
Melayan selera di cafe berjenama dengan menu yang lazat pasti perlu berbelanja besar.
Apatah lagi, anak-anak turut mahu merasa air minuman istimewa. Jadi apa kata pelajari minuman Nutella Caffe Mochaccino Homemade ini.
Bahan-Bahan:
2 sudu Milo
1 paket Nescafe Latte
1 paket Oldtown White Coffee Mocha
2 sudu Nutella
1/4 cawan susu penuh krim
Whipped cream dan chocolate syrup (optional)
Cara Membuat:
1.Masukkan sepaket Nescafe, sepaket Oldtown Mocha dan dua sudu Milo dalam gelas.
2. Masukkan pula Nutella dan larutkan dengan sedikit air panas.
3. Masukkan susu penuh krim dan kacau.
4. Letakkan ais.
5. Topping dengan whipped cream dan choc syrup kalau nak tambah kick!
Kredit: Ama Azmi
Jururawat Berputih Mata Wang Simpanan RM94,000 Lesap. Rupanya Ini Yang Berlaku, Take Note Semua!

Siapa sangka hanya satu panggilan seorang jururawat didakwa telah diperdaya dengan sindiket Macau Scam sehingga wang simpanannya berjumlah RM94,000 lesap.
Wanita berusia 31 tahun hanya menyedari ditipu selepas salah satu akaun miliknya sudah dipindahkan kepada beberapa akaun tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000.
Memetik daripada harian metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita itu membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mendakwa ditipu sindiket menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih yang mendakwa daripada LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 berkaitan syarikat didaftarkan atas namanya.
“Mangsa menafikan perkara ini dan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian.”
Menurutnya lagi, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner dan diminta untuk memuat turun pautan aplikasi MyBNM serta memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.
Aplikasi berkenaan didakwa bertujuan keselamatan supaya wang di dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai itu.
Apa yang membimbangkan hampir setiap hari ada sahaja mangsa yang ditipu dengan scammer yang licik memerangkap mangsa.
Untuk mengelak kejadian sama berlaku, beliau menasihati agar orang ramai tidak mudah terpedaya penyamaran sebagai badan penguat kuasa atau institusi kewangan.
Juga tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bila Anak Tercekik & Tersedak, Ibu Jangan Cemas, Sila Lakukan 4 Langkah Ini Ya

Usah pandang ringan jika anak anda tersedak setiap kali minum susu atau menjamah makanan kegemarannya. Jangan kata bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga berisiko mengalami masalah ini.
Banyak kematian melibatkan bayi tersedak susu dicatatkan di negara kita. Hal ini membuktikan masalah anak tersedak dan tercekik makanan adalah masalah yang tidak boleh dipandang ringan.
Apa yang perlu anda lakukan jika anak kecil anda tercekik dan tersedak serius yang serius?
#Langkah 1 – Halakan Kepala Ke Bawah
Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, sebaiknya anda menepuk di belakang badan menggunakan tapak tangan sehingga lima kali sehingga bayi anda mengeluarkan sendawa.
Dengan menggunakan lengan dan paha anda, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah dan tepuklah sebanyak lima kali.
#Langkah 2 – Elak Keluarkan Objek
Jika anak-anda tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada. Ketika ini jangan cuba mengeluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencuba untuk anak kecil anda batuk dengan sendirinya sehingga dia benar-benar pulih. Biarkan dia bernafas seperti biasa.
#Langkah 3 – Menekan Perut
Jika kanak-kanak itu masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mukanya sudah mula menjadi biru, apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan teknik menekan perut. Namun anda harus melakukan teknik yang tepat.
Sebagai ibu, tidak salah jika anda mempelajari teknik ini supaya mampu menyelamatkan anak kecil anda.
#Langkah 4 -Minta Bantuan Kecemasan
Namun jika anak anda sudah tidak boleh bernafas, ada baiknya anda segera meminta bantuan kecemasan.
Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan seperti nombor hospital terdekat atau ahli keluarga dan jiran yang dirasakan mampu membantu anda. Sementara menunggu bantuan kecemasan tiba, kaedah paling tepat adalah melakukan kaedah CPR kepada anak kecil anda.
Kanak-kanak?
Bagi kanak-kanak pula, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memeluk anak dari belakang dan letakkan tangan di bawah dadanya atau di atas perut.
Kemudian tarik atau ‘sentak’ sedikit kuat supaya makanan yang tersangkut terkeluar dengan sendirinya. Lakukan beberapa kali supaya keadaan anak kembali pulih. Buat dengan yakin.
Mudahnya Buat Telur Masin Sendiri, Boleh Guna Telur Ayam Saja

Setiap kali menjelang bulan ramadan, pasti lauk ini menjadi salah satu ‘wajib’ ada di atas meja bersama hidangan lain. Namun, kini telur masin sudah menjadi menu biasa. Baik dihidangkan bersama Nasi putih ataupun dijadikan bahan tambahan dalam masakan lain
Mungkin cara penyediaannya yang ringkas serta boleh dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan membuatkan telur masin menjadi pilihan ramai. Terasa keenakkannya bila disalut pada Ketam Masak sambal ataupun Nasi Goreng.
Jika anda gemarkannya, apa kata anda buat sendiri telur masin. Jika tiada telur itik, boleh saja kalau menggunakan telur ayam.
BAHAN-BAHAN:
13 biji telur ayam | dibersihkan
1 cawan garam kasar
2 ½ cawan air
CARA MEMBUAT:
Masukkan air dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga larut.
Padamkan api dan biar air garam betul-betul sejuk.
Masukkan telur yang telah dibersihkan ke dalam baling dan masukkan air garam yang telah disejukkan tadi.
Tutup baling dan simpan selama 2 minggu sebelum dicuba.
Sumber: Rasa.my