Tular di media sosial premis gedung pasaraya besar Mydin “dirompak” oleh mangsa banjir susulan kekurangan bekalan makanan dan sebagainya dan kekangan mendapatkan bantuan asas.
Ekoran daripada Itu, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ameer menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.
“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan rasa simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutama ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!