
Tentu ramai yang sibuk membuat persiapan hari raya. Termasuk soal baju raya untuk ahli keluarga. Salah satunya, baju raya dan tudung mesti match supaya manis dipandang mata.
Malah ada isteri sanggup bawa baju raya untuk pilih tudung yang sesuai waktu shopping raya.Oleh kerana itu, tidak mustahil apabila suami tanya isteri mengenai persiapan baju raya, tentu ada beritahu tudung belum ada walaupun tudung penuh satu almari.
Begitulah ragam isteri kala menyambut hari raya tapi sweet sebagaimana yang dikongsi oleh lelaki ini, Ahmad Zakimi Abdullah dilaman facebooknya.
“Ita, dah complete ke persiapan kita nak raya ni?” Ujarku sambil menghirup kopi panas.
“Eh! belum bang. Ala… Tudung Ita takde lagi,” balas isteri, semangat lain macam.
Aku terus ke bilik, buka almari, tengok tudung dia kemas tersusun rapi. Bermacam macam warna dan jenis. “La banyak ni pun belum ada ke?” Aku bermonolog.
Aku turun balik dan bersuara, “tu banyak-banyak dalam almari tu apa?”
“Banyak tu… banyak tapi semua tu tak masuk dengan baju raya.”
Aku terus laungkan azan.
Oh sekarang aku mulai faham maksud wanita ‘tiada tudung’.
Ya, ia selagi tak sepadan dengan warna baju maka selagi itu ‘tiada tudung’.
Kepada si suami sekalian, jom gelabah. Tudung dia orang belum ada lagi tuh. Haha.
‘Benda boleh gelabah, kenapa nak tenang’
Dr Zek
Doktor Ini Jelaskan Cara Merawat Masalah Anxiety Disorder. Ambil Peduli Info Ini

Jangan buat main apabila mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu kerana ini adalah antara tanda masalah Anxiety Disorder. Ikuti perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai masalah ini.
Saya pernah melihat bagaimana seseorang sedang dilanda serangan anxiety.
Sebagai orang yang pernah tidak merasainya, tentu kita tidak faham. Bila melihat mereka mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu arah. Pada masa itu mereka hanya fikir mahu pergi hospital, kerana rasa ajal sudah dekat.
Pada zahirnya mereka seperti orang sihat, tetapi hakikatnya segala-galanya sedang rancak bermain di minda.
Selalunya serangan ini berulang. Mereka yang sedang mengalami masalah ini, selalunya pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.
Sebagai doktor, kita berikan respon kecemasan. Mereka kata sukar bernafas dan perlukan bekalan oksigen. Saya selalu melayan saja kerana mahu mereka berasa selamat dengan adanya bekalan oksigen. Tetapi selalunya tak lama. Mereka merasakan bekalan oksigen tidak bermanfaat untuk mereka. Masih lagi mengalami sukar nafas.
Sebagai doktor, saya membuat pemeriksaan asas. Antaranya memeriksa bacaan tekanan darah, bacaan nadi, pemeriksaan pernafasan paru-paru. Semuanya normal.
Bagi doktor yang tidak berpengalaman, mereka tidak akan faham. Kerana ia tidak dikesan dengan pemeriksaan fizikal. Ia semua bermain di minda pesakit.
Anxiety akan membuat seseorang berasa cemas tanpa sebab , sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tidak boleh tidur , terlalu memikirkan banyak perkara dalam satu masa, dan yang paling ditakuti ialah selalu memikirkan tentang kematian tanpa sebatang sebab yang logik.
Selalunya ada faktor yang meransang serangan anxiety ini. Oleh kerana punca anxiety bermula di minda, selalunya faktor mental seperti stress, keletihan memikirkan masalah, rasa keseorangan dan tiada sokongan dari keluarga yang menjadi punca pada permulaan serangan anxiety. Malangnya kebanyakan mereka tidak sedar mereka mengalami tekanan. Kalau ditanya pun mereka kata tidak mengalami masalah tekanan emosi.
Hendak pulih memang kena ambil masa sebab tiada ubat yang benar-benar merawat masalah. Ubat penenang dari hospital akan membantu rasa tenang untuk sementara, tetapi ia tidak boleh diambil secara berterusan kerana bimbang akan sentiasa bergantung dengan ubat.
Dapatkan panduan dan sokongan dari mereka yang mahir. Tidak semestinya doktor kerana ada doktor yang tidak terlatih menhendalikan masalah sebegini. Boleh dapatkan panduan dari kaunsellor kaunseling atau psikologi.
Tanpa panduan yang betul, pesakit akan selalu berada dalam ketakutan. Takut untuk tidur, takut keluar rumah. Sentiasa cemas tak menentu, hilang selera makan dan sentiasa kelihatan letih dan lesu.
Selalu memikirkan perkara yang tidak logik. Contohnya “kalau aku buat begini, mungkin aku akan mati” Padahal ia tidak begitu. Ini menyebabkan hidup menjadi sentiasa risau dan murung. Kadang kala mereka menjadi negatif terhadap banyak perkara yang biasa kerana terlalu bimbang.
Saya cuba berikan beberapa panduan.
1. Cuba dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat, buat amalan sunat seperti berzikir, baca Quran, solat sunat. Latih kebergantungan kita pada Allah. Jangan mengharap pada makhluk. Jika perasaan itu datang, katakan “Ya Allah permudahkan urusan aku”.
2. Jauhkan diri dari orang negatif. Tiga tanda orang negatif ialah suka merungut, suka mengumpat dan suka memandang rendah atau mencari salah orang lain. Jika dia tahap mencaci, mengutuk atau menyumpah tandanya orang itu sudah wajib ditinggalkan segera.
3. Cari kawan-kawan yang positif. Tiga tanda seseorang itu positif ialah menghormati atau menghargsi kita, selalu bercerita yang baik pasal orang lain dan selalu ingatkan kita agar minta pertolongan Allah.
4. Dapatkan dan baca buku motivasi, meninton cerita-cerita yang memberi semangat dan sertailah perkumpulan (usrah) tazkirah yang menghidupkan jiwa agama.
5. Mindset. Selalulah berharap pada Allah. Beritahu, “Allah sentiasa bersama orang yang solat dan bersabar. Allah bersama aku. Segala kesusahan ini hanya ujian untuk menguji ketaatan aku”
6) Cari kawan yang boleh buat aktiviti yang menyeronokan bersama. Lakukan senaman ringan seperti berjalan di taman, berjogging atau bermain badminton. Jika tiada kawan, ajak suami, anak-anak, adik beradik bagi mengelakkan berfikir terlalu banyak dan menjadi cemas .
7) Jangan tidur berseorangan. Sentiasa tidur berteman supaya boleh membantu jika berlaku serangan anxiety seperti tidak boleh tidur, rasa cemas, sakit uluhati, sakit dada atau sesak nafas .
8) Jaga pemakanan kita. Elakkan minuman yang manis dan bergula. Banyak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil protein dari sumber daging putih seperti ikan dan telur. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan avokado. Minum air kosong secukupnya.
Kesimpulannya saya percaya mereka yang ada masalah ini dapat diubati secara perlahan-lahan. Sokongan keluarga dan teman-teman sangat penting. Letakkan kebergantungan kita pada Allah.
Semoga bermanfaat
#HealthDrZubaidi
#anxietydisorderdrzubaidi
“Terkilan Tak Dapat Di Sisi Bapa Saat Akhir” Bapa Meninggal 15 Minit Sebelum Terima Skrol, Pelajar UnisZA Reda!

Suasana gembira bertukar hiba buat seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menerima segulung ijazah ketika hari konvokesyennya selepas menerima perkhabaran duka kematian ayahnya 15 minit sebelum naik ke pentas.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Haslina Kalang, yang berusia 23 tahun itu terpaksa menggagahkan kaki untuk menerima skrolnya selepas sokongan kakak sulung dan rakan-rakan seperjuangannya biarpun dengan linangan airmata.
Menurut perkongsian Bernama, Haslina berkata beliau sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen, kerana bapanya Kalang Toba, 56, sedang terlantar sakit selepas diserang angin ahmar.
Bagaimanapun arwah bapanya tetap bertegas supaya beliau menghadiri majlis tersebut, selepas tiga tahun berhempas-pulas menamatkan pengajian dengan serba kepayahan.
“Saya memang berat hati untuk datang menghadiri konvokesyen kerana keadaan ayah agak teruk. Tetapi beliau berkeras suruh datang, kerana nak tengok saya naik pentas memakai jubah konvokesyen.
“Sepanjang masa saya tak berhenti berdoa supaya ayah sihat dan saya sempat balik untuk tunjuk gambar sekurang-kurangnya, tetapi Allah lebih sayangkan dia,” katanya berkongsi.
Haslina berkata walaupun terkilan kerana tidak dapat berada di sisi bapanya pada saat-saat akhir, namun anak jati kelahiran Tawau, Sabah itu lega kerana telah sempat mencurah tenaga menjaga bapanya selepas tamat pengajian.
“Selepas tamat pengajian saya memang tak bekerja kerana nak jaga ayah. Alhamdulillah sempat juga saya berbakti kepadanya,” katanya.
Dalam pada itu pihak pengurusan UniSZA, turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,500 kepada Haslina sebagai tanda sokongan moral.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Bernama
Aeril Zafrel Dedah Sukses Berjaya Dalam Bisnes, Rupanya Ini Yang Wawa Zainal Buat!

Pasangan ini sering kali mendapat mendapat perhatian warganet ekoran kebahagiaan yang ditonjolkan.
Siapa yang tak kenal dengan pasangan pelakon Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel yang kini semakin berjaya dalam perniagaan kosmetik mereka.
Malah, Aeril sendiri mengakui kejayaan itu menuntut displin yang tinggi termasuk pengurusan kewangan yang diuruskan oleh isterinya.
Hingga kini, dia tidak tahu untuk memindahkan wang syarikat.
“Saya biarkan wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai ke hari ini, saya tidak tahu nak transfer duit company.”
Dalam pada itu, netizen bersetuju dengan tips berkenaan.
Sumber: W4W4 Zainal
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club