Tular video pelajar Tahfiz melakonkan watak penjual dan pembeli seperti satu trend di media sosial. Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih 3.2 juta tontonan dengan rata-rata terhibur melihat kecomelan juga gelagat pelajar tahfiz ini.
Perkongsian di TikTok @puteriscafe telah mencuri perhatian ramai, memaparkan momen pelajar-pelajar Tahfiz menjalankan urusan jual beli. Tutur kata mereka yang lembut dan sopan telah mengundang pelbagai komen positif, dengan ramai netizen memuji akhlak dan adab yang ditonjolkan.
Memetik laporan Harian Metro, Pemilik Gerai Puteri’s Cafe adalah seorang wanita dikenali sebagai Puteri, 28, yang memberitahu pelajar tahfiz dalam video adalah dari Madrasah Tahfiz Darul Zikri, Bandar Tasik Puteri. Mereka dikenali Fayyadh, 9, Faqeh, 12, Luqman, 13, dan Danish, 14.
Kata Puteri, mereka cuma ikut sama berlakon dalam video untuk suka-suka saja dan bukan kerana bekerja dengan saya atau ada maksud lain.
Bercerita lanjut, Puteri berkata, dia tenaga pengajar di madrasah itu dan pelajar berkenaan anak didiknya.
Ads
“Pelajar teruja dan tawar diri untuk buat ‘content’ (perkongsian) TikTok, jadi saya rakam kemudian muat naiknya.
“Tak sangka ramai teruja dan kata video itu lain daripada yang lain. Ada mesej cuba disampaikan dalam video berkenaan iaitu bersabar dalam apa jua keadaan,” Menurut Puteri, sejak video itu tular, gerainya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Alhamdulillah, ramai yang singgah ke gerai yang saya usahakan dengan suami (Abd Rahman Abas, 40) dan setakat ini, kami menjual shawarma selain minuman kopi serta matcha,” katanya.
Ads
“Kami berniaga di rumah selama dua tahun sebelum buka gerai pada September lalu. Perniagaan ini tiada kaitan dengan pelajar serta madrasah, cuma anak tahfiz selalu ke gerai untuk memeriahkan suasana,” katanya.
NETIZEN PUJI CARA BERCAKAP
Meninjau di ruangan komen rata-rata memberi pujian cara percakapan pelajar Tahfiz sehingga ada yang ingin datang ke gerai berkenaan berjumpa dengan pelajar-pelajar itu.
“Soft spoken bEtul adik tu.”
Ads
“Saya nak kemunculan adik ni lagi in the next video.”
“Ni lagi better sedap dengaq xjadi marah customer tu.”
“Yang soft selalunya yang menusuk.”
“Bila pelajat tahfiz bercakap. Allah lembut betul ye. Kemain sedap dgr dkt telinga.
“Ye akak sabar ni dek,sbb tu akak ulang video hang ni berpuluh2 kali.”
Ibu hamil 8 bulan hilang bersama anak 4 tahun lepas keluar beli makanan. Seorang ibu yang sarat mengandung lapan bulan bersama anak lelaki empat tahun dilapor hilang selepas tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Chendering, Kuantan, Pahang.
Ibu Hamil 8 Bulan Hilang Bersama Anak 4 Tahun Lepas Keluar Beli Makanan
Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dikatakan keluar rumah dengan memandu Perodua Axia berwarna biru gelap dengan membawa anak lelakinya, Aydan Noah Mohd Shahmi, bersama untuk membeli barang.
Kakak Nur Nadia, Adlin Mohd Zakaria, 36, berkata adik bongsu daripada enam beradik itu dikatakan ingin membeli makanan di sebuah pasar raya di Jalan Pintasan Kuantan pada jam 12 tengah hari.
“Kami menyedari kehilangannya selepas Nur Nadia dan anak lelakinya tidak pulang pada 5 petang dan ahli keluarga termasuk suami adik turut mencarinya.
“Bagaimanapun, adik dan anak saudara tidak ditemui termasuk kereta yang dipandunya. Kebetulan Nur Nadia tidak membawa telefon bimbit.
“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 8 malam tadi,” katanya.
Sehubungan itu, Adlin meminta kerjasama orang ramai yang melihat dua beranak itu termasuk kereta mereka supaya menghubungi 017-9808542.
“Kami bimbang kerana adik sedang sarat mengandung lapan bulan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan kehilangan dua beranak itu.
Kasih ayah yang tiada sempadan! Video yang buat ramai tersentuh hati apabila seorang ayah sedang memujuk anaknya merajuk.
Bukan selalu kita jumpa ayah yang jenis suka ‘layan’ kerenah anak, terutama sekali bila anak dah besar dan mula bersekolah. Selalunya, ayah lebih dikenali dengan sikap tegas yang buat anak-anak jadi takut walaupun tak ada apa-apa yang berlaku.
Baru-baru ni, satu video yang memaparkan gelagat anaknya merajuk berjaya mencuri perhatian netizen, dengan lebih 575K tontonan dalam sehari selepas dimuat naik di TikTok @zainehashim82 telah raih perhatian ramai.
Video tersebut menunjukkan seorang anak merajuk kerana ayahnya lewat menjemputnya dari sekolah. Ayah pun segera meminta maaf dan menjelaskan kelewatannya sebab motor habis minyak.
Walaupun merajuk, anak itu tetap berjalan kaki, dan si ayah cuba mengusik dengan menyakatnya sewaktu mereka lalu di tepi kawasan perkuburan. Anak itu, meskipun merajuk, tidak pula bertindak kasar bila si ayah ajak naik motor untuk balik.
Selepas beberapa kali dipujuk, akhirnya si anak setuju naik motor, terutamanya bila si ayah janji nak singgah ke kedai.
Meninjau ruangan komen pula penuh dengan pujian terhadap si ayah yang pandai memujuk dengan cara lembut dan memberikan penjelasan agar anak lebih memahami. Ada juga yang cemburu, kata mereka, beruntung si anak ni dapat ayah yang penyayang, tak macam sesetengah ayah yang garang sampai anak takut nak dekat.
“Untung ko dek dpt ayah Camni.. klu ayah akk,,tiada gurau senda utk dijadikan kenangan sbb ayah akk terlampau garang.. bila ayah blk Keja.. kitorg dgr je bunyi motor trs brdesup kami lari masuk bilik.”
Anggur ‘Shine Muscat’ ada sisa Kimia bahaya? Tentunya penggemar anggur jenis mengakui manis luar biasa, tidak sama seperti anggur jenis lain.
Bagaimanpun ada dakwaansejak beberapa tahun kebelakangan ini rupa-rupanya boleh mengakibatkan keracunan makanan. Malah ada juga yang mengadu masalah kesihatan yang sama seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk dan asma selepas menikmati anggur tersebut.
Meskipun sudah membersihkannya berulang kali, kesan masih terasa bahkan ada yang mengambil masa berminggu-minggu untuk pulih seperti sediakala.
Lantaran itu, menurut laporan Berita Harian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat dan membuat pemeriksaan anggur import jenis ‘Shine Muscat’ yang dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya sebagaimana dakwaan agensi Thailand.
Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk MARDI untuk membuat pengesahan.
Sekiranya benar anggur berkenaan mempunyai kandungan sebagaimana yang didakwa, pihaknya akan membuat pengumuman dan tindakan susulan akan diambil.
“Bagaimanapun setakat ini kita tidak menerima aduan berhubung perkara ini. Pengesahan isu ini akan dibuat.
“Kita amat teliti berhubung perkara ini kerana ia membabitkan soal kesihatan dan pemantauan berterusan akan dilakukan. Jika dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya, kita akan ambil tindakan susulan,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Kumpulan Pengguna Air (KPA) IADA Kemasin Semerak, hari ini.
erdahulu. Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.
Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.
Anggur Muscat adalah anggur varieti Eropah yang berukuran besar, berbiji emas kehijauan, dengan rasa manis dan aroma yang lembut.
Selain terus dimakan, anggur Muscat biasanya diolah untuk menghasilkan wain atau dijadikan kismis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila anak bertanyakan tentang seksualiti seperti bercium dan sebagainya, mak ayah jangan matikan begitu sahaja ayat anak. Sebaliknya usahakan untuk menjawab dengan baik dan berilmu.