Jarang kita lihat pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi mengekalkan sifat romantis dalam hubungan rumah tangga. Walaupun sudah berkahwin tetapi sifat caring waktu bercinta tetap dipraktikkan.
Bagi orang biasa mungkin tidak ketara, namun apabila membabitkan selebriti, maka ramai yang mula memuji dan mendambakan pasangan sedemikian sebagai teman hidup.
Demikian dengan pasangan romantik dan juga hos terkenal, Aliff Satar dan isterinya Shadila Halid. Pasangan suami isteri ini ada memuat naik beberapa keping gambar sewaktu bercuti berdua di Kota Athens, Greece baru-baru ini di laman instagram masing-masing.
Rata-rata peminat memuji Aliff yang tetap mengutamakan isteri biarpun sibuk dengan urusan kerja.
muslia75 Anak dh 2 pon tetap utamakan wifenya…contoh suami dan ayah yg baik…lupa pulak dan anak yg baik.
afifahh.asri Sweetnyaa. Suka tengok alif dengan isteri ❤️
mansorrohzita semoga alifsatar n wife…sentiase dikurniakan kebahagian di dunia n akhirat…dimurahkan rezeki selalu….jaga wife baik2
nuralisya5133 You guys are so sweet every time!! ?? so sweet la alif to youu!!! ??
jiaazainal.shop Semoga kekal bahagia hingga ke jannah buat alif & isteri
jamaliah1956 Masya’allah. So sweet. Sejuk mata memandang. Membahagiakan isteri dgn penuh kasih sayang dan keikhlasan insya’allah akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah. Doa seorang isteri utk suami dgn penuh keredhaan insya’allah akan diperkenankan. Semoga bahagia hingga keJannah. Aminnn Ya Rabb. ???
etuza_greenhand Wow! Bahagianya..syukur nikmat melihat keindahan..
adilaieyrla Comey je 2 2..semoga rumahtgga stiasa dlm jagaanNya dan bbhgia selalu ya..
azunabuang Respek la u @alifsatar … Sentiase membahagiakn wife,,, insyallah Rezeki sentiase terbuke,, till jannah…
Sejak pandemik melanda dunia, ramai mempunyai kesedaran untuk menabung setelah ramai yang hilang pekerjaan. Ketika ini, duit kecemasan enam bulan atau tabungan amat berguna untuk ketika terdesak.
Selain menyimpan wang di bank, ada juga cara lain untuk displinkan diri menabung. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri.
Beliau menjelaskan ramai dikalangan masyarakar tidak memahami konsep asas simpanan. Sebaliknya hanya menyimpan apabila ada lebihan wang.
Nak tahu lanjut, ikuti 6 teknik menyimpan cara yang betul.
Simpan Dulu, Kini dan Selamanya : Teknik Menyimpan
Sejak kecil lagi kita biasa mendengar pepatah mengenai kepentingan menyimpan iaitu “Simpan sikit-skit, lama-lama menjadi bukit”. Sepatutnya aktiviti menyimpan ini telah menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian kita.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita sebenarnya tidak memahami konsep asas simpanan.
Bagi kebanyakan orang, mereka akan menyimpan apabila mempunyai lebihan wang. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mempunyai lebihan wang pada akhir bulan (sebelum terima gaji yang baru).
Menurut laman sesawang 20somethingfinance.com, empat negara yang mempunyai kadar simpanan peribadi (personal savings rate) yang tinggi pada tahun 2013 adalah Perancis (15%), Australia (11.1%), German (9.9%) dan Sepanyol (9.1%) dan sumber maklumat ini dipetik daripada Laporan Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). Laporan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati purata kadar simpanan isi rumah di Malaysian antara tahun 2006 sehingga 2013 adalah pada kadar 1.6%. Ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia kurang menyimpan, tidak mempunyai simpanan yang mencukupi dan ianya adalah sesuatu yang membimbangkan.
Berikut dibincangkan beberapa teknik yang boleh membantu anda dan keluarga untuk membuat simpanan untuk kegunaan masa hadapan dan kecemasan. Setiap teknik mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pilihlah teknik yang sesuai dengan kemampuan dan keselesaan kedudukan kewangan anda.
1.Teknik Pemotongan Automatik (Auto-deduction)
Teknik ini melibatkan arahan pemotongan automatik sebahagian daripada wang yang diterima (pendapatan) untuk tujuan simpanan. Dalam bahasa yang mudah ialah buat potongan atau tolakan sejurus selepas gaji diterima. Ini bermakna pada setiap tarikh gaji diterima sejumlah amaun akan dipotong untuk tujuan simpanan dan teknik ini juga dikenali sebagai teknik tanpa sedar. Teknik ini menyarankan anda untuk mempunyai dua akaun di mana akaun pertama untuk menerim gaji atau pendapatan manakala akaun kedua untuk tujuan simpanan. Sebagai contoh anda membuat potongan dalam amaun yang sama setiap bulan untuk simpanan di tabung haji atau akaun simpanan yang lain. Anda mempunyai pilihan sama ada pemindahan duit secara online atau arahan pemotongan automatik kepada bank. Ada sesetengah majikan menyediakan kemudahan potongan gaji untuk simpanan di akaun Tabung Haji dengan hanya mengisi borang buat pertama kali dan potongan akan dibuat terus daripada akaun gaji mereka ke akaun Tabung Haji.
2.Teknik Paksa Rela
Teknik ini biasanya digunakan oleh mereka yang sukar untuk menyimpan atau tidak berdisiplin dalam menyimpan. Melalui teknik ini, seseorang perlu membuat pinjaman atau pembiayaan peribadi dengan bank. Kebanyakan teknik ini digunakan oleh mereka yang membuat pinjaman atau pembiayaan ASB (Loan ASB). Setiap bulan seseorang terpaksa memperuntukkan sebahagian gaji yang diterima untuk dibayar kepada bank (biasanya amaun yang sama setiap bulan) bagi satu jangka masa tertentu. Bayaran yang dibuat ini sebenarnya ialah simpanan mereka. Jadi tiada alasan mereka tidak boleh menyimpan lagi.
3.Teknik Duit Syiling
Teknik ini sesuai untuk mereka yang tidak suka menggunakan duit syiling untuk membuat pembayaran. Alasan yang biasa diberikan ialah berat dan dompet mereka tidak mempunyai ruang untuk menyimpan syiling. Maka duit syiling berterabur di merata tempat baik di rumah atau pejabat. Teknik ini menyarankan anda untuk mengumpul dan mengasingkan duit syiling mengikut nilai iaitu 1 sen, lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Anda mempunyai pilihan sama ada mengumpulkan semua jenis duit syiling tersebut dalam satu tabung khas atau sediakan lima tabung berbeza mengikut jenis duit syiling dan tabung tersebut perlu dilabelkan. Setiap kali berbelanja dan ada lebihan, masukkan duit syiling tersebut ke dalam tabung.
4.Teknik Sampul Surat
Teknik ini juga dikenali sebagai teknik bajet di mana ianya menyarankan anda untuk membuat peruntukan perbelanjaan bulanan berdasarkan sampul surat. Pertama anda perlu ketahui berapa peruntukan yang akan diagihkan untuk setiap item perbelanjaan misalnya perbelanjaan untuk makan minum (RM400), bayaran utiliti (RM200), bayaran pinjaman (RM1,000), simpanan (RM300) dan perbelanjaan keperluan anak (RM400). Seterusnya pada setiap sampul surat itu anda perlu letakkan label item perbelanjaan tersebut. Sekiranya pada akhir bulan tersebut ada lebihan daripada mana-mana perbelanjaan, anda boleh salurkan lebihan tersebut kepada sampul surat “simpanan”. Agihan peruntukkan juga boleh dibuat mengikut warna sampul surat.
5.Teknik Duit Ganjil
Teknik ini menggalakkan seseorang untuk menyimpan wang kertas yang mempunyai nilai wang yang ganjil iaitu RM1.00 dan RM5.00. Setiap kali anda berbelanja dan mempunyai baki wang, pastikan wang kertas tersebut diasingkan dan dikumpulkan sama ada di dalam album atau sampul surat. Andai kata anda menyimpan RM1.00 sehari, dalam masa sebulan jumlah simpanan yang terkumpul adalah sebanyak RM30.0 dan setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM365.00. Sekiranya dalam masa seminggu anda dapat mengasingkan RM5.00, maka sebulan jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM20.00 dan setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM260.00.
6.Teknik Warna Duit (Wang Kertas)
Teknik ini menyarankan seseorang untuk membuat simpanan berdasarkan warna wang kertas. Anda boleh mengasingkan wang yang diterima atau membuat simpanan berdasarkan wang kertas iaitu warna biru (RM1), warna hijau (RM5), warna merah (RM10), warna oren (RM20), warna biru laut (RM50) dan warna ungu (RM100). Wang yang diterima bolehlah diasingkan mengikut warna tersebut dan sekiranya salah satu warna itu menjadi warna kegemaran anda maka ianya lebih mudah memotivasikan anda untuk menyimpan.
Berapa banyak wang yang boleh disimpan bukanlah menjadi ukuran dan juga bukan alasan untuk tidak menyimpan. Simpanan boleh dimulakan dalam jumlah yang kecil dan yang paling penting adalah disiplin dan konsisten dalam menyimpan. Selamat menyimpan dan menabung.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami situasi anak kecil menangis dengan kuat. Bukan itu sahaja, kelakuannya berubah, matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib?Pasti membuatkan anda cemas dan bingung apakah yang berlaku bukan?
Ini berlaku disebabkan oleh rumah anda mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Taufiq Razif berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Mungkin panduan yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi
– jadi taknak menyusu langsung
– muntah-muntah
– penafasan laju
– sawan
– perut kembung
– tak berak dan tak kencing
– cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
1. Menangis pada waktu senja
2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup
3. Anak normal dan takde sakit apa-apa
4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
11 tahun menanti untuk mendukung dan memeluk zuriat sendiri bukanlah tempoh yang sikit. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi. Itu belum termasuk kata-kata dan cercaan orang kononnya duit banyak tapi tidak berusaha.
Di sebaliknya, orang tidak tahu pelbagai kaedah dan rawatan yang Dato’ Sri Siti lakukan, namun tidak berjaya. Sebut sahaja baik tradisional seperti mengurut mahupun kaedah rawatan, segalanya dicuba namun kalau Dia kata belum masanya, usaha bagaimana sekalipun tidak berjaya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini turut mendedahkan dia pernah hampir berputus asa ketika berusaha untuk mendapatkan zuriat menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebelum ini.
Bagaimanapun, kesungguhan serta sikap tidak pernah putus asa yang ditunjukkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam usaha baginda mendapatkan zuriat menjadi penguat semangat buat dirinya.
“Saya pernah hampir berputus asa, tetapi saya teringat kembali bagaimana kesungguhan Raja Permaisuri Agong. Tuanku 17 kali melakukan rawatan ini, inikan pula saya lima kali (baru berjaya). Alhamdulillah. Tuanku, Terima kasih. Tuanku adalah inspirasi buat patik,” katanya.
Katanya lagi, baginda juga merupakan antara insan yang menjadi tempatnya berkongsi cerita sewaktu tempoh kehamilan.
“Selain keluarga, insan yang saya berkongsi cerita tak lain tak bukan, Raja Permaisuri Agong. Tuanku mengambil berat sewaktu patik mengandungkan Aafiyah. Tuanku sempat mencemar duli ke rumah patik untuk beri nasihat.
“Tuanku memang seorang yang sangat mengambil berat kepada rakyat dan khusus wanita yang ada masalah mendapatkan cahaya mata.
“Pengalaman paling manis selepas di scan dan baby dah ada degupan jantung. Lalu dibunyikan loceng menandakan saya hamil, Itu adalah kegembiraan dan kenangan yang takkan saya lupakan,” ujar Siti lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di hadapan Raja Permaisuri Agong pada Majlis Pelancaran Pembukaan Pusat Kesuburan Alpha IVF & Women Specialist, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Selain itu, Siti turut berterima kasih kepada Datuk Dr. Colin Lee, pengasas pusat berkenaan yang juga merupakan individu yang membantunya menjalani proses rawatan IVF.
Pada majlis itu, Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu Comel Pipi Merah yang turut ditemani permata hatinya Siti Aafiyah Khalid yang dirakamnya ketika kandungannya berusia tujuh bulan.
Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa pada 21 Ogos 2006. Selepas lebih sedekad, Siti disahkan hamil anak sulung pada Jun 2017 selepas beberapa kali menjalani rawatan kesuburan.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.