‘Sejuk Mata Memandang, Serba Hijau.’ Balkoni Kuarters Polis Jadi Ruang Laundry, Susun Atur Pun Praktikal.

Share

Kediaman yang bersih dan kemas pastinya menjadi penenang jiwa apabila pulang ke rumah.

Bukan sahaja ruang tamu kena kelihatan cantik tetapi setiap sudut rumah perlu kelihatan begitu.

Jika sudah biasa dengan persekitaran yang kemas dan bersih pasti setiap ruang akan di susun atur dengan sempurna.

Begitulah yang dipraktikan oleh puan Farah Fairul yang tinggal di sebuah kuarters polis. Sungguh memiliki ruang yang agak terhad, namun beliau kreatif menjadikan setiap ruang mempunyai fungsi yang sempurna.

Malah beliau telah susun atur ruang yang sempit menjadi ruang yang menarik. Menjadikan balkoni sebagai ruang membersih atau ruang laundry wanita ini telah hias dengan cantik sehingga kelihatan kemas dan sedap mata memandang.

Beliau juga berkongsi gambar sebelum dan selepas. Memang jauh berbeza!

Selanjutnya lihat perkongsian gambar beliau menerusi group Kelab Deko Sebelum & Selepas.

‘Deko mini laundry di yard balkoni  rumah kuarters polis’.

SELEPAS

Mesin basuh dan pengering diletakkan bersebelahan. Mudah untuk urusan kerja. Pelengkap hiasan, pokok dalam pasu diletakkan di atas mesin.

Penggunaan rumput tiruan warna hijau penyeri ruang utama menjadikan lebih kemas.

Ruang ini juga jadi tempat penyimpanan penyapu yang disusun kemas.

Bunga gantung sebagai penyeri ruang.

Rak serbaguna diletakan juga di ruangan ini.

 

Idea yang santai tapi praktikal, Selamat mencuba!

Sumber:Farah Fairul