Biasanya hal memasak ni, kaum isterilah yang akan jadi ‘lead’ di dapur. Suami akan jadi ‘follower’ aje, masak bila perlu.
Malah ada juga suami yang jenis suka bila isterinya yang memasak hidangan keluarga. Bak kata perpatah, ‘air tangan’ isteri pengikat kasih. Namun, kadang kala, dalam rumahtangga ni suami isteri perlu give and take. Suam isteri kena saling tolong menolong agar rumah tangga kekal harmoni.
Begitu juga dengan kisah sebuah rumahtangga ini. Ada manis di situ apabila suami menerusi perkongsiannya memberitahu bahawa isterinya tidak mahu masuk ke dapur untuk memasak. Tidak mahu menyalah isterinya, beliau cuba memasak sendiri hidangan. Hasilnya memang power.
Meninjua di ruangan komen, ramai warganet memuji kerajinannya dan sikapnya yang memahami dan menghargai isteri tersayang.
Apa yang pasti, dalam rumahtangga ni, kadang kala, isteri berbuat demikian untuk menarik perhatian suami.
Ads
SEHARI DUA NI nampak wife ‘buat-buat bodoh’ ..Tak bergerak ke ruang dapur, tak masak masakan kegemaran.. Kali terakhir aku menjeling.. Wife cuma siapkan secawan kopi untuk dirinya.. “..Whatt.. Kerasukkan apakah ini?!.. Mesti Doc Malar yang ajar diaa ni.. Hmmm..” Aku mula pelik.. Aku dah mula syak sesuatu.. Aku beranikan diri melangkah ke dapur.. Aku buka peti ais 4 pintu.. “..Mak aii..” Hanya ada ikan merah dalam frezzer.. Apa yang sedang berlaku sebenarnyaa?! “..Musim² Lockdown ni boleh pulak koo ‘seketul’ kat situ.. Koo dah kenapa?..” Aku gagahkan kudrat, aku perlu tunjuk skill kejantanan aku.. 50 juri sedang memerhatikan aku.. Aku mula bayangkan Chef Sherson sebab aku tahu itu sahaja idola aku saat ini.. Bersilatlah aku ke hulu ke hilir cak pong cak pong.. Akhirnya terhasil ‘Sup Ikan Merah Lockdown’..
Ads
“Sayanggg..” Fuhhh.. Terangkat kening wife layan ‘Sup Ikan Merah Lockdown’ aku 🤪 Padan muka! Demo x kenal baree.. Ingatan aku kepada suami dan lelaki di luar sana.. Jangan cepat mengalah.. Kita perlu kekalkan skill & kecerdikkan kita.. 💪 Beras Kita beli..
Setiap kali isteri bersalin, suami biasanya akan menghantar isteri ke rumah mak atau mak mentua untuk dijaga. Tanpa sedar, para suami kadang-kadang ambil ringan soal tanggungjawab dalam menjaga isteri dalam pantang.
Kononnya bila di kampung, isteri dan bayi lebih terjaga berbanding tinggal di rumah sendiri. Pesanan untuk suami yang ada isteri dalam pantang, jangan biarkan isteri dijaga mak atau mak mentua kerana tanggungjawab itu adalah di bawah tugas anda!
Ada segelintir suami yang beri alasan mengatakan tidak tahu menjaga isteri dalam pantang. Tugas itu akhirnya diserahkan pada mak atau mak mentua. Kalau mak mentua atau mak sendiri masih sihat, mungkinlah boleh tolong. Bagaimana kalau kedua-duanya sudah uzur kemudian suami pula tak ambil peduli, tentunya ia mengganggu emosi isteri. Silap haribulan boleh meroyan satu badan!
Jangan Serah Tugas Kepada Mak/Mak Mentua
LIMA TIP DAN PESANAN UNTUK SUAMI SEMASA JAGA ISTERI DALAM PANTANG:
1. Sediakan makanan berpantang isteri
Walaupun dia tidak pandai masak, namun suami perlu ambil tahu semua jenis sayur dan ikan supaya dapat mengelak isteri makan benda yang boleh menyebabkan angin dan sejuk.
Antara sayur yang mudah disediakan seperti sawi dan lobak putih yang boleh lancarkan susu badan. Manakala ikan pula boleh pilih ikan salmon atau ikan selar.
Masakan dalam pantang mestilah yang banyak halia dan bawang putih supaya badan terasa panas sedikit. Bagi tambah tenaga dan susu badan pula, anda boleh berikan isteri makan kurma cina atau longan kering.
2. Belajar mandikan anak dan siapkan segala keperluan isteri
Ini part paling penting suami kena belajar, iaitu cara mandikan baby sebab badan si kecil itu masih lembut dan sensitif. Maka ada perlu mandikannya dengan air suam. Bagi isteri pula, dia mesti mengenakan pakaian longgar dan selesa. Kemudian kemaskan rambut isteri dan letak pilis atas dahi.
Bagi anak lelaki pula, anda kena pandai tuam zakar mereka supaya tak kena angin pasang. Manakala isteri pula kena selalu bertungku.
3. Tanam uri anak
Suami kena tahu cara cuci dan bersihkan uri anak. Setelah itu tanam di tempat yang sesuai supaya tiada haiwan datang korek.
4. Jaga anak tengah malam
Pesanan untuk suami juga, tolong jaga anak masa tengah malam dan jangan biarkan isteri seorang saja bangun malam. Ini kerana, isteri sudah habis tenaga melahirkan zuriat kalian, maka ini masanya untuk anda pula menjaga si kecil itu.
Ada tiga perkara yang menyebabkan bayi terjaga di waktu malam iaitu lapar nak susu, lampin basah atau kembung perut.
Sebab itu penting untuk anda tambah ilmu tentang cara bancuh susu, tukar lampin, cara bersihkan punggung bayi dan perlu tahu jika bayi mengalami kembung perut. Pendek kata, semua ilmu ini anda perlu tahu.
Suami tentulah ada tugas kerja yang perlu dipenuhi, jadi susun jadual kerja anda sebaiknya supaya tidak mengganggu tanggungjawab baru ini. Sebelum keluar ke tempat kerja, pastikan isteri dan anak sudah mandi.
Sediakan makanan isteri siap-siap. Siapkan juga segala keperluan bayi seperti cuci botol susu, siapkan lampin, sediakan pakaian bayi dan sebagainya..
Paling penting, semasa ketiadaan anda, pastikan ada orang yang teman isteri dan jangan biarkan dia keseorangan. Minta jiran, anak sudara atau sesiapa saja yang free untuk teman isteri di rumah.
Lumrah manusia takkan terlepas dari banding membanding. Betul tak?
Termasuklah dalam keluarga sendiri, dah jadi kebiasaan ibu bapa membandingkan anak dengan kanak-kanak lain, bukan? Tapi tanpa sedar, perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak.
Sesetengah ibu bapa mungkin berasakan perbandingan yang dilakukan itu mungkin akan meningkatkan lagi keinginan anak untuk berjaya.
Hakikatnya, membandingkan anak dengan individu lain bukanlah cara terbaik membantu mereka memperoleh kejayaan. Sebaliknya, ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif terutamanya melibatkan keyakinan diri dan emosi anak.
Berikut adalah 3 perkara yang perlu ibu bapa fahami:
#1 Anak miliki keunikan tersendiri
Setiap individu dilahirkan berbeza, kan? Waima, anak kembar sekalipun mempunyai keperibadian yang tersendiri.
Begitu jugalah anak anda. Mereka mempunyai keunikan dan cara pemikiran yang tersendiri.
Benarkan mereka untuk berfikir secara kritis dan membuat keputusan sendiri, tetapi dalam masa yang sama bimbing mereka untuk berada pada landasan yang betul.
#2 Anak bukan objek
Anak tidak sepatutnya dianggap sebagai objek mahupun aksesori untuk mempamerkan rasa bangga dalam lingkaran sosial ibu bapa.
Dengan membuat perbandingan, anda telah menetapkan sasaran yang tidak realistik tanpa melihat tahap kemampuan si kecil.
Ini juga dianggap cara ibu bapa mengeksploitasi anak untuk kepuasan anda sendiri sekali gus menyebabkan kekecewaan pada emosi anak dan merosakkan kehidupan mereka.
#3 Pendidikan adalah hak anak
Sekiranya anda mampu menempatkan anak di sekolah yang baik dan mahal, ia bukan sebagai bantuan yang perlu dibalas oleh anak.
Sebaliknya, pendidikan merupakan hak anak dan ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyekolahkan anak.
Tujuan utama pendidikan diberikan adalah untuk anak menjadi individu bertanggungjawab dan berdikari.
Kesan negatif perbandingan kepada emosi anak
Adakalanya, tanpa sedar anda telah membandingkan anak dengan kanak-kanak lain dan menganggap ia bukanlah 1 isu besar.
Walaupun anak mungkin tampak seperti tidak kisah dengan perbandingan yang dibuat tetapi kesannya mungkin tidak dapat dilihat daripada pandangan mata kasar manusia.
Sebaliknya ia mengakibatkan kesan negatif melibatkan mental dan emosi anak, seperti:
1. Wujudkan persaingan adik-beradik
Jika anda sebagai ibu bapa membandingkan anak dengan adik-beradiknya, ia mungkin menyebabkan persaingan tidak sihat.
Lebih membimbangkan sekiranya wujud rasa dendam dan sikap agresif antara mereka.
2. Mula menjauhkan diri
Apabila anak sering dibandingkan dengan kanak-kanak lain, kaum keluarga mahupun adik-beradiknya sendiri pastinya mereka akan berasa tergugat.
Lama-kelamaan anak akan mula menjauhkan diri daripada anda dan ahli keluarganya. Ia menyebabkan wujudnya masalah tingkah laku atau menjejaskan perkembangan mereka apabila dewasa nanti.
3. Menyekat bakat
Sekiranya anak mula merasakan diri tidak dihargai apabila sering dibandingkan dengan individu lain, ia boleh mengakibatkan bakat anak tidak dapat berkembang dengan sebaiknya.
Akhirnya, ia hilang begitu saja.
4. Cenderung wujudkan rasa tidak peduli
Apabila mereka mula menyedari bahawa ada individu lain lebih dihargai orang tuanya, sudah tentu boleh menjejaskan emosi anak.
Pada akhirnya, anak mungkin berasa tidak diendahkan dan tidak akan berusaha untuk membanggakan anda.
5. Elak interaksi sosial
Anda mungkin menganggap perbandingan yang dilakukan sebagai kata-kata pembakar semangat. Sebaliknya bagi si anak, ia seperti ejekan dan sindiran yang sering diulang-ulang.
Apabila sering berdepan situasi itu, anak akan mengelakkan interaksi sosial dengan individu di sekeliling.
6. Mengurangkan keyakinan diri
Jika sebelum ini, mereka adalah anak yang periang dan berani mencuba apa sahaja, tetapi sikap tersebut mungkin akan hilang kerana telah wujud kepercayaan bahawa mereka tidak dapat melakukan apa pun dengan baik.
7. Memusnahkan harga diri
Tumbesaran anak dari sudut mental dan emosi mungkin terjejas apabila si anak mula mempercayai tidak mampu memberikan prestasi yang baik.
Lebih malang lagi apabila terpahat dalam minda mereka bahawa walau apa pun yang dilakukan, ia tetap tidak akan mampu mencapai jangkaan ibu bapanya.
Kadang kita tidak perasan kata-kata kita tanpa sedar memberi kesan pada anak yang masih kecil. Perkataan negatif seperti bodoh, lembap, lemah dan sebagainya sebaiknya dielakkan.
Ia membawa kesan negatif pada anak dan jika tidak dikawal sebaiknya, anak boleh terngiang-ngiang hingga dia membesar. Bahaya.
Perkongsian dari Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini mak ayah kena fahami.
Dengan anak, walau macam mana pun jangan sesekali panggil,
– bodoh – lembab – lemah – lembik – tak pandai
Dan yang seumpamanya.
Orang lain panggil tak apa, tapi ibu ayah tak boleh. Jangan sesekali. Kita ni “Significant Person” pada setiap anak-anak.
Sangat berpengaruh. Sangat kuat ikatan. Sangat dipercayai. Sangat dihormati. Sangat penting pada anak.
Setiap perkataan kita akan memberi kesan yang mendalam. Jika baik yang kita sebut, maka beri kebaikan la pada anak.
Jika buruk yang kita sebut, maka beri keburukan la pada anak.
Sekali dah terlepas perkataan perkataan begini, percayalah sampai ke cucu cicit perkataan ini terngiang-ngiang di kepada anak. Aduhai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...