Segera Minum Ni, Bila Kolesterol Tinggi & Berat Badan Bertambah!

Share

Masalah kolesterol sebenarnya amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit jantung, strok dan sebagainya tanpa disedari. Begitu juga apabila berlakunya peningkatan berat badan, pasti sahaja membuatkan sesiapa pun tidak selesa dengan perubahan bentuk badan.

Pelbagai cara diusahakan untuk kembali sihat dan dalam masa yang sama memiliki berat badan ideal. Salah satu yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan minum air barli.Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Sumaiyah Abdullah dan semoga memberi manfaat kepada kita semua dalam menjaga kesihatan tubuh badan.


PETUA TURUNKAN KOLESTEROL DAN BERAT BADAN

Ok. Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.

 

 

Bahan-bahannya :

– 3 sudu besar biji Barli
– 2-3 sudu kecil Madu
– 3 gelas air
– 1 hirisan lemon

* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.

Cara Penyediaan :

1- Sebelum rebus barli tu, basuh dan rendam dulu selama 2-3 jam.

2- Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.

3- Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.

4- Kemudian sejukkan.

5- Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)

6- Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betol-betul menyegarkan.

Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi.  Selain itu, banyak lagi manfaat barli

ni.

* Menyejukkan badan.

* Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.

* Mengawal gula dalam darah.

* Mencegah jangkitan saluran kencing.

* Mencegah batu karang.

Lepas minum, biasanya akan kerap kencing. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi. Okey. Selamat mencuba.

sumber :  Sumaiyah Abdullah