Susu antara minuman yang kaya dengan sumber nutrisi dan hakikatnya sangat penting untuk kita seisi keluarga. Jangan anggap hanya anak-anak sahaja yang perlu kerap minum susu untuk kekal sihat.
Bahkan doktor ini turut menyarankan ada waktu-waktu tertentu sangat sesuai untuk diamalkan minum susu bagi memberi manfaat sepenuhnya pada tubuh.
Nak tahu bilakah masanya itu, jom baca perkongsian penuh daripasa Dr Zubaidi ini.
WAKTU SESUAI MINUM SUSU
Betul ke minum susu ada masa tertentu? Jika tidak, nanti mengganggu fungsi penghadaman?
Minum susu setiap hari dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, terutama kalsium dan protein. Namun pilihlah masa yang sesuai mengikut keperluan kita.
1. Untuk mendapat keperluan nutrisi, boleh minum susu pada waktu siang (bersarapan atau makan tengahari) kerana pencernaan susu berlaku dengan lebih sempurna pada waktu siang.
2. Jika kita seorang atlet atau melakukan tugas fizikal yang berat, elok minum susu sewaktu bersarapan kerana susu membekalkan tenaga dan protein yang banyak.
3. Jika mudah berasa lapar, lemak dalam susu dapat mengurangkan rasa lapar. Makan tengahari bersama sandwich yang ada banyak sayur. Hadkan pengambilan roti hanya sekeping untuk sandwich. Pastikan ada sumber protein dari telur.
4. Minum susu juga membantu sesetengah orang untuk mudah tidur. Minum susu hangat bersama minyak zaitun atau serbuk almond atau kayu manis, dapat membantu tubuh dan otak menjadi relaks. Ia memudahkan kita untuk tidur.
5. Bila kita dalam stress, jangan minum kopi yang mengandungi banyak caffine. Minum susu dapat mengurangkan stress kerana susu juga mengandungi asid amino tryptophan yang penting dalam penghasilan serotonin yang membantu kita tenang.
6. Siapa kata kita tak boleh ambil susu ketika berdiet? Pastikan tidak minum susu pada waktu malam. Ambil segelas susu 150-250ml setiap hari bagi membantu mengurangkan rasa lapar. Yang bahaya adalah karbohidrat berproses seperti gula, kek, nasi putih dan banyak lagi. itu yang harus dikurangkan atau dihentikan.
Saya memilih susu farm fresh untuk saya dan keluarga.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ayuh sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan mendaftar di http://www.wasap.my/60169647520