Sesiapa pun tentu berasa teruja dan seronok kalau hasil pokok cili yang ditanam lebat buatnya. Inilah kegembiraan yang cuba disampaikan oleh pemilik akaun Facebook So Na Ta, bila berkongsi gambar sedulang cili yang telah dipetik daripada 2 pokok cili yang ada di tanam di rumahnya. Memang puas hati!
Bagi yang ada menanam pokok cili dan hasilnya tidak ‘semeriah’ itu, bolehlah praktikkan tip yang dikongsikan olehnya supaya hasilnya nanti berganda-ganda sampaikan antara cili dan daun macam sama banyak. Memang puas hati!
Tip yang dikongsikan.
Mudah sahaja bukan?
Selain itu turut dikongsikan tip tanam pokok cili jika ditanam di dalam bekas sebaiknya di bahagian bawah dilapiskan terlebih dahulu dengan sabut kelapa sebelum dimasukkan tanah ke dalamnya. Ini penting untuk pastikan tanah di dalam bekas sentiasa lembap.
Selain itu jika berlaku di mana daun pokok cili mula kelihatan berkerinting, dia turut menyarankan penyelesaian. Katanya, “Potong je pokok tu. Buang mana yang keriting. Kalau pokok dah besar potong sejengkal dari tanah In Saa ALLAH pulih”
Selamat mencuba!
Sumber : So Na Ta Via Berkebun Di Rumah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club