Tidak dinafikan dengan situasi sekarang menyebabkan jadual harian kita sebagai ibu semakin mencabar, bukan sahaja sibuk mengurus rumah tangga malah perlu menjadi ‘guru’ kepada anak-anak belajar di rumah.
Pun begitu, bagi memastikan walau sesibuk mana sekali pun kita boleh menyediakan hidangan untuk anak-anak, Puan Liza Idris yang merupakan ibu kepada tiga orang anak berkongsi cara yang dipraktikkan bagi memastikan tugasan memasak dapat dilakukan dengan cepat dan pantas.
Ujarnya, “Menjadi seorang isteri, ibu kepada 3 anak, dan menguruskan company bukan sesuatu yang mudah. Tambah pula merangkap guru sandaran semua mata pelajaran di rumah, kadang tu burn out juga. Sekejap jadi cikgu, sekejap jadi ostajah. Tiba-tiba boleh bertukar jurulatih sukan antarabangsa.
“Namun ia bukan alasan untuk saya tidak masak dan order Foodpanda. Maka pengurusan diri dan masa perlu dilaksanakan. Ini cara mudah saya uruskan bahan-bahan masak di dapur seminggu sekali, supaya dapat jimatkan masa memasak dan bahan basah tahan lama.”
Cara Mudah, Jimat & Tahan Lama
Ini bahan memasak yang saya sediakan untuk seminggu. Pastikan dicuci terlebih dulu.
Buang kulit lobak merah dan hiris bulat-bulat. Terpulang la nak potong bujur ke, petak ke. Ikut cara sendiri.
Saya suka hiris bawang gini. Nampak berseni.
Cuci terlebih dahulu daun sup, daun bawang dan daun ketumbar. Kemudian biarkan kering. Hiris halus, masukkan ke dalam bekas berasingan. Nak masak nanti, campak-campak je.
Ikutla korang nak letak bahan apa yang selalu diguna dalam masakan. Semakin banyak bahan, semakin banyak la bekasnya.
Kemudian tutup dengan penutupnya.
Dah siap, susun cantik-cantik gini biar kemas teratur. Jimat masa, dan masak pun jadi mudah.
Barula mak mertua puji selalu
Sumber : Liza Idris
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club