
Kehadiran serangga perosak yang menyerang tanaman yang baru seminggu dua ditanam di laman rumah, tentunya membuatkan kita berasa runsing.
Apa tidaknya, hasrat dihati biarlah tanaman yang ditanam dapat hidup subur dan dituai hasilnya untuk dinikmati seisi keluarga.
Jadi, apa kata kita baca perkongsian cara yang boleh kita buat untuk menyelamatkan tanaman daripada serangga perosak dengan kaedah lebih selamat tanpa perlu menggunakan racun.
Ini perkongsiannya, semoga bermanfaat.
Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk jer bawang putih seulas-seeulas @ satu labu bawang putih pun boleh.
Kadang saya beli yang dah siap kopek tu jer, terus cucuk kat pokok.. macam saya buat tu, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu, pokok cili awal-awal pun saya buat camni.
Boleh juga buat camni kat pokok-pokok yang lain.
Saya dapat video sharing ni dari youtube.
Dulu saya blender bawang putih & spray tapi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video tu, tu je saya buat.
Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak.
Siput pun tak suka kot bau ni, sebab takde dah siput halus-halus & besar dah.
Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih nih!
Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya..
Semoga bermanfaat ilmu ni dari saya.
sumber : Suzurina Binti Muda
Wayar TV Tak Serabut Bila Buat Macam Ni, Nampak Kemas & Elok Sangat!

Cuba kita lihat di bahagian rak tv di rumah kita, walau nampak kemas tak berhabuk tapi mata kita tetap ‘sakit’ bila lihat wayar berselirat. Betulkah begitu?
Apa tidaknya, di situlah ada kabel internet, wayar Astro dan macam-macam lagilah hingga buat kita stress melihat wayar yang berserabut di belakang tv.
Oleh itu, apa trik yang boleh kita lakukan untuk pastikan wayar tersebut dapat disembunyikan?
Mungkin cara yang dipraktikkan oleh Mazlan Nurul ini dapat membantu.
Turut berkongsi step by step buat panel wall tv yang bukan sahaja menyelesaikan masalah wayar malah nampak begitu kemas dan bergaya ruangan menonton tv dikediamannya.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian ini.
Saya nak share DIY Wall TV Panel. Inspirasi dari post sebelum ni dari group ni jugak. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel.
Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja. Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yang bersirat-birat dan menjimatkan ruang.
Cara-cara sila rujuk gambar ya.Kita tunjuk hasil projek dulu sebagai pembakar semangat.
Wall TV panel bagi menjimatkan ruang. Rujuk post sebelum ini untuk DIY accent wall.
Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Sama je macam yang saya post untuk buat accent wall sebelum ni.
https://m.facebook.com/groups/129595904555193?view=permalink&id=679556246225820
Addition :
– Papan
– Shelving unit IKEA Lack (existing)
– Kayu
– Cat ( Ascort Blue) sama je mcm dinding
-Spray paint – sbb ikea lack warna hitam.
-Kertas pasir (240 dan 120)
See less
Mula2 buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lari.
Tampalkan frame ni kat dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding. Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.
Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk shelve. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah benor nak potong.
Papan atas tebuk 3 lubang, untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis.( lubang satu lagi xda gambar, tp tebuk kecil saja, muat2 wayar masuk)
Untuk lekat kan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru.(pakai skru sebab incase ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak)
Untuk kerja finishing:
-Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak.
– Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Tempek lagi wood filler sampai papan tu rasa licin bila pegang.
-Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas.
-Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.
Siap untuk di cat.
Sumber : Mazlan Nurul
Cara Diet Lebih Selamat & Tidak Memudaratkan Tubuh Badan. Ini Panduan Kuruskan Badan Ikut Saranan Dr Hamid Arshat

Sebut sahaja bab diet atau mahu menurunkan berat badan, berlambak tip dan saranan yang diberikan baik oleh persendirian mahupun menerusi bacaan di internet serta buku. Bagi yang gemar mencari info di internet, pasti banyak cara dicadangkan sama ada diet ekstrem.
Tidak kurang juga ada yang menyarankan jalan pintas dengan memilih cara mudah iaitu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk cepat nampak kesannya. Namun tidak sedar, cara ini memberi impak negatif pada tubuh sendiri.
Jadi, apa kata ikut saranan Doktor Hamid Arshat ini untuk cara diet yang lebih selamat dan tidak memudaratkan tubuh badan.
PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN.
Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/ obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10% dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan.
Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amaun makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat saperti nasi , roti, mee, kuih2, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
http://www.jabalnur.net/376648671
Cuba amalkan panduan2 ini.
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .
4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum saperti donut, cakes dll. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’ . Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur2 atau salad dan lauk2 dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 – 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.
Sumber: FB Dr Hamid Arshat
“Lawanya Dia. Sanggup Berpanas Demi Rezeki.” Wanita Cantik Jual Pau Viral Di TikTok Rupanya Penyanyi Bienda!

Tular satu video di laman Facebook memaparkan seorang wanita, saling tak ubah seperti penyanyi Bienda sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan sehingga menarik perhatian warganet.
Video berdurasi 28 saat itu dipercayai dirakam oleh isteri kepada pelanggan lelaki tersebut yang sempat mengusik seolah-olah suaminya ‘terpikat’ dengan kecantikan penjual pau berkenaan.
Rakaman dimuat naik di akaun Facebook Sayangi PenangKu itu menerima lebih 2,200 perkongsian dan 2,400 komen netizen yang rata-rata mengakui terpegun dengan penampilan wanita berkenaan.
Rupa-rupanya wanita itu adalah penyanyi Bienda yang kini menjalankan perniagaan pau di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. penyanyi berusia 37 tahun itu memiliki akaun bisnes bagi mempromosikan jualan pau buatan miliknya yang terdapat dalam pelbagai jenis perisa.
Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.
“Ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?
“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.
“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong. Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.
Bienda dan suami mengusahakan sebuah gerai Papa Pau Bienda yang tarletak bersebelahan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, dia juga tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau.
“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.
“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.
“Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,â ujarnya.
Untuk rekod, Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.
Sumber:Facebook Sayangi PenangKu , Instagram Bienda , Bienda Lovers & Papapau
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara