Biasanya hal memasak ni, kaum isterilah yang akan jadi ‘lead’ di dapur. Suami akan jadi ‘follower’ aje, masak bila perlu.
Malah ada juga suami yang jenis suka bila isterinya yang memasak hidangan keluarga. Bak kata perpatah, ‘air tangan’ isteri pengikat kasih. Namun, kadang kala, dalam rumahtangga ni suami isteri perlu give and take. Suam isteri kena saling tolong menolong agar rumah tangga kekal harmoni.
Begitu juga dengan kisah sebuah rumahtangga ini. Ada manis di situ apabila suami menerusi perkongsiannya memberitahu bahawa isterinya tidak mahu masuk ke dapur untuk memasak. Tidak mahu menyalah isterinya, beliau cuba memasak sendiri hidangan. Hasilnya memang power.
Meninjua di ruangan komen, ramai warganet memuji kerajinannya dan sikapnya yang memahami dan menghargai isteri tersayang.
Apa yang pasti, dalam rumahtangga ni, kadang kala, isteri berbuat demikian untuk menarik perhatian suami.
SEHARI DUA NI nampak wife ‘buat-buat bodoh’ ..Tak bergerak ke ruang dapur, tak masak masakan kegemaran.. Kali terakhir aku menjeling.. Wife cuma siapkan secawan kopi untuk dirinya.. “..Whatt.. Kerasukkan apakah ini?!.. Mesti Doc Malar yang ajar diaa ni.. Hmmm..”
“Sayanggg..” Fuhhh.. Terangkat kening wife layan ‘Sup Ikan Merah Lockdown’ aku 🤪 Padan muka! Demo x kenal baree.. Ingatan aku kepada suami dan lelaki di luar sana.. Jangan cepat mengalah.. Kita perlu kekalkan skill & kecerdikkan kita.. 💪 Beras Kita beli..
Sumber: Syahiran Shafiai
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club