Sejukkan Tekak Dengan Homemade Stawberry Acai Lemonade, Rasa Macam Beli Di Kedai!

Share

Hujung minggu semestinya waktu untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ada sesetengah orang, rasa lebih berbaloi duduk santai di rumah habiskan masa bersama-sama. Jenis yang pantang rasa nak keluar je, pasti akan memilih untuk berkelah atau piknik dengan yang tersayang.

Bila sebut pasal piknik atau berkelah ni, paling best bila waktu tu kita hidangkan pelbagai makanan yang enak untuk dinikmati bersama. Waktu begini bestnya kalau dapat minuman yang refreshing atau orang melayu kata menyegarkan, kan? Jadi… Apa kata jom kita cuba resipi air ala Strawberry Acai Lemonade yang tengah viral kat Starbucks tu.

Siapa yang dah pernah cuba pasti tahu rasa dia macam mana, segar dan sejuk tekak bila minum.

Resipi Stawberry Acai Lemonade Ala-Ala Starbucks

Bahan-bahan:

Ais
Sparkling mineral water
Perahan lemon
Potongan lemon
Ribena strawberry

Cara-cara:

  1. Masukkan air sparkling.

2. Kemudian, tambah lemon yang sudah dihiris bersama jus lemon.

3. Terakhir sekali, masukkan Ribena Strawberry, kacau rata dan siap untuk dihidang!

Untuk video, boleh rujuk video di bawah

@shafinie_memasakAla2 strawberry acai lemonade 🍓🍋♬ Bunga-Bunga Cinta – Misha Omar

Kredit: TikTok @shafinie_memasak

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini