Siapa yang tak kenal dengan Jebat Jayden iaitu anak kepada pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dan ibunya pula adalah kakak kepada usahawan terkenal, Noor Nabila.
Sejak lahir sehinggalah Jebat kini sudahpun berusia 5 tahun, setiap videonya pasti akan mencuit hati pengikutnya. Wajahnya yang comel dan manja sering mendapat perhatian lebih-lebih lagi sekarang Jebat sudah mula bertutur. Pelbagai ragam dilihat setiap kali ibunya membuat posting mengenainya.
Gelagat lucu dan kebijaksanaannya berkata-kata sangat mencuit hati.
Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Instagram yang memaparkan gelagat Jebat sedang berdiri di atas sejadah kecil berwarna biru kuning serta mempunyai tulisan namanya ‘Jayden’ telah berjaya mencuri perhatian ramai.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga pastinya ingin memberikan kesenangan kepada isteri dan anak-anak. Malah sentiasa berusaha memastikan keluarga bahagia dengan sumber kewangan yang kukuh. Memang benar, rezeki tidak tidak bergolek tanpa usaha, tetapi rezeki datangnya daripada Yang Maha Pencipta tanpa kita duga. Selain solat dhuha dan zikir pembuka rezeki, memberi sedekah adalah amalan yang menjemput rezeki datang tanpa kita duga.
Telah terbukti melalui perkongsian yang dinyatakan oleh Encik Mohd Noor Azam Tuan yang menceritakan bahawa ‘kuasa’ sedekah itu begitu berkuasa. Walaupun perkongsian ini mengusik jiwa namun ia sungguh inspirasi ini. Moga kita semua muhasabah diri.
SUJUD SYUKUR SAMBIL BERTUALA.
Gambar hiasan
Saya ada sebuah kisah peribadi yang boleh jadi inspirasi kepada Tuan dan Puan mengenai konsep bersyukur.Kisah ini panjang. Kejadian itu mendidik saya sehingga hari ini dalam berniaga.
Semasa saya berhenti kerja, hutang saya bernilai RM5,000. Lebih kuranglah. Yakin bisnes boleh maju dan berikan wang (sebenarnya tiada ilmu, hanya andaian saja), maka saya berhenti dan teruskan berniaga buat tapak niaga.
Hari pertama berhenti, dalam masa 24 jam kenderaan saya ditarik. Allah. Nasib baik ada kereta kedua. Walau kecil, saya redha apa yang berlaku.
Jika pada orang lain, mungkin itu tanda ‘suey’ (tidak baik) pada permulaan niaga. Mujur Allah berikan pasangan yang baik. Isteri ingatkan,
“Sabar..satu hari nanti kisah sedih ini akan jadi pengalaman manis bila kita berjaya”
Bulan ke 6, saya diuji dengan hutang yang tak mampu dibayar. Allah beri ujian lagi. Anak kehabisan susu dan isteri menangis kesedihan. Allah ujian ini sangat berat!
Saya masih ingat, sewaktu itu saya sedang menyapu rumah. Berpakaian seluar pendek saja. (dalam rumah). Kepala memikirkan tekanan hidup kerana bisnes tak menjadi.
Tiba-tiba, bunyi hon posmen. Saya minta isteri keluar dan ambil bungkusan poslaju itu.
Tak lama kemudian, tergopoh-gopoh dia naik tangga dan berikan ‘isi kandungan’ pos laju itu.
Sebuah buku!
“Saya cuba je letak.nama sebab penukis nak beri percuma kepada yang terawal. Dapat rupanya!”
Suruh itu, suruh ini. Tukar fikiran dan sebagainya. Bagi saya waktu itu sebarang buku yang ada hadis dan ayat-ayat Al Quran mungkin membosankan sebab bahasanya yang BERAT.
“Aku tengah pening duit tak ada, dia suruh baca pula”, bisik saya dalam hati.
Petang itu sedang berehat saya terrrrrnampak buku itu. Tangan terus menyelak ke satu laman mukasurat.
KISAH GRADUAN YANG PERGI KONVO HANYA ADA RM30 DAN BERSEDEKAH SEMUANYA. APA YANG TERJADI SELEPAS ITU?
Saya baca satu demi satu.
Air mata saya menitis. Saya ulang baca daripada mukasurat awal hinggalah tamat dalam masa 1 jam 45 minit.
Kata kunci bersyukur buat saya terpana.
‘Lihat apa yang kau ada bukan apa yang kau tiada.’
Saya ada anak-anak dan isteri, saya ada rumah untuk mereka, lantas kenapa saya mahu merungut?
Sedekah!
Perkara pertama saya lakukan, habiskan RM20 yang ada ditangan, beli jambu batu dan potong lalu letak di masjid (solat Jumaat). Habis!! Saya pulang.
Duit sudah tiada di tangan. Hanya ada bekalan makanan cukup 7 hari. Sememangnya saya buntu.
Tapi…jiwa saya tenang. Eh kenapa ni? Saya sudah tiada wang. Tapi lepas sedekah tadi, hati tenang sangat.
Hari berlalu seperti biasa sehinggalah hari Isnin, hon posmen berbunyi lagi. Saya yang baru lepas mandi dan bertuala terkejut apabila isteri menjerit.
“You, ada cek!!”
Saya lihat cek itu. Ya, nilainya ribuan ringgit. baru saya teringat komisen saya jual rumah dahulu masih ada berbaki.
Ya Allah. Oleh kerana terlalu gembira, dengan bertuala saya sujud syukur. Menangis kami suami isteri.
Sejak daripada itu, setiap kali tv mempamerkan no. akaun untuk derma, kami beri juga walau RM1.00.
Buat online. Zakat perniagaan kami jelaskan.Kami yakin, sedekah itu membersihkan hati dan menenangkan jiwa kami. Cabaran pasti ada sepanjang berbisnes dan sukar dikawal, tetapi kita boleh kawal jiwa kita untuk tenang dan keberkatan itu dapat diperolehi.
Walau tapak niaga kadangkala tak penuh, walau terpaksa menutup tapak niaga dan cakap-cakap orang, kami percaya kepada Maha Pemberi Rezeki.
Sampai sekarang, saya masih terfikir cantiknya aturan Allah menjadikan buku itu sampai TEPAT pada waktunya. Saya minta bantuan duit dan peluang tetapi buku itu adalah mediumnya.
Terima kasih Allah kerana selalu mengujiku.
Sungguh inspirasi perkongsian ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini Izara Aishah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat puteri sulungnya , Irisa Alaia yang genap setahun pada 15 April yang lalu. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat Izara dan suaminya.
Apa yang menariknya, menerusi majlis tersebut, Izara turut berkongsi throwback kenangan setahun lalu sebelum dan selepas kelahiran anak sulungnya itu.
Memang eksklusif kerana selepas setahun baru peminat berpeluang untuk melihat wajah Alaia sewaktu dilahirkan. Memang comel dengan pipi merah membuatkan ramai memuji.
Menerusi video tersebut, kelihatan Adib sedang memandu kereta menuju ke hospital memandangkan Izara sudah mula mengalami kontraksi.
Walaupun dalam keadaan gementar dan menahan sakit, Izara tetap nampak cantik biarpun tanpa secalit solekan.
Yang lebih menjadi perhatian pastinya detik Alaia dilahirkan. Wajahnya yang putih kemerah-merahan sambil membuka mata memang comel.
Selain video eksklusif tersebut, Izara turut memuat naik gambar-gambar sekitar majlis Alaia yang bertemakan merah jambu dengan Alaia cukup comel dalam penampilan gaun merah jambu ala-ala princess.
Mama punya little nyawa , mama’s first love , mama’s whole world, my heart my everything. Alhamdulillah you’re 1 sayang mama.. Happy First birthday anak ma sayang
Hati ibu mana yang tidak pilu bila anak yang tersayang sakit. Jika diberi pilihan, pasti si ibu mahu penyakit itu berpindah milik. Namun ketentuan Tuhan tak siapa yang mampu menghalang.
Bagi pelakon Lana Nordin yang baru melahirkan anak kedua, tiada apa yang diharapkan selain melihat anaknya itu kembali sembuh.
William Daud Mckienzie, tiga bulan bakal menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).
Lana berkata, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.
“Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.
“Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Katanya, masalah dialami anaknya membabitkan injap aorta yang sempit dan akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.
“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya.
Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.
“Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.
“Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti,” katanya.
Dalam waktu sama, Lana turut memberitahu memandangkan situasi kesihatan William tidak menentu, dia sekeluarga akan menetap lebih lama di sini.
“Saya bersedia untuk kembali bekerja. Kepada mana-mana produksi atau pengarah yang mahu melamar, mereka boleh terus menghubungi saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.