Tak dinafikan para ibu memang sentiasa cari menu yang mudah tapi sedap untuk dimakan bersama keluarga. Makanan mudah tak buat ibu runsing.
Ikan merah masak cuka antara menu yang nampak sahaja simple tetapi sekali makan memang bertambah. Tak perlu bimbang, hanya ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini.
Ikan Merah Masak Cuka
Bahan-Bahan:
- 1 kilo potongan ikan merah
- 3-4 sudu besar cuka masakan
- 10 batang cili padi merah (jangan dikatok)
- ½ biji timun dipotong
- 1 biji tomato (dibelah 6)
- 1 sudu besar biji sawi
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 2 cm halia (dihiris)
- 1 batang serai (dikatok)
- ½ sudu kecil garam
- 400-500ml air
- 1 sudu serbuk perasa
- ¼ sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:I
– kan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam, bilaskan dan lumurkan bersama garam dan kunyit untuk mengoreng ikan.
– Panaskan minyak didalam kuali, masukkan biji sawi (biarkan biji sawi meletup letup sebentar).
– Masukkan halia, bawang putih dan serai, masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.
– Masukkan bawang merah dan cili padi merah.
– Masukkan cuka dan air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa (rasakan seperti yang dimahukan).
– Masukkan ikan, timun dan tomato. Biarkan ianya masak seketika dan padamkan api.
– Siap dihidang dan dimakan bersama nasi.
Sumber: Nurul Ateekah