“Sejak Umur 3 Tahun Lagi” Shikin Maembong Dedah Didik Anak Berniaga

Share

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang, ramai orang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan hidup.

Berniaga juga adalah salah satu pekerjaan yang paling diminati oleh segelintir masyarakat kerana ia boleh mendatangkan untung yang lumayan.

Sama seperti kakak kepada pelakon Ema Maembong, iaitu Shikin Maembong turut mengambil kesempatan untuk mendedahkan anaknya dalam dunia perniagaan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagramnya, dia berkongsi tentang anaknya Putri Arianna Natasya yang sering menemaninya ketika berniaga.

“Anak saya dibesarkan dengan suasana peniaga.. dari baby lagi saya bawa wat keje.. time tu wat networking, saya tabletalk sambil riba anak, then start dari umur 3tahun,

“Saya bawa meniaga di moodrepublik, anak saya tolong jual lipstick dan baju raya dalam bahasa pelat baby dia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shikin juga menjelaskan bahawa anak perempuannya sangat matang dan memahami keadaan ibunya.

“Sebab tu Sekarang, dia da biasa tido dalam panas, keadaan comot dan serba tak selesa.. im proud of her, dia sgt matang even baru nk masuk 8tahun.. dan tak malu untuk borak dengan customer.

“Sekarang siap tolong mama meniaga dan faham keadaan mama.. banyak kali saya terpaksa janji untuk bawa pegi somewhere, just to make her happy.. tapi dia tak pernah mengeluh pun,” tambahnya.

Sementara itu, Shikin turut sempat berkongsi ucapan kepada anak tersayangnya kerana sudah melalui susah dan senang bersama.

“Doakan saya one day dapat tepati semua janji saya kat anak saya. Terima kasih sayang always be with me.. mama love u so much!,” katanya.

Kini, Shikin Maembong juga giat menjual popia pisang yang dihasilkannya sendiri dan mempunyai gerai yang dinamakan Cekopis.

Sumber: Instagram Shikin Maembong