Sekali Semburan Rumput Di Laman Dapat Dihapuskan Walau Bukan Guna Racun Kimia. Memang Terbaik!

Share

Memiliki rumah dengan adanya sebidang tanah biarpun kecil tentunya perlu diberi perhatian. Apatah lagi jika dibiarkan akan menyebabkan ruang tanah yang ada akan ditumbuhi rumput dan sekali gus menjejaskan suasana kediaman untuk nampak selesa dan kemas.

Biasanya bila sebut pasal menghapuskan rumput, tentunya penggunaan racun kimia paling popular. Namun, sebagai ibu bapa terfikir juga kita akan bahayanya racun ini jika sering kali digunakan untuk mematikan rumput di kawasan laman sendiri.

Bimbang juga, jika selepas meracun anak-anak bermain di kawasan tersebut tanpa kita sedari. Akhirnya membahayakan kesihatan dan keselamatan. Begitu juga jika ada memelihara kucing yang dibiarkan bebas, jika kucing tersebut termakan rumput yang diracun tentu membawa padah.

Jadi apa cara kita untuk mematikan rumput yang tumbuh itu dengan teknik yang lebih selamat?

Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, Lucius Maximus untuk hapuskan rumput liar yang tumbuh dengan hanya menggunakan dua bahan asas yang ada di rumah. Jom cuba buat.

Bahan-Bahan:

Cuka Masakan

Sabun Cecair Pencuci Pinggan

Alat Penyembur (Spray)

Cara Membuat:

1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.

2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tersebut.

3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.

Tip Tambahan:

-Cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati.

-Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, melekat pada rumput liar tersebut.

-Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.

Selamat mencuba.