Begitu besarnya rahmat Allah bilamana kita dekat dengan Sang Pencipta. Ini diceritakan sendiri oleh seorang pakcik yang mencari rezeki dengan memandu grab. Menurut ceritanya, dulu dia bertahun kerja buat murtabak. Walau dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Jadi dia terlalu rindu untuk solat jemaah. Sampai pada suatu hari dia nekad berjumpa bos dan minta berhenti kerja.
Sungguh, siapa sangka rezekinya kini lebih dipermudahkan dan kisah ini cukup memberi inspirasi untuk kita lebih memperbaiki diri dengan menjaga hubungan dengan Allah Yang Maha Pemberi Rezeki.
Kisah inspirasi ini dikongsikan oleh Dr Redza Zainol dan semoga turut menjentik hati kita semua ke arah kebaikan.
Ini perkongsiannya.
Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata.
Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi.
“Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.”
Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak. Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.
“Bang ada isteri anak-anak?” tanya saya.
Ada, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.
Ads
Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa.
“Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.”
Dia mengangguk perlahan.
“Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.”
Eh, terkejut saya dengar.
“Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah. Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.”
Ads
Saya pula menyibuk pergi tanya isteri dia setuju ke. Dia pun tergelak sambil memegang dahi.
“Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.”
“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”
Aduh, saya diam terkedu.
Ads
“Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam.”
Saya makin khusyuk mendengar.
“Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay.”
“Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun. Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah,” nampak dia tersenyum.
Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.
Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang. Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya. Saya belajar sesuatu. Terima kasih Ya Allah.
Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv. Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul telur dengan lebih lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis telur yang telah dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan sedikit air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah perahan limau nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan serbuk penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jangan tak tahu, kulit pisang banyak manfaatnya. Bukan hanya untuk kecantikan kulit. Rupa-rupanya boleh juga dijadikan baja semula jadi untuk pokok hidup dalam rumah. Lepas ni jangan terus buang, simpan kulit pisang untuk dijadikan baja.
Macam mana caranya? Mudah jer, jom baca tip yang dikongsikan oleh Huda Zainal ni.
Rendam kulit pisang 2 hari 2 malam antara tips yang Huda rajin amalkan sebulan sekali untuk baja pokok hidup dalam rumah. Cara dia semudah ABC.1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.
Bagusnya guna air rendaman kulit pisang sebab air ni tinggi dengan potassium. Terdapat juga kandungan nitrogen, phosphorus dan magnesium yang mampu buat pokok gembira. Jika risau kehadiran ‘fruits flies’ atau unggas, cairkan bancuhan air rendaman. 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa).
Kulit pusing yang telah direndam, boleh potong kecil-kecil dan tanam sedikit di dalam pasu berpokok. Ini pun boleh jadi baja semulajadi.
Adakalanya bila terjadinya pengumpulan angin dalam badan, mulanya rasa tidak selesa pada bahagian perut. Kebiasaannya bila sudah membuang angin terasa lega, namun tidak dinafikan kadang-kadang hendak melepaskan angin daripada tubuh berdepan dengan kesukaran sehingga mewujudkan ketidakselesaan perut.
Itu satu perkara, ada juga orang yang tidak tahan berada lama di dalam bilik berhawa dingin, mesti terasa badan lenguh-lenguh dan tidak selesa.
Oleh itu pengambilan makanan tertentu dikatakan boleh membantu untuk melancarkan proses membuang angin dalam badan. Contohnya dengan amalkan makan bawang putih.
Ini bukan cakapcakap kosong, malah telah lama diamalkan dan ramai merasakan keberkesanannya. Contohnya melalui perkongsian daripada AsMie Mansor ini di dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang mendapat perhatian warganet, teruja untuk mengetahui petua yang diamalkan oleh suaminya untuk buang angin dalam badan.
Malah ujarnya, dengan amalkan makan bawang putih yang telah dibakar dan disimpan di dalam bekas berisi minyak zaiton ini sangat bagus untuk sesiapa yang berkerja di dalam pejabat berhawa dingin.
“Bila free en.suami rajin buat bom. Selamat mencuba makan 3,4 ulas sebelum tidor, sebelum subuh boleh dengar bom meletup buang angin. Sangat baik untuk yang bekerja dalam acon.”
Jadi buat anda yang ingin mencuba amalakan petua ini, bolehlah mencuba untuk membuatnya. Tak susah mana pun.
bahan-bahan:
Bawang putih
Minyak zaitun
Pemanggang
Langkah 1 : Susun beberapa labu bawang putih di atas pemanggang dan bakar sehingga kehitam-hitaman.
Langkah 2 : Setelah siap dibakar seperti ini, ketepikan dan buangkan kulitnya.
Langkah 3 : Setelah itu masukkan ulas bawang putih ke dalam bekas dan masukkan juga minyak zaitun. Siap danbBila makan amil sekali dengan minyak zaitun.
Ekstra tip : Lepas Bakar, masukkan sahaja dalam minyak zaitun tak perlu simpan di dalam peti sejuk.
Meninjau di ruangan komen, Puan Robiah Arshad turut menyarankan untuk amalkan makan bawang putih ini, tulisnya “Bagus tu 1 hari 3 ulas bawang sahaja dengan 3 sudu minyak Zaiton pagi2 ketika perut kosong1/2 jam atau 1 jam baru sarapan bagus untuk penyakit 3 serangkai. Kalau suka mentah bawang putih tu ok juga ,tumbuk2 + madu, makan ketika pagi sebelum sarapan juga”
Menurut Amy Hamizah pula, “Sedap la.. bawang putih bakar or sangai ats dapur.. rase dia lain, xmcm bwg putih mentah tu huhu… must try hehe”
Manakala Emma Emanja bila melihat posting ini terus teringatkan arwah ibunya, tulisnya
“Bagus utk sesiapa kolestrol tinggi..teringat Arwah mak mlm2 kami mesti mkn bawang putih.. kudapan utk org dulu2 susah kan. Mkn cmtu ja x buh dlm minyak”
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.