Umumnya setiap kali mengandung bukan saja seorang ibu merasa tidak sabar mengira detik untuk dapat bertemu anak yang dikandung lahir ke dunia. Sama sahaja perasaannya bagi seorang ayah, mahu melihat zuriatnya di depan mata dan menjadikan waktu itu cukup bermakna dalam hidup.
Namun hidup ini penuh dengan perkara yang di luar jangkaan dan begitulah yang dilalui oleh seorang suami ini bila mana isterinya yang sebelum ini tidak pernah menghidap penyakit atau alahan semasa mengandung anak ketiga, tiba-tiba ‘pergi’ begitu sahaja akibat Covid-19.
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Tiada Hidap Penyakit Atau Alahan
Katanya, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terkilan Tiada Di Sisi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
Sumber : myMetro
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE CERIAKAN HATI DENGAN BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club