dari Maryam hussain
ni! Tak sampai setengah jam, dah boleh makan. Mudah betul! Jom cuba!RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE TAPI POWER
Mee bandung kalau silap cara boleh buat rasa muak kerana terlebih pekat atau terlalu cair.
Korang ikut cara dan resepi ni, untuk bagi rasa mee bandung original setaraf hotel lima bintang. Rasa masin, manis, masam secukup rasa. Dimeriahkan dengan hiasan hiasan penambah selera.
Bahan-bahannya:
Bawang putih – dikisar
Bawang merah – dikisar
Cili kering – dipotong dua
Isi ayam / sotong / udang / daging
Kobis / Sawi / Carrot / tomato
Bebola ikan / kek ikan
4 biji telur
Cara memasak
1. Tumis bahan yang telah dikisar dan cili kisar.
2. Masukkan cili kering dan masak sekejap.Kemudian masukkan ayam.
3. Bila ayam dah masak. Masukkan sesudu sos tiram dan sesudu sos cili
4. Air satu jug (ikut suka nak kuah banyak @ sikit). Mendidih je masukkan sayuran dan semua makanan lain seperti fish ball, udang dan sotong, garam, gula sedikit perasa.
5. Masukkan secawan air tepung jagung (kepekatan ikut citarasa). Lastly masuk kan telur 4 biji. Biarkan sehingga telur masak. Sedia untuk dihidang.
Senang kan ? Selamat Mencuba.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club