Hari-hari makan menu yang sama tentu bosan juga dibuatnya. Jadi apa kata anda cuba pula sediakan menu Sup Tulang Sedap, yang dikongsikan oleh Azie Kitchen. Pasti membuka selera seisi keluarga. Jika tidak dimakan dengan nasi sekali pun, kuahnya sedap dihirup begitu sahaja ketika panas.
Macam biasa, Raya kedua dan ketiga kami dah jemu makan rendang. Maka ketupat lebih tu kami makan dengan sup tulang. Korg cuba la. Sedap gila! Letak kicap sambal! Power.
Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
Ads
Cara cara:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Ads
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
Tinggal beberapa hari kita umat Islam akan meraikan Raya Haji dan bila sebut sahaja Raya Korban tentunya kita turut terbayang keenakan hidangan berasaskan daging korban.
Mungkin sudah ada difikiran, menu istimewa yang ingin disediakan daripada daging korban yang diterima. Namun buat anda yang masih tercari-cari, resipi yang enak dan menepati citarasa keluarga, apa kata anda cuba sediakan Daging Goreng Kunyit seperti yang dikongsian oleh Dani J Tang.
Sape suka macam ni? Basah-basah sikit. Ni bukan daging korban, saya guna daging dari pasaraya je.
Daging goreng kunyit cara saya
Bahan-bahan:
Daging hiris ikut suka
kacang panjang hiris
Bawang holland hiris
Cili hiris
Cara Penyediaan:
Sediakan periuk @ kuali. Letak daging. Hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
Masak sampai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau-kacau biar semua sebati dan lembut serata.
Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak-lemak daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang. Kalau saya memang tak tambah dah sebab tak suka daging jadi garing.
Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
Kalau saya, tak perlu garam dah sebab dah guna sos tiram. Rasa lah ye, kalau perlu garam dan gula sila tambah.
Nota : saya doakan sesapa yang nampak post ni senantiasa diberi rezeki kesihatan, rezeki anak-anak, mudah dapat kerja, hidupnya sentiasa tenang, bahagia dan bebas dari hasad dengki.
Bosan dengan hidangan rumah terbuka yang sarat seperti rendang, ketupat serta aneka mi. Apa kata anda cuba resipi ringkas ini di hujung minggu. Jagung rebus atau bakar yang dimakan ketika panas pasti buat anda terangkat.
Jagung rebus yang sememangnya enak dijadikan makanan sendalan tidak terasa ‘kosong’ dan hambar dengan adanya sokongan rasa enak dan lemak dengan menggunakan petua ini. Bagaimana?
#PETUA 1
BAHAN-BAHAN:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
Air secukupnya
Sebelum merebus pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih. Kemudian rebuslah seperti biasa dan ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan. Biarkan jagung direbus hingga masak. Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.
#PETUA 2
BAHAN-BAHAN:
Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya
Rebus jagung selama 15 minit dan angkat jagung. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan hidangan tak perlu yang rumit atau dengan kata lain gunakan banyak bahan. Sebaliknya, anda boleh pelbagaikan resipi bergantung kepada bahan yang ada di dapur. Yang penting mudah nak buat dan rasanya yummy.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Rohasliza Amat Red velvet oreo no bake cheese cake
Resepi lama..
Biskut je perisa baru
maaf ye semua..resepi sama je dgn oreo yg coklat tu..cuma biskut tu je digantikan dgn red velvet
Biskut tu ada jual kat speedmart dan pasaraya..tmpt lain saya x pasti
Resepi nya:
NO BAKE OREO CHEESECAKE..
Bahan-bahan
BASE OREO
1) 1 Bungkus oreo (pack besar) *asing krim putih & biskut dihancurkn
2) 3sb mentega *dicairkan
-sbatikan bahan2 atas & tekan biar mampat.. dah siap, letak dlm fridge & bekukan 15minit..
.CREAM CHEESE
1) 500gm cream cheese (sy guna tartura)
2) 200ml whipping cream (sy guna anchor)
3) krim putih oreo *double boil smpai cair
4) 2sb lemon (optional)
5) 3 sudu besar gula castor
6) 1sb serbuk gelatin + 2sb air masak(kacau sampai kaler jernih/putih)
7) 1/2 bgkus oreo (patah2kan) Cara membuat:
-putar cream cheese & gula sampai hilang ketul2 & gula hancur
-masuk whiping cream, Krim putih oreo , gelatin & air lemon, putar lagi sampai sebati & nmpak gebus cantik
-letak oreo yg dipatah2 kan dlm adunan cream cheese, kacau kejap
-letak adunan cream cheese atas base oreo yg dibekukan, hias dgn oreo ikot kreativiti then masukkan dlm peti ais(beku( semalaman.
SIAP !! YUMMMMM #loyang size 6″
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...