Sekalikan Tanam Bayam Brazil & Bawang Putih Bukan Saja-saja Tapi Bersebab!

Share

Kehadiran serangga perosak yang menyerang tanaman yang baru seminggu dua ditanam di laman rumah, tentunya membuatkan kita berasa runsing.

Apa tidaknya, hasrat dihati biarlah tanaman yang ditanam dapat hidup subur dan dituai hasilnya untuk dinikmati seisi keluarga.

Jadi, apa kata kita baca perkongsian cara yang boleh kita buat untuk menyelamatkan tanaman daripada serangga perosak dengan kaedah lebih selamat tanpa perlu menggunakan racun.

Ini perkongsiannya, semoga bermanfaat.

Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk jer bawang putih seulas-seeulas @ satu labu bawang putih pun boleh.

Kadang saya beli yang dah siap kopek tu jer, terus cucuk kat pokok.. macam saya buat tu, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu, pokok cili awal-awal pun saya buat camni.

Boleh juga buat camni kat pokok-pokok yang lain.

Saya dapat video sharing ni dari youtube.

Dulu saya blender bawang putih & spray tapi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video tu, tu je saya buat.

Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak.

Siput pun tak suka kot bau ni, sebab takde dah siput halus-halus & besar dah.

Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih nih!

Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya..

Semoga bermanfaat ilmu ni dari saya.

sumber : Suzurina Binti Muda