Bagi para wanita, tubuh badan yang putih dan mulus memang menjadi idaman agar sentiasa nampak cantik dan bersih.
Jadi ramai di antara mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kulit yang diidam-idamkan. Malah ada yang sanggup mengambil suntikan untuk mendapatkan kesan yang cepat.
Bagi yang ingin mencuba secara alami, anda boleh mengamalkan penggunaan skrub beras di tubuh badan.
Skrub beras mampu menjadikan kulit anda putih sampai nampak urat tanpa mengeluarkan modal yang banyak.
Anda yang selalu terdedah dengan cahaya matahari amat digaIakkan untuk melakukannya.
Cukup amal sekali dua sahaja, memang payah sikit nak terus nampak urat hijau.
Tetapi kalau anda jadikan skrub mandian hari-hari, kejelitaan rasmi akan jadi milik anda.
20 Ogos 2023, menyaksikan persembahan cukup memukau dari barisan peserta Top 20 BK Fantastic X Karihome bersempena BK Mini Fest 2023.
Kesemua peserta tampil dengan aksi dan kreativiti tersendiri dalam menzahirkan kemahiran luar biasa serta bakat yang cukup hebat.
Tiga juri yang dijemput hadir iaitu Mark Adam, Dr Tengku Asmadi dan wakil dari Karihome, Miss Jessie sepakat memilih Kumpulan tarian dari Putera Arts Talent Production sebagai juara Fantastic X Karihome 2023.
Kumpulan tarian Putera Arts Talent Production ini berjaya merangkul gelaran juara dengan membawakan persembahan tarian zapin moden yang cukup unik dan memukau. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 beserta barangan dari Karihome.
Tempat kedua pula dimenangi oleh peserta cilik, adik Miika Adam Mikael yang berjaya menambat hati penonton dengan petikan biolanya yang cukup mengasyikkan. Baru berusia enam tahun namun anak kecil ini mempamerkan bakat yang sangat luar biasa.
Tidak hairanlah adik Miika berjaya meraih tempat kedua dengan hadiah kemenangan wang tunai, RM1000 berserta barangan Karihome.
Pemenang tempat ketiga BK Fantastic X Karihome pula dimenangi oleh adik Nurdania Batsisya Adyzunfa membawakan lagu ‘Sampai Bila’ nyanyian asal Misha Omar membuatkan penonton terpegun dengan lontaran suara juga gimik persembahannya. Adik Dania membawa pulang hadiah wang tunai, RM500 beserta barangan Karihome.
Kesemua 20 peserta akhir memberikan persembahan terbaik, antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan drum, gitar elektrik, skateboard, silat, nyanyian dan tarian.
BK Fantastic X Karihome yang dibawakan oleh Karihome ini telah berlangsung hampir sebulan yang lalu di mana peserta perlu menjalani sesi uji bakat secara online dan berjaya mengumpulkan hampir 500 peserta yang menghantar penyertaan secara, namun hanya 50 peserta sahaja yang layak untuk ke peringkat separuh akhir dan hanya 20 peserta sahaja di pilih ke peringkat akhir.
Kesemua anak-anak yang menghantar penyertaan mempunyai bakat serta potensi yang besar. Sesuai dengan kelebihan KARIHOME yang merupakan susu penuh nutrisi untuk pertumbuhan yang optimum dan mengekalkan sistem imunisasi yang baik.
Karihome merupakan produk susu kambing yang diformulasikan dengan SN-2 palmitate, yang menjadi satu-satunya susu kambing dengan formulasi ini di Malaysia! Pengambilan susu Karihome ini juga dapat membantu mengurangkan masalah kolik serta meningkatkan kualiti tidur anak.
Selain bagus untuk usus, formulasi ini juga baik untuk menguatkan imuniti serta perkembangan otak dan kemahiran motor. KARIHOME juga mengandungi 400% lebih DHA yang dapat meningkatkan pembelajaran kognitif serta bagus untuk kesihatan mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengumpul bekas plastik Tupperware, sanggup berhabis, produk bakal jadi rare. Tupperware, jenama yang terkenal dengan bekas plastik berkualiti tinggi, telah menjadi pilihan ramai pengguna di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan.
Pengumpul Bekas Plastik Tupperware Sanggup Berhabis, Produk Bakal Jadi Rare
Di Malaysia, Tupperware bukan sahaja digunakan sebagai peralatan dapur yang praktikal, tetapi juga menjadi simbol status dan gaya hidup bagi sesetengah golongan.
Produk Tupperware yang tahan lasak, inovatif, dan datang dalam pelbagai rekaan menarik membuatkan pencinta jenama ini sanggup berhabis demi mendapatkan koleksi-koleksi istimewa yang ditawarkan.
Bagi Wan Norhayati Wan Mustaffa, 38, wanita ini mengaku membesar dengan Tupperware. Ibunya, Siah @ Wook Ismail, juga adalah pengumpul bekas plastik berkenaan.
Kata Wan Norhayati, dia mengikut jejak langkah ibunya sebagai pengumpul Tupperware sejak 12 tahun lalu.
Lantaran itu, dia yang bekerja sebagai pengurus pembangunan perniagaan di sebuah syarikat dan menetap dekat Shah Alam, Selangor sanggup membelanjakan purata RM500 sebulan bagi membeli bekas plastik baharu demi menambah koleksi.
“Sebut saja Tupperware, ada kalanya saya sebak kerana terkenangkan arwah emak. Boleh dikatakan, Tupperware ini ada nilai sentimental serta dekat dengan saya.
“Tambahan, saya memang pengumpul tegar Tupperware hinggakan anak pun tahu yang saya dan Tupperware ‘berpisah tiada’.
“Malah, saya selalu pesan kepada anak supaya menjaga serta tidak menghilangkan Tupperware yang ada,” katanya.
Menurut Wan Norhayati, dia bukan saja membeli malah turut menjual Tupperware.
“Memang banyak koleksi di rumah cuma saya lebih gemar kumpul bekas plastik ungu dan merah jambu serta lebih tertarik hendak membeli jika ada keluaran jarang jumpa di pasaran.
“Bagaimanapun, sejak dua tahun lalu, sudah mula menjual Tupperware kerana ada permintaan.
“Bagaimanapun, bekas plastik yang saya rasakan amat bernilai, saya simpan sebagai koleksi peribadi,” katanya.
“Saya bukan saja gemarkan bekas plastik jenama ini malah kehidupan saya juga banyak berubah daripada pengumpul kepada menjadi penjual.
“Saya bukan saja dapat memiliki koleksi diingini malah mampu menambah pendapatan,” katanya yang bekerja tetap sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Menurutnya, arwah ibunya juga gemar mengumpul bekas plastik berkenaan manakala dia mula aktif mengumpul sejak lima tahun lalu sebelum turut menjualnya bermula pada 2021.
“Ada yang saya beli malah ada juga yang saya dapat secara percuma.
“Paling mahal yang saya beli bukan bekas plastik, tetapi penapis air yang berharga RM3,850. Ia bagi mendapat sumber air bersih berpanjangan serta kesihatan sepanjang hayat.
“Untuk bekas plastik, saya suka kumpul warna hijau mint dan sejak jadi pengumpul dan penjual, baru saya faham kenapa ramai dalam kalangan suri rumah suka kerana bekasnya pelbagai jenis serta boleh bantu selesaikan masalah mereka,” katanya.
Seorang lagi penggemar Tupperware, Safiah Aderis, 54, yang menetap di Puncak Alam, Selangor berkata, jenama itu sudah sebati dengannya sejak hampir tiga dekad lalu kerana dia bukan sekadar pengumpul, malah sebagai punca rezeki selepas turut menjualnya sepanjang tempoh itu.
Terdahulu, Tupperware, pengeluar bekas plastik yang terkenal dilaporkan memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tupperware Brands Corp sedang berusaha menjual perniagaannya sambil meneruskan operasi seperti biasa dan syarikat itu memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS.
Syarikat yang berpangkalan di Orlando dan diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper pernah menjadi simbol kemakmuran selepas Perang Dunia Kedua, terkenal dengan mangkuk dan bekas dapurnya yang inovatif.
Bagaimanapun, Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya.
Kes penderaan terhadap kanak-kanak kini sering berlaku. Di manakah pedoman kita sebagai ibu bapa yang seharusnya melindungi dan menjaga mereka?
Terkini, seorang kanak-kanak perempuan maut didera oleh bapa tiri dengan menggunakan objek tumpul yang menyebabkan kecederaan yang teruk di beberapa bahagian badan mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa berusia 11 tahun itu didapati meninggal dunia ketika di dalam ambulans semasa perjalanan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.
Punca kematian mangsa dipercayai akibat daripada hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan perut mangsa yang menjadi punca ususnya pecah.
Ada juga kesan-kesan lebam lain seperti di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan.
Tambahnya lagi, suspek mengaku pernah memukul mangsa dengan baldi akibat kelakukan kanak-kanak itu yang sering membuat masalah ketika ketiadaan isterinya di rumah.
Susulan itu, suspek berjaya ditahan oleh pihak polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika di sekitar Hospital Serdang.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...