Dalam sesebuah perkahwinan tidak dapat lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Namun, jangan jadikan sesuatu perkara itu penyebab rumah tangga anda bergolak. Kalau ada sebarang masalah cepat-cepat selesaikan, jangan bertangguh kerana ia boleh mengundang konflik kelak.
.
Bertoleransi, faham antara satu sama lain, bertolak ansur dan jalankan tanggung jawab dengan baik antara kaedah bagi membahagiakan sesebuah rumah tangga. Pusat Perubatan Islam Al mujahidin turut berkongsi petua kebahagiaan rumah tangga di samping mengelakkan sengketa antara suami isteri.
Kerap sangat berlaku akhir2 ini pesakit mempunyai masalah Rumahtangga.. Ada kata suami ada perempuan lain, ada juga kata isteri ada lelaki lain, masing2 dah buat haluan masing2 la.. Sebelum ini saya ada share, saya share kan semula cara2 pengerat kasih sayang suami isteri…
Ambil kan Air suam letak kan Garam Secubit dalam minuman suami isteri.
.
Baca Al Fatihah 3x
Al Ikhlas 3x
Baca Surah Yusof ayat 1-6
Ya Latif 7x
Dan selawat 7x
.
Selepas itu bagi suami @isteri minum ,buat setiap hari inshaaAllah jika sebelum ni Suami@isteri baran ,akan kurang baran nya,Hubungan itu akan jadi lebih mesra Dan rapat.Sebaiknya buat setiap pagi Dan sebelum tidur ..Semua atas izin Allah…
Buat dengan yakin Ikhlas inshaa Allah pasti di permudahkan.Moga hubungan kita bersama Suami&Isteri bahagia Dunia dan Akhirat Aamin.
Su
.
mber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Perkongsian Suami ini Cukup Membahagiakan! Boleh Ikut Caranya Tawan Hati Isteri Supaya Rumahtangga Semanis Kurma
Bukan mudah untuk membahagiakan pasangan, tambahan pula kesibukkan dengan tanggungjawab sebagai keluarga, kerjaya dan anak-anak. Namun, itulah rencah dunia rumahtangga.
Nyata, bagi membentuk sebuah perkahwinan bahagia ini harus diketahui oleh setiap pasangan supaya perkahwinan sentiasa sakinah. Oleh itu, setiap pasangan harus tahu peranan masing-masing untuk membahagiakan pasangannya.
Begitulah pendekatan yang dilakukan oleh seorang suami ini Muhammad Hassan melalui perkongsiannya di fbnya mengenai salah satu cara dia menawan hati isterinya supaya kekal bahagia rumahtangga. Walaupun nampak biasa-biasa, tetapi begitu luar biasa buat wanita bergelar isteri.
Seronok sebenarnya bagi masa untuk isteri shopping pakaian dia. Itulah ‘me time’ seorang isteri apabila masuk pasar raya,itulah masa untuk mereka hilangkan stress dan itulah salah satu cara suami gembirakan isteri yang sepanjang perkahwinan jiwanya untuk kita.
Saya cakap kat isteri; Pergilah pilih baju berapa lama masa yang awak nak,takpa saya jaga anak. Memang lama betullah,sampai saya dan anak pun cari ruang untuk rehat ?.
Rupanya sekeliling saya ramai para suami yang baik layan isteri,bagi masa untuk shopping sambil jaga anak.
Sabar menunggu isteri memilih pakaian mereka. yelah, bagi isteri terutama suri rumah,masa mereka lebih banyak berada dalam rumah. Dapur,bilik,ruang tamu itulah pejabat mereka 24jam.
Saya terharu sangat tengok para suami layan sepenuhnya ‘me time’ seorang isteri. Ada tu dari jauh lambai-lambai isteri sambil buat flying kiss. Saya apa lagi,lambai jugalah kat isteri, ingat nak buat flying kiss juga, rupanya isteri balas dengan isyarat nak duit ??.
Habis bayar isteri ucap terima kasih sebab belanja. Saya cakap itu hak awak terhadap suami.
Sahabat. Buatlah apa cara sekali pun,asalkan pasangan dan keluarga kita bahagia. Bahagia ini mahal,lebih mahal dari dunia isinya.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat
Sumber:Muhammad Hassan
Boleh Ke Beli Tanah Geran Kongsi? Nak Tahu Detail, Ni Pencerahannya!
Tertanya-tanya status tanah yang ingin dibeli namun tanah tersebut hanya memiliki geran kongsi. Adakah boleh untuk kita beli? Apa pula prosefur yang perlu dibuat? Adakah nama kita juga akan disenaraikan dalam geran setelah membelinya?
Menjawab soalan-soalan ini, jom kita baca perkongsian daripada K-literasi ini.
BOLEH KE BELI TANAH GERAN KONGSI?
Selalu orang tanya saya.
“Tuan, boleh tak saya beli tanah geran kongsi?”
Istilah tanah geran kongsi itu pun sebenarnya banyak mengundang kekeliruan kepada orang awam.
Saya hendak bagi tahu di sini, ada tanah geran kongsi yang BOLEH DIBELI dan ada juga tanah geran kongsi yang TAK BOLEH DIBELI.
Nak tahu boleh beli atau tak tanah geran kongsi tersebut, kita kena tanya satu soalan penting, tanah ini kalau saya beli boleh atau tak DiPINDAH MILIK KEPADA NAMA SAYA DALAM GERAN?
Bagaimana nak tahu tanah geran kongsi tersebut boleh dipindah milik kepada nama kita atau tak?
Ada dua kategori tanah GERAN KONGSI.
Kategori 1:
Tanah Geran Kongsi LOT LIDI
– Tanah pertanian, tetapi dijual sebagai tanah lot bangunan kepada lebih daripada seorang pembeli.
– Penjualan hanyalah berdasarkan kepada pelan lakaran sahaja dan geran individu untuk setiap lot tersebut masih belum ada.
– Nama pemilik dalam geran asal hanyalah seorang atau 2 orang tetapi yang membelinya lebih daripada 2 orang.
– Mereka ini didakwa kononnya akan berkongsi geran tetapi hakikatnya geran pun tak ada lagi bagaimana mungkin mereka nak berkongsi geran.
– Inilah yang kita panggil sebagai LOT LIDI.
– Tanah geran kongsi kategori ini kalau anda beli memang TAKKAN BOLEH DIPINDAH MILIK kepada nama anda. Sebabnya ada halangan dari segi undang-undang.
– Nak pindah milik macam mana kalau pemilik seorang tetapi pembeli 10 orang, melainkan terpaksa buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu sehinggalah keluar geran individu yang berasingan berstatus bangunan. Kemudian barulah boleh dipindah milik kepada nama pembeli.
Kategori 2:
Tanah geran kongsi PEMILIKAN BERSAMA.
– Tanah ni dimiliki oleh banyak pemilik (penama) dalam geran. Dan setiap pemilik mempunyai bahagian masing masing yang dinyatakan dengan jelas dalam geran.
– Tanah geran kongsi kategori ini boleh dipindah milik kepada nama anda jika anda beli mana-mana bahagian daripada bahagian penama tadi. Sebab bahagianya jelas dinyatakan dalam geran.
– Cuma kalau anda nak beli keseluruhan tanah tersebut, anda perlu dapatkan persetujuan (tandatangan) daripada semua penama dalam geran tersebut. Tetapi kalau hendak beli satu bahagian daripada bahagian yang dimiliki oleh mana-mana penama tadi, tak perlu dapatkan persetujuan kesemua penama dalam geran. Boleh terus buat pindah milik bahagian tersebut daripada nama penama tersebut kepada nama anda.
Sekarang dah boleh faham tak beza antara TANAH GERAN KONGSI LOT LIDI dan TANAH GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA?
Kalau nak faham lagi, sila rujuk ilustrasi di bawah. Moga dapat membantu untuk kefahaman anda.
Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang
(K-LITERASI)
Sumber : k-literasi
Berderet 5 Anak Lelaki & Yang Ke 6 Baru Perempuan. Kini Hamil Lagi, Ibu Ni Bersyukur Ada Anak Ramai!
Bila dikurniakan seorang anak lelaki, realitinya untuk kandungan seterusnya sebagai ibu ayah teringin pula untuk memiliki anak perempuan.
Pun begitu, rezeki dikurniakan anak lelaki atau perempuan adalah anugerah dariNya, Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Manakala membaca coretan ibu ini yang dikurniakan berderet lima anak lelaki dan anak keenam barulah dianugerahkan anak perempuan, cukup disyukuri!
Ini perkongsian.
Saat Allah memberi khabar gembira,
Saat pertama kali memeluk putera pertama.
Airmata laju tanpa disekat. Ya Tuhan, Kau Kurniakan kami Khalifah kecil pelengkap.
Saat hadir putera kedua, Engkau sempurnakan sahabat buat Abangnya.
Putera ketiga menyusul, Biarpun satu-satunya anak yang lahir secara pembedahan. Menambahkan bilangan makmum jemaah kami.
Hingga menyusul pula putera keempat.
Engkau lunakkan hati kami, bahawa Engkau sempurnakan pengusung jenazah kami dari setiap penjuru.
Lahir putera kelima, maka bergembiralah daku menjadi Permaisuri di kalangan sang Raja dan hulubalangnya.
Saat itu, hanya berserah. Andai tiada puteri, maka aku redha atas ketentuanMu. Kerana aku tahu, hikmahNya nikmatNya lebih besar nilainya disisiMu.
Hinggalah saat redha itu sepenuh hati.
Lalu hadirnya puteri disambut tangan ayahnya,
Indah khabar dari Mu. Lahirnya Puteri pertama sebagai berwalikan pertama ayahnya.
Tiada rasa yang indah melainkan kesyukuran tidak terhingga. Engkau berikan kami Puteri di kalangan hero yang ramai. Ditatang disayang sepenuh jiwa dan raga. Dimanja ayahnya tanpa sedikit rasa jemu dan curiga.
Namun, Takdir indahnya bersulam cinta.
Di usia kelahiran sang puteri meniti hari.
Hadiah dihari ulangtahunku.
Terima kasih ya Allah untuk khabar gembira anakanda ketujuh. Disaat sempurna sudah pelengkap dan permata hati, Kau berikan jua nikmat tidak terhingga.
Terima kasih ya Allah menjadikan aku salah seorang ibu yang ramai anaknya. Ya Allah, cantikkan akhlak mereka secantik akhlak Alquran dijiwa. Kuatkan aku menjadi ibu yg penyayang buat mereka.
Ya Allah, Jagakan mereka sebaiknya.
Buatkan hatiku damai dan redha, tenang meniti saat tibanya masa dan ketika.
Sesungguhnya, nikmatMu sukar dijangka.
Aamiin ya rabbal alamiin.
Sumber : Sarah Saifuddin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Dapatkan juga pelbagai produk dengan tawaran harga istimewa di sini