Sejak 2013, Afif Terus Melawan Kanser. Ni Dikongsikan Kisahnya, Jadikan Inspirasi!

Share

Kanser adalah penyakit yang tidak mengenal usia, sesiapa pun berisiko menghidapnya. Begitulah apa yang diterjadi ke atas adik Muhamad Afif Zulfiqar Bin Mohammad, 18 tahun ini. Dia disahkan mengidap penyakit kanser Leukimia pada tahun Februari 2013 dan sejak itu terus mendapatkan rawatan demi rawatan.

Untuk mengetahui kisahnya lebih lanjut, ini dikongsikan untuk inspirasi buat semua.


HASIL NURKILAN DARI HATI ANAK KANSER KIDS

Afif menulis dari hati, apa yang Afif telah jalani dan alami. Kami kongsikan untuk bacaan anda semua. Kami share story ini yang ditulis oleh Afif di FB beliau pada 2 April 2018. Alhamdulillah sekarang Afif berada di Tingkatan 6, SMK Astana, Kuantan, Pahang.

Ini adalah kisah kehidupan yang benar-benar berlaku kepada saya Muhamad Afif Zulfiqar Bin Mohammad berumur 18 tahun dari Kuantan,Pahang.

Saya ialah bekas seorang pelajar di SMK Astana di Kuantan pada tahun lepas dan juga telah menduduki peperiksaan SPM. Saya disahkan menghidapi penyakit kanser Leukimia pada tahun Februari 2013 dan tidak bersekolah selama 3 tahun kerana menjalani rawatan di Institut Pediatrik HKL.

Semasa di HKL , saya ditempatkan di wad KK3 . Wad untuk pesakit kanak kanak. Selepas itu, Doktor telah membuat CVL(Central Venous Line) untuk menjalani rawatan chemoteraphy. Selepas selesai membuat CVL , maka bermula rawatan saya seperti chemoteraphy dan sebagainya.

Hampir 6-7 bulan saya menjalani rawatan dan ada satu hari tu, Doktor mengatakan yang saya tidak boleh menjalani rawatan seperti yang dirancang pada awal dahulu , lalu doktor membuat perancangan yang baru supaya saya menjalani rawatan Bone Marrow Transplant

Hampir 2 bulan saya tidak boleh kemana-mana dan hanya duduk di dalam wad sahaja. Ini kerana badan saya tidak mempunyai antibodi. Pada 3 September 2013, saya telah membuat transplant. Saya mendapat unrealeted donor dari Malaysian Stem Cell Registery(MSCR) kerana tiada satu pun dari adik beradik saya yang sama 100% dengan kumpulan darah saya.

Saya bersyukur dan jutaan terima kasih kepada penderma yang saya tidak ketahui sampai sekarang. Banyak juga pengalaman yang saya telah lalui semasa saya menjalani rawatan dan pengalaman ini juga telah mengajar saya erti kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Begitu juga pengalaman, kita tidak boleh mencipta pengalaman. Kita mesti menghadapinya. Hidup ini memang ibarat roda. Putarannya membawa kita ke atas dan ke bawah. Andai di atas, tidak semestinya selamanya di atas. Andai di bawah, kita tidak semestinya sengsara.

Kadangkala, manusia jarang menghargainya. Namun apabila musibah melanda, manusia akan lebih menghargai kehidupan. Begitu juga pengorbanan. Kadangkala kita rasakan pengorbanan kita ini bagai tidak dipedulikan.

Namun sekali kita diuji, barulah kita tahu betapa eratnya setiakawan, betapa diri ini dikenang dan dihargai. Ayah dan ibu saya adalah pembakar semangat saya untuk terus melawan kanser , begitu juga kakak dan abang saya. Jadi, kanser ibarat musuh utama saya.

Kanser adalah perkara yang paling saya tidak mahu ingati atau fikirkan. Ia bagai mimpi ngeri buat diri ini. Namun, mimpi ngeri saya selama ini bertukar menjadi realiti. Kisah kanser saya bermula pada Januari 2013, suatu tarikh yang tidak akan saya lupakan dalam hidup ini. Saya harap pesakit-pesakit kanser di luar sana mendapat iktibar dari kisah pengalaman ini.

Kami warga KIDS, mendoakan agar anakanda terus sihat dan kuat serta bebas dari kanser selama-lamanya. Aamiin, In shaa ALLAH..

sumber : Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan anak-anak Kanser-KIDS