Kediaman yang bersih, cantik dan kemas sudah tentu menjadi idaman semua. Kita tentu inginkan kediaman yang tenang untuk tinggal bersama keluarga.
Biasanya untuk susun atur rumah kita akan fokus kepada dekorasi dalaman rumah. Ia termasuk warna, susun atur perabot, kabinet. Begitu juga dengan ruang dapur yang disusun secara praktikal supaya urusan memasak mudah dan cepat.
Malah ada yang menghias kamar mengikut citarasa masing. Lebih hebat lagi, ada yang makeover bilik air menjadi kelihatan mewah walaupun rumah jenis aparment.
Nyata semua ini, kita inginkan rumah itu bagaikan ‘Rumahku Syurgaku’. Semua ruang dihias kemas agar sedap mata memandang. Terbaru yang menarik perhatian ramai pula adalah dekorasi ruang luar rumah.
Begitulah yang dipaparkan oleh pemilik facebook, puan Norsiah Talib menerusi group Kami Suka Deko Deko, yang menghasilkan idea yang sungguh superb! Beliau menjadikan ruang ‘outdoor rumahnya kelihatan serba kehijauan.
“Done deco sendiri outdoor rumah kami.”
Rumput sintetis
Daya kreatif ini menjadikan ruang ini kelihatan mewah dengan rumput sintetis atau artifical grass adalah jenis rumput buatan. Manakala dinding dipagari dedaun buatan. Nyata cantik dan look green dekorasi taman diluar rumah ini.
Susun atur kemas
Set kerusi serta buaian yang hias cantik menjadi pelengkap ruang ini kelihatan sempurna. Bahkan ruang santai sesuai sekali untuk minum petang atau berbual kosong di kala waktu luang.
Bunga penyeri dan lampu
Daya kreatif pemilik ini jelas dipaparkan apabila susun atur bunga serta batu kecil menjadikan ruang santai outdoor ini kelihatan lebih ‘sweet’. Bukan itu sahaja, lampu gantung menjadi ruang ini kelihatan lebih sempuran kala dipasang waktu malam.
Info tambahan: Soalan daripada warganet
1. Rumput kat dinding tu jual segulung2 semeter ke?
Jawapan: Daun tu jual sekeping-keping.
2. Rumput tu jika hujan air tak bertakung ke?
Jawapan: Setakat ni tak kena ujan pun lagi.
3. Batu beli kat mana?
Jawapan: Beli di kedai jual pokok bunga hidup sg buloh
4. Boleh tahu tak, rumput tu beli di kedai atau online?
Jawapan: Kaison
Apa yang pasti, menarik idea ini. Bagi yang masih belum ada idea untuk hias ruang luar rumah, boleh cuba idea kreatif ini. PKPB ini boleh lah cuba buat sesuatu yang fresh untuk kediaman kita nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Norsiah Talib