Melihat tepung beras yang ada dijual dipasaran, jika sekali pandang kita nampak sama sahaja.  Dan siapa sangka, rupanya tepung beras ini mempunyai pelbagai jenama dan setiap satunya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Malah menurut yang berpengalaman membeli dan menggunakan tepung beras dalam masakan, bagi mereka lain jenamanya atau capnya memberi perbezaan pada hasil masakan yang disediakan.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Zainora Zainuddin yang menerima tempahan kuih ros sebagai punca pendapatan sampingannya.

“Saya buat kuih ros guna tepong beras cap gajah 3 pernah tersalah beli tepung x cantik kuih rosnye cap gajah 3 juga y ok”Zainora Zainuddin

Sekali Pandang Nampak Sama, Rupanya Tepung Beras Ada Beza. Ibu Kena Tau, Kalau Tak Nak Masakan Meragam Sebab Salah Beli!

Sekali Pandang Nampak Sama, Rupanya Tepung Beras Ada Beza. Ibu Kena Tau, Kalau Tak Nak Masakan Meragam Sebab Salah Beli!

Dan ini hasilnya, kuih ros nampak begitu cantik bentuknya dan pastinya sedap dan rangup di makan.

Sekali Pandang Nampak Sama, Rupanya Tepung Beras Ada Beza. Ibu Kena Tau, Kalau Tak Nak Masakan Meragam Sebab Salah Beli!

Ads

Namun bagi kita yang sekali sekala memasak menggunakan tepung beras, kita melihat tepung beras setiap jenama itu sama sahaja. Untuk lebih jelas, jom kita lihat beberapa contoh perbezaan cap tepung beras. Senang cakap, lain capnya lain kegunaannya.


INI PERBEZAANNYA MENURUT JAMAYAH BUJANG

TEPUNG BERAS..yang patut anda tahu bila nak membeli…Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya…bagi kita asal tepung beras semuanya sama.Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand…

Pasti ada yg tak perasaan kan. Hari ni akan diterangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada.

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

Ads

Sekali Pandang Nampak Sama, Rupanya Tepung Beras Ada Beza. Ibu Kena Tau, Kalau Tak Nak Masakan Meragam Sebab Salah Beli!
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek…keladi..cempedak…adunan gorengan ikan…seperti goreng mamak..goreng berempah…
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

Sekali Pandang Nampak Sama, Rupanya Tepung Beras Ada Beza. Ibu Kena Tau, Kalau Tak Nak Masakan Meragam Sebab Salah Beli!

*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci…kuih apam beras eno…dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

Ads

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

Sekali Pandang Nampak Sama, Rupanya Tepung Beras Ada Beza. Ibu Kena Tau, Kalau Tak Nak Masakan Meragam Sebab Salah Beli!

*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI

Sekali Pandang Nampak Sama, Rupanya Tepung Beras Ada Beza. Ibu Kena Tau, Kalau Tak Nak Masakan Meragam Sebab Salah Beli!
*Sangat sesuai membuat rempeyek
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup

Selain daripada perkongsian daripada Jamayah Bujang ini, rupanya ada lagi satu jenis tepung beras iaitu TEPUNG BERAS CAP DUA GAJAH

Sekali Pandang Nampak Sama, Rupanya Tepung Beras Ada Beza. Ibu Kena Tau, Kalau Tak Nak Masakan Meragam Sebab Salah Beli!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI