Satu kisah yang cukup menyentuh hati telah dimuat naik oleh saudara Amin Mean menerusi laman facebooknya baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, dia memuat naik sekeping gambar nasib seorang kanak-kanak yang tinggal di atas jejantas.
Today Assignment..Niat kt Hati pada mulanya nk shooting Roadblock Polis..elok je naik jejantas..nmpk ada anak ni..Sebak tgk org lain duduk diRumah..tp anak ni masih boleh ceria bersama Keluarga.
“Abg tu kata xapa ada org yg lg susah dr dia..Hope Allah bg kesabaran dan kekuatan kt Keluarga ni Insyallah..(katenye xmampu bayar sewa) Area Jejambat Patron Selayang-Pasar Borong..Selalu tanam dalam diri Syukur Selalu dgn apa yg kita Ada..😭
Namun, kisah tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Ustaz Ebit Lew yang sememangnya cukup diketahui suka membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan itu turut dikongsi Ebit menerusi satu posting di Facebooknya malam tadi.
“Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di Facebook Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan patron selayang tiada rumah dah 4 hari.
“Saya terus gerak kesana dah 11.30 malam dan lalu ‘roadblock’ dekat situ. Ketua polis daerah tanya ustaz kemana ni. Saya minta bantuan mereka, baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa.
“Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknya lah ya Allah, alas kotak jer.
“Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya, meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah,” katanya.
Menurutnya, dengan bantuan polis dia telah pun bawa mereka pulang ke rumah.
“Ya Allah, apalah ujian mu anak kecil. Siapa ada rumah untuk disewa sekitar Kuala Lumpur atau area gombak ni yang tak mahal boleh mesej saya yer.
“Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah tak ada nyamuk, tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang,” katanya.