Bercerita tentang hidangan daging korban, jika dimasak sup alangkah sedap rasanya. Olahan rempah ratus terpilih pelengkap rasa, dan disempurnakan bersama hirisan daun sup menyempurnakan rasa.
Namun andai tersalah masuk bahan, terbeli daun ketumbar umpamanya pasti lainlain pula jadinya.
Untuk tidak terjadi perkara sedemikian, ayuh kenali perbezaan antara keduannya sebagaimana yang dikongsikan ini.
kanapa bau lain macam je sup aku ni? Alahai, terbeli daun ketumbar rupanya. Tapi memang dua-dua nampak sama je, tak perasan langsung!”
Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, adalah sedikit perbezaan antara daun sup dengan daun ketumbar ni. Jadi kalau nak elak tersalah beli, jom kita sama-sama ketahui apa ciri yang dapat membezakan kedua-dua jenis daun ini.
5 PERBEZAAN ANTARA DAUN SUP DENGAN DAUN KETUMBAR
1. NAMA / LABEL DI PASAR RAYA
Daun Sup : Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery
Ads
Daun Ketumbar : Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro
2. AKAR
Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.
Daun Ketumbar : Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.
3. BATANG & DAUN
Ads
Daun Sup : Batangnya lebih panjang dan daunnya lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.
Daun Ketumbar : Batangnya agak pendek dan saiz daunnya lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.
4. BAU
Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang.
Daun Ketumbar : Kalau daun ketumbar pula, baunya lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang.
Ads
5. KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.
Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.
MACAM MANA, DAH DAPAT BEZAKAN SEKARANG?
Memang keliru kalau kita jarang membelek dan menggunakan kedua-dua jenis bahan ini dalam masakan. Mungkin dengan info ini lain kali anda dah mampu membezakan antara daun sup dan daun ketumbar. Jadi, taklah tersilap beli kan?
Umumnya bila kita kata menangis, dengan sendirinya kita akan kaitkan dengan situasi anak kita yang inginkan sesuatu barang. Sanggup berguling-guling jika keinginan mereka tidak ditunaikan.
Namun bila telah dewasa, seakan menangis itu dilihat suatu kelemahan pula.
Pun begitu tahukah anda, Public Health Malaysia ada berkongsi info tentang menangis di mana ada manfaatnya buat orang dewasa.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya. Jom baca.
Menangis adalah respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.
Selepas menangis,
Bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.
Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai “antibiotik semulajadi”
Selepas menangis,
Air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan merasa lebih lega dan tenang.
Selepas menangis,
Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya “parasympathetic” yang membantu seseorang individu untuk bertenang.
Selepas menangis,
Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.
Selepas menangis,
Hormon oxytocin dan endorphins akan di rembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.
Selepas menangis,
Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh..
Walaubagaimanapun,
Menangis merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;
1.Menangis tanpa sebab yang jelas
2. Menangis terlalu kerap
3. Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
4. Menangis yang tidak terkawal
Menangis adalah tindakbalas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah.. menangis boleh memberi sedikit kelegaan.
Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut
Anak anugerah yang terindah dalam hidup pasangan suami isteri. Ada orang rezekinya murah miliki anak ramai, dan ada sebaliknya. Ada anak yang mendengar kata, ada pula sebaliknya.
Kadangkala pening juga ibu bapa dibuatnya dek pelbagai kerenah dan perangai terutama apabila mereka sedang membesar. Lebih-lebih lagi apabila berada ditempat orang ramai.
Namun, setiap anak berbeza karekter, jadi usah pandang serong atau mengecam ibu bapa tidak pandai didik jika ada anak yang ‘terlebih’ aktif.
Perkongsian Puan Ashikin Hashim walaupun ringkas namun ada manfaatnyaa.
Dugaan Anak
——————–
Semoga Allah merahmati suami isteri di hadapan saya ini sekarang kerana sabar melayan kerenah anaknya yang sedang menangis. Bergilir-gilir menjamah makanan.
Sekejap ayah yang memujuk dan membawa keluar anak yang menangis. Sekejap lagi ibu pula yang mengambil alih tugas memujuk.
Berlainan pula keluarga yang satu lagi. Anak sudah besar. Dapat makan dengan aman. Berlainan juga dengan saya yang tidak bawa anak.
Semalam selepas suapkan Wafa makan (selalu dia makan sendiri tapi semalam minta Ummi suap pula ?), Ummi yang kelaparan mahu menjamah makan. Baru beberapa suap Wafa datang dekat: Ummi, Wafa berak!
Waaaa….potong la Wafa. Ummi tengah lapar. Abi belum balik ??
Begitulah dugaan anak.
Jangan di kata-kata atau bersangka-sangka jika melihat anak orang lain macam. Atau melihat ibu marah-marah. Kita tak tahu apa yang sedang dia hadapi. Kita tak faham apa yang dia sedang lalui.
Ibu anak ramai dengan ibu anak satu sangat berbeza situasinya. Ibu anak sihat dan ibu anak yang sakit, juga berbeza. Ibu anak kecil dan ibu anak yang sudah besar, sangat berbeza.
Semoga kita lebih rasa simpati dan empati. Dan selalu bersangka baik terhadap ibu-ibu dan ayah-ayah.
Asyik makan ayam dengan daging sahaja Syawal ni jemu juga kan. Nak menu yang mudah cepat disiapkan pastinya sardin yang jadi pilihan kan.
Puan Zurina Zulkefli berkongsi tip cara buat Sambal Sardin yang mudah,cepat tapi super sedap. Biasanya sambal dibuat menggunakan cili kisar kan, tetapi resipi ini menggunakan serbuk cili
Pertama kali cuba masak guna serbuk tu waktu banjir tu la, hasilnya memang sedap sangat, makan pula beramai-ramai. Hari pertama memang masak sardin je la. Takde cili kering apatah lagi blender, jadi Saya guna serbuk cili untuk menumis.
Harini saya nk cuba masak guna serbuk cili sebab teringat-reingat rasa dia dikala harini dengar perkhabaran beberapa daerah di Pahang mula dinaiki banjir.
Doa saya semoga semuanya selamat dan banjir tidak berlarutan.
Bahan paling mudah disediakan dan cepat. Ikan Sardin 1 tin, 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, beberapa tangkai cili api dan paling penting serbuk cili babas.
Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijau tu biarkan je, saya campak akhir sekali ke dalam masakan.
Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.
Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Ni kalau ada hirisan halia ni lagi wangi ni.
Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan 1 asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Saya campak cili hijau utk rasa picit-picit masa makan dengan nasi nanti.
Siap, dihidangkan bersama telur dadar dan ulam pucuk bayam brazil. Selamat mencuba.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.